Sunday, February 14, 2016

MEMANG MOICE SANGAT!

hai, lepas tengok mentor melinia kat tv3 tadi teringin pula nak update blog. mana tidaknya perasaan tengah manis setelah merasai kek cokelat moice pemberian jiran sebelah ni. beliau merupakan seorang penulis drama rupanya. petang tadi selepas beliau buat body massage, anaknya pula datang menghantar sepiring kek meleleh dengan cokelat. memang ossem tau. menjilat jari hingga titisan akhir. insyaallah boleh order ni ujarku dalam hati. thanks sebab sudi dapatkan perkhidmatan urut saya. sebagai balasan, saya berikan dia keropok ikan terbaik dari Kelantan. tata!