Wednesday, September 7, 2016

CETUSAN RASA : APA SAHAJA ANGGAPANMU

hak milik penulis blog ni ya. selamat membaca! Apa sahaja anggapanmu Kita berpijak di bumi yang sama Kita dipayungi langit luas serupa Ditimpa ujian musibah seiring Detik hati berkalih rasa. Apa sahaja anggapanmu Nestapa awan mengundang duka Gelodak jiwa mengocah arus masa Tetap berjalan tak mungkin mengundur Walau lain haluan nakhoda. Apa sahaja anggapanmu Itu pilihan katamu Tak sempurna kan kelihatan di mana-mana Meski itu yang diimpikan Tetap goyah di sisi tuhan Kerana yang sempurna hanyalah Dia Bukan kita manusia sebahagian dari ciptaannya. Apa sahaja tanggapanmu Izinkan kumemilih seperti mana kamu Yang kutak halang walau seinci titik keputusanmu Meski yang tersandar lesu hanyalah aku Di bangku ini bertemankan waktu. Apa sahaja tangggapanmu Kebebasanmu ku tak sekat kerana kau melebihiku Jauh dariku dan bila pulang Aku masih di bangku kaku dan membisu. Apa sahaja tanggapanmu Biarkan aku dengan caraku Seperti mana aku harus telan perimu Yang kau tak Nampak pun canggungnya di situ. Apa sahaja tanggapanmu Pilihanku bukan ditentukanmu Kau tak berhak melabel itu Kerana aku tidak pernah mengecop kamu. Apa sahaja tanggapanmu Rasa hormat kutitip di hati Walau sakit yang cuba diberi Memamah ke seluruh urat nadi Ku tetap melangkah pasti. Apa sahaja tanggapanmu Kata nasihat kuambil peduli Caci nista kupinggir ketepi Kerana apa. Kerana ku telah lali Melalui kedewasaan ini Di atas suratan azali. Apa sahaja anggapanmu Bicara boleh menutur apa sahaja Meluka menyayat jauh ke sukma Biarkan aku memendam rasa bersama kau jua Terkadang harus sembunyi segala kata. Apa sahaja tanggapanmu Luka ini ubatnya sendiri Setelah kausiram cuka dalam madah Bangkitlah aku bertatih lagi Sedangkah kau gah melangkah bersama sepatu berkilat. Apa sahaja anggapanmu Bolehkah kau jadi aku Duduk menggantikan tempatku Kerana aku pun nak merasa indahnya cakerawala Dari sisiku yang berlainan. Apa sahaja anggapanmu Pada masa itu kau kan terkedu Bagaimana mungkin menjadi sepertiku Lantas serulah namaku Agar aku yakin membantumu Untuk pulangkan kehidupan Kerana sedarlah aku hanya aku yang layak berada di tempat Bersyukurlah wahai kamu.