Saturday, February 27, 2016

AZIMAT HIDUP

salam pagi sabtu. selamat bercuti pada yang bercuti dan selamat bekerja pada yang sedang bekerja. subuh-subuh hari lagi nurani aku dah terkesan dengan satu untaian kata yang ditulis di wall FB teman. jadi saya ingin kongsikan di sini dengan tujuan memperingati diri sendiri dan teman-teman juga. harap sudi membaca dan sematkan di dalam hati. hope Manja akan ke arah itu juga satu hari nanti. Manja teringin sangat nak mendahului kehendak akhirat berbanding dunia. tapi setakat ni, Manja belum mampu mengekssploitasi sepenuhnya dalam kehidupan. tolong doakan manja ya! Aduhai Manja, bangkitlah. Biarpun kau sudah letih berharap, semoga kau tidak letih berdoa. Berputus asalah dengan manusia, tapi jangan sekali-kali berputus asa dengan Allah. Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan denganmu. seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu. Seorang suami tidak mempedulikan perasaanmu. seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam.. Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia. jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya Pastikan dengan sebenar2nya. ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri. ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri. kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu. Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia. carilah ia dalam jiwa kamu sendiri. bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan. bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi. Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah. Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah. Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah. kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dengan kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat.. Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud. manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan. Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan.. Hiduplah di atas prinsip: Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik. bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik. Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum. Semoga Manja segra sembuh dari penderitaannya. Ya Allah, Ya Afwu, Ya Tawwab. Semoga musibah yang menimpa Manja cukup untuk membersihkan dosa-dosanya yang lalu. Ameen, Allahumma ameen. (mohon maaf Manja tukar nama individu yang terlibat). semoga menjadi inspirasi pada Manja di sepanjang perjalanan bertemu penciptaNya.