Thursday, February 11, 2016

BALIK KAMPUNG

CNY. abang dapat cuti seminggu lebih. apa lagi yang tertanam di minda ni selain dari balik kampong kan. aku! kenalah apply cuti hehehe. nak buat macam mana kan. tapi sehari je. hari ni dah masuk kerja pun. tq kat abang kerana sambung cuti menjaga anak-anak yang juga bercuti panjang. selamatlah korang kan boleh bermalasan lagi di rumah. aku ni kalau balik kampug mesti cari makanan favourite aku tau iaitu air kelapa dan mix ball di pantai Seri Irama. entahlah aku ni suka sangat memanjakan diri aku dengan gemersik angin dan deruan ombak. padahal ayahku bukan seorang nelayan. seolah kehidupan di pantai seakan sinonim denganku. mungkin sejak kecil, ibu yang rajin membawa aku bermain di kawasan tersebut menjadikan aku terbawa-bawa hingga dewasa. tak sempurna jika aku tak menjejaki pantai setiap kali pulang kampung. kali ni peralihan musim di Kelantan seolah-olah kita sedang berada di Negara 4 musim. ada beberapa malam, aku tidur tanpa membuka kipas. begitu sejuk dan dingin terasa. kalau di Lembah Klang jangan harap dapat menikmati suasana sedemikian. walau hujan sering membasahi bumi, namun bahang panas tetap jua terasa pada malamnya. kata abang, ombak agak tinggi dan hamper mencecah gigi pantai. oh selamatkan negeriku dari musim banjir gelombang ketiga seruku dalam hati. begitu indah dan nyaman, andai saban waktu aku dapat membelai pipi dan tubuh dengan sepoi angin berbaur masin laut. seronokkan. andai aku tak perlu lagi kembali ke KL untuk mengecapi semua kegembiraan ini. namun apa dayaku rezeki bukan de negeri bertuah ini. sampai hujung nyawa pun ku tetap bersyukur kerana lahir di Tanah serendah sekebun bunga.

No comments:

Post a Comment