Wednesday, September 7, 2016

BACAAN IQRA ADAM

malam tadi kerana menjamah makan malam agak lewat dari biasa, kupanggil Adam. sebelumnya Adam asyik benar membaca buku iqra. ummi : Adam ke sini sebentar. ambil muqadam biasa. arahku. Adam : kenapa ummi? sambil membawa muqadam ke arahku. kali ni aku nak cuba bacaan Adam pada muqadam biasa dan bukan buku iqra seperti selalu. ingin melihat sejauh mana potensi putera sulungku ini. Adam : nak baca surah apa ummi? ummi : baca dari Al-fatihah. aku ingin melihat bagaimana praktikalnya. bila tiba masa yang sesuai aku akan catat penilaian buat Adam. Adam membaca sehingga surah Al-'as dengan lancer sekali. herm ni mesti dia hafal tukasku. teruskan lagi Adam kata ummi. setelah itu, barulah aku dapat melihat perkembangan sebenar. dia telah mengenal huruf secara keseluruhan. dari pemerhatianku dapati dia belum mengenal fungsi tanda-tanda mati (sukun) dan sabdu. di samping itu, dia belum tahu membaca dengan hukum tajwid yang betul. sebagai contoh cara bunyi idgham dan ikhfa'. setakat ini aku amat berpuas hati dengan perkembangan Adam untuk bahasa melayu dan bahasa arab. tetapi bagaimana dengan pembacaan dan penulisan bahasa Inggeris. maka inilah ujian untukku selaku ummi selepas ini. aku bercadang untuk membeli buku cerita kanak-kanak dalam bahasa inggeris untuk Adam dan Danial. bukan itu sahaja, aku sangat menggalakan kedua beradik ini menonton kartun dalam bahasa inggeris. aku dan suami akan cuba menggunakan dialog-dialog ringkas bahasa inggeris agar mudah difahami keduanya dalam kehidupan seharian. janganlah jadi macam ummi ni yang terlalu malu untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris sehingga merugikan diri sendiri. apabila menjelang dewasa, barulah mula sedar akan kepentingannya.