Friday, February 26, 2016

SERONOKNYA JADI MEREKA....

assalamualaikum dan salam hari jumaat penghulu segala hari. kenapa hati ni dipagut hiba di hari yang baik ini? padahal aku sepatutnya menyambut anniversary yang ke7. tapi di kala mendengar bicara mereka hari ni menyebabkan hati ni gundah sangat. beruntunglah mereka punya segalanya dengan anugerah Allah. Allah telah cukupkan nikmat mereka di dunia ini kan. mampu menyumbang dan berhujah. sedangkan aku perlu terima pasrah dengan serba kekurangan. bukan menyesali takdir dan suratan. tapi kerana inilah aku tidak mampu dan takkan mampu menggalas semuanya seperti mereka. biarpun hati ini dipaksa meredhai segalanya, namun jika mereka di tempatku adakah akan benar-benar redha juga. sedih dan kesal menghantui diri. di mana kan kucari potensi dan kekuatan tu ya? sedangkan di sekelilingku langsung tidak diperlihatkan. mereka menjalani hidup seharian dengan tiada merasa canggung. ke mana ingin pergi, mahu berbuat apa, tiada yang bertanya dan menghalang. setiap pekerjaan, perlakuan dan tindak-tanduk sentiasa kelihatan sempurna. sedangkan aku acap kali mencari di mana kesempurnaan itu. adakah dia benar-benar wujud ke atas diri ini? sebab tu lah aku tidak boleh memandang lesu pada status-status yang ditulis teman di FB bertujuan menghilangkan kegoncangan jiwa. pada temanku tu, sama-samalah kita bertabah hati. semoga ada sinar buat kita di lain hari. note: sekadar bercakap untuk menyedapkan hati dari terbuai dengan godaan duniawi. tengok mana mereka semua ni pergi? masing-masing punyai destinasi sendiri sedangkan aku hanya tetap menjadi penunggu kerusi empuk pejabatku saja. jika benar ini yang ditakdirkan, kurniakan ku ketabahan agar aku tidak berpatah balik ke zaman silam. semoga suatu hari nanti, aku punya hala tujuan seperti mereka juga.