Monday, September 19, 2016

CERPEN TIDAK BERJUDUL

mohon izin dari pemilik asal cerpen ini. kuambil dari FB seorang rakan. sungguh besar bakatnya. selamat menulis dan selamat maju jaya. Cerpen.. Buat 15 minit je.. Adehh. Umi! Qalisha meletakkan barang-barangnya di dalam kereta. Setelah selesai semuanya, dia membuka pintu di sebelah pemandu. Wajah kak longnya yang suram dia sentuh sebelum melabuhkan duduk. Lima minit kereta itu meninggalkan SMK Tungku Malik, sepatah pun mereka tidak berborak. Qalisha melepas keluhan berat. Nampaknya kenalah dia mulakan dulu kan? “Kak long sihat?” Diam lagi. Khusyuk benar Qalisa membawa kereta. “Kak long kenapa? Marahkan Lisha ke?” Qalisa menghembuskan nafasnya perlahan. Hatinya benar-benar sakit bila memikirkan tentang dia. “Lisha sihat?” Akhirnya, Qalisa bersuara juga. Qalisha tahu, hati Qalisa terluka dengan apa yang terjadi. “Sihat kak long. Maafkan Lisha, sebab Lisha tak balik waktu daddy kahwin. Waktu daddy meninggal pun, Lisha tak sempat balik. Sorry, kak long. Exam SPM tu penting kak long.” Qalisa menghadiahkan senyuman hambar untuk adik tersayangnya. Ya, Qalisa sahajalah permata hatinya. Dia tidak ada sesiapa lagi waktu ini. Mummy dan daddy sudah kembali mengadap ilahi. “Kak long faham. Takpe, exam tu penting kan? Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Cuma,” “Cuma?” Qalisha mengangkat kening. Pura-pura bertanya. “Kak long tak suka perempuan tu. Dia yang sebabkan daddy meninggal. Lepas aje daddy kahwin dengan dia, terus daddy meninggal. Kak long sedih.......sedih sangat dik.” Rintih Qalisa hiba. Airmata tak mampu disika lagi. Qalisha hanya menggangguk. Faham benar dengan perasaan kakaknya. Tapi, untuk membenci dia, tidak sama sekali. “Lisha, maafkan daddy. Bukan daddy tak cintakan mummy lagi......bukan. Daddy sungguh-sungguh cintakan mummy. Tapi, daddy sunyi Lisha, daddy perlukan seorang isteri yang boleh jaga daddy bila daddy sakit, daddy nak ada orang yang jaga Lisha bila daddy takde nanti. Bukan daddy tak percayakan kak long, bukan. Daddy percaya, kak long boleh jaga Lisha dengan baik. Tapi, tak kanlah sampai bila-bila, kak long nak jaga Lisha? Dia pun ada hidup sendiri Lisha.” Terang Qalif panjang lebar. Dia berharap sangat yang Qalisha bersetuju dengan cadangannya yang ini. “Daddy dah Tanya kak long?” Pertanyaan itu membuatkan hati Qalif yang sedih menjadi lagi sedih. Qalisa anak sulungnya yang berusia dua puluh lima tahun itu menentang hebat perkahwinannya bersama Noor Aziyan binti Amir yang berusia empat puluh tahun itu. “Kak long tak benarkan ke daddy?” Tanya Qalisha lagi setelah sekian lama Qalif berdiam diri. “Tak… kak long cakap, bakal isteri baru daddy tu, tak mungkin menggantikkan tempat mummy, kak long bagitahu daddy yang bakal isteri baru daddy ni tak mungkin akan dapat jaga anak OKU penglihatan macam Lisha. Daddy dah terangkan pada bakal isteri daddy tu. Dia tahu pasal Lisha. Insya-Allah, dia dapat terima Lisha.” Qalisha dapat mengesan kesedihan pada suara Qalif. Dia tahu, daddynya benar-benar kesunyian setelah kematian mummynya lima tahun lepas. “Daddy, kalau itu yang bahagiakan daddy, daddy teruskanlah hajat daddy tu. Lishha terima dan akan cuba terima dia dalam hidup Lisha. Pasal kak long, janganlah daddy risau ya? Insya-Allah, dia akan terima juga suatu hari nanti.” Qalif benar-benar terharu. Dia benar-benar bersyukur pada Allah kerana mengurniakan anak yang istimewa ini dalam hidupnya. Ya, mungkin Qalisha ini cacat fizikalnya, Qalisha ini buta matanya. Tapi, Qalisha tidak buta hati. Qalisha yang satu ini pandai benar menjaga hatinya dan arwah isterinya. “Thanks Lisha. Lisha jaga diri baik-baik ya? Janggan lupa makan. SPM buat baik-baik. Kalau daddy dah tinggalkan dunia ni, daddy harap sangat, Lisha tinggallah dengan umi, sembuhkan luka dihatinya sekiranya kak long melukai hatinya.” Ya…itulah ayat Qalif yang terakhir. Dua minggu selepas itu, Qalisa pula menelefon dan memberitahu yang Qalif meninggal sewaktu sedang berdoa. Dua hari selepas perkahwinan Qalif dan Aziyan. Qalisha kecewa kerana tidak dapat pulang...sedih kerana tidak dapat mengucupi Qalif disaat terakhir kali. Tapi, Qalisha yakin, daddynya bahagia dan gembira dengan kehidupannya. “Lisha,” bahunya disentuh perlahan. Qalisha tersedar semula dari angan-angannya. Mereka sudah sampai di rumah agam milik arwah daddy mereka. “Betul ke Lisha nak tinggal kat sini? Lisha tak nak tinggal dengan kak long ke? Adik, daddy dah takde, takde siapa yang boleh lindungi Lisha. Kalau dia.......” “Kak long, kak long jangan risau ya? Insya-allah, dia tak buat apa-apa dekat Lisha.” Qalisa hanya mendiamkan diri. Sungguh, berat hatinya hendak meninggalkan si adik yang tidak sempurna ini kepada orang luar. Adiknya yang seorang ini sangat-sangatlah manja. Risau jika terjadi sesuatu pada si adik, risau sekiranya ibu tiri yang dibenci tidak menerima si adik. Pintu rumah Qalisa buka kasar. Kelihatan ibu tirinya sedang baring di sofa. Penat sangatkah? Apa sahajalah kerja yang ada dalam rumah ini? hendak kkata menjaga suami? Melayan suami? Suaminya sudah tiada. Hendak dikatakan membuat kerja rumah? dia ini duduk sorang-sorang. Kerja apalah yang banyak sangat? Huh! Sakit hati Qalisa melihat raut wajah yang kepenatan. “Tu, seronok betul tidur tu. Entah apalah yang dibuat? Nampak letih sangat. Macam ni Lisha nak duduk dengan dia? Macam ni dia nak jaga Lisha? Silap-silap dibiarkan Lisha sorang-sorang. Tak payahla duduk dengan dia ni. Jomla, duduk dengan kak long. Lagi pun,” “Kak, biarlah Lisha stay sini. Lagi pun, ini aje kenangan yang Lisha ada. Rumah ni banyak sangat kenangan Lisha dengan daddy. Tak sanggup Lisha nak tinggalkan rumah ni.” Sudah itu kata-kata adiknya, apa lagi pilihan yang dia ada? Dia tidak mahu memaksa. “Eh, perempuan,” Pekikan Qalisa membuatkan Aziyan sedar dari lena. Sepasang mata terbuka dengan perlahan. “Kau jaga adik aku tu baik-baik. Kalau ada apa-apa yang jadi dekat dia, Aku bunuh kau.” Pintu hadapan Qalisa hempas kuat. Enjen kereta pantas dihidupkan dan kereta itu laju meninggalkan Aziyan yang terkebil-kebil memandang pintu rumah yang di hempas kuat tadi. Qalisha juga terkejut dengan pekikan-pekikan kakaknya. Tidak pernah Qalisha melihat kakaknya marah sebegitu rupa. Qalisha menggeleng-geleng. Patutlah arwah daddynya berharap sangat dia menjaga ibu tirinya yang seorang ini, patutlah daddynya menyuruh dia menyembuhkan luka dihati ibu tirinya sekiranya kak long Qalisa melukai hati itu. Rupa-rupanya, luka yang diberi kak longnya itu sangat dalam. Qalisha pantas memanjat tangga dan menuju ke kamar. Aziyan , sekadar memandang anak itu berlalu dari situ. Mengapa? Mengapa anak itu tidak menegurnya? Adakah anak itu sama seperti kakaknya? Membenci diri ini. ya Allah, kuatkanlah hati ini. Aziyan menangis lagi. Dia tidak kuat menempuh kehidupan ini tanpa Qalif. “Yan jangan risaulah. Lisha bukan macam Lisa. Dia pasti terima Yan dalam rumah ni.” “Yakinnya abang?” Qalif tergelak kecil. Alhamdulillah, akhirnya, mereka disatukan sekali lagi. Bezanya di sini, dahulu, perkahwinannya ditentang hebat oleh kedua-dua ibubapa dan kali ini, perkahwinan mereka ditentang hebat oleh anak sulungnya Qalisa Qalif. Biarlah…dia yakin, hati Qalisa akan lembut juga. “Maafkan Yan kerana tinggalkan abang dengan........” “Syyyyy.” Pantas jari-jemari milik Qalif mendarat ke bibir si isteri. Qalif tidak mahu lagi Aziyan berkata tentang kisah lama mereka. “Sayang, kalau sentuhan kali pertama ini, berhasil, abang nak Yan tahu, abang sangat sayangkan Yan… jagalah baby dalam ni dengan baik. Abang tak nak Yan sia-siakan anak-anak kita. Abang tak nak, bila Yan ada baby baru, Yan lupa Lisha, abaikan Lisha. Ini amanah abang Yan, tolong jagakan anak-anak abang. Tolong jaga Lisa, Lisha dan anak kita ini.” Aziyan menarik nafas sedalam yang mungkin. ‘Abang, sukarnya amanah yang abang berikan pada Yan abang. Yang bimmbang, Yan tak dapat memikul amanah ini abang, dari tinggkah laku Qalisha, ternyata dia juga seperti Qalisa… bencikan Yan. Apa yang Yan patut buat abang? Bantulah Yan abang? Yan tak kuat bila abang takde dengan Yan. Dahulu, kita pernah bersatu, tapi, kehendak Allah, kita terpisah. Waktu itu, Yan tak sedih sangat. Sebab Yan tahu, abang masih ada dan abang masih cintakan Yan seperti dahulu. Yan yakin, Allah akan temukan kita kembali. Kehendak Allah, kuasa Allah yang sentiasa mendengar doa Yan, akhirnya abang kembali, kembali pada Yan. Tapi, kuasa Allah juga, sekali lagi abang pergi. Pergi tinggalkan Yan jalani kehidupan ni. Bantulah Yan abang? Bantulah Yan.’ Rimtihnya di dalam hati. Tangisannya makin lama makin kuat. Aziyan takut, dia tidak kuat untuk menempuh semua ini. perlahan-lahan Qalisha mendekati Aziyan. Bahu Aziyan Qalisha sentuh lembut. Aziyan pantas menoleh. Kelihatan Qalishha yang tersenyum ke arahnya membuatkan kesedihan yang bertamu di hati beransur hilang. “Lisha sihat?” Tangan Qalisha Aziyan Tarik untuk duduk di sebelahnya. “Alhamdulillah, sihat aje umi. Umi sihat?” Aziyan tersentak. perlahan-lahan tangan Qalisha Aziyan lepaskan. Apakah maksud panggilan itu? Adakah....... “Umi? Kenapa Lisha panggil saya umi?” Soal Aziyan gugup. Jantungnya sudah berdegup pantas. Sekiranya Qalisha dapat melihat wajah Aziyan saat ini, pasti Qalisha terkejut. Rupa Aziyan waktu ini berubah sangat. Qalisha senyum mendengar pertanyaan Aziyan. Dia faham, Aziyan kaget mendengar panggilan yang dipanggil. Dia tahu, Aziyan tidak menyangka yang dia dapat menerima Aziyan dalam hidupnya. “Lisha panggil umi umi, sebab umi isteri daddy. Umi menangis ke?” Qalisha meraba-raba wajah Aziyan. Aziyan tersenyum sedikit. Tangan yang meraba wajahnya Aziyan genggam erat. Alhamdulillah, Qalisha tidak seperti kakak sulungnya. Qalisha ini tidak membencinya. Dia benar-benar bersyukur. “Tak, umi tak nangis pun. Lisha dah makan ke?” Tanya Aziyan. Teruja pula dia hendak memasak untuk anaknya yang satu ini. “Lapar jugak. Umi dah masak ke? Kalau belum, kita makan kat luar aje okey? Lisha nak stay dengan umi. Boleh kan?” Terharu Aziyan mendengar saranan Qalisha. Pantas dia bangun untuk bersiap. Airmatanya yang hendak mengalir dia kesat dengan hujung lengan baju. Bahagia dia rasakan. ‘Ya Allah, terima kasih, kerana kau telah makbulkan permintaanku.’ “Okey, kalau macam tu, Lisha pergi siap, kita keluar makan okey? Tapi,” Aziyan berfikir sejenak. Kasihan pula dia melihat Qalisha. Pasti dia penat. Baru sahaja pulang dari asrama. Sudah ingin keluar balik. “Tapi apa ya umi? Umi sakit ke?” Aziyan tersenyum sedikit. “Taklah yang, Tapi, Lisha tak penat ke? Yalah, Lisha baru sangat balik hostel kan?” Qalisha duduk semula di samping Aziyan. Bahu ibu tirinya dia raih manja. Entah mengapa, dia senang sekali dengan ibunya yang ini. “Okey saja umi. Tapi kan, apa kata kalau umi masak. Dah lima tahun Lisha tak merasa masakan seorang ibu, boleh?” Aziyan mencubit pipi anaknya manja. Dah masak pulak dah? Macam-macam budak ni. “Dah pulak dah. Tadi ajak umi keluar. Dah ni yang mana satu ni?” Qalisha tergelak kecil mendengar kata-kata uminya. Bagi Qalisha, tidak kisahlah masak atau pun makan di luar. Janji, dia dapat versama dengan ibu tirinya. Oh, bukan ibu tiri. Tetapi, ibu........ “Ha, cepat buat pilihan.” Sergah Aziyan. Sedikut tersentak Qalisha. Cepat-cepat Aziyan mengurut belakang anaknya. “Sorry-sorry.” Kata Aziyan perlahan. Dia tidak ada niat untuk mengejutkan permata hatinya ini. tidak sama sekali. “Eh, sikit aje ni. Tak mati pun kan?” Seloroh Qalisha disertakan dengan sedikit cubitan di lengan kirinya. “Lisha, please, jangan cakap soal mati. Tolong umi Lisha, umi belum bersedia nak hilang anak umi. Cukuplah daddy dah tinggalkan umi. Umi tak sanggup kehilangan Lisha. Please, lisha,” Rintih Aziyan tanpa sedar. Sayu hati Qalisha mendengar rintihan dari ibunya. Perlahan-lahan dia menarik Aziyan ke dalam dakapannya. Dia berjanji, selagi hayatnya masih ada, dia tidak akan tinggalkan ibunya itu. Biarlah kak longnya tidak suka pun. Dia wajib suka. “Umi, umi jangan risau. Selagi Allah izinkan, Lisha tak kan tinggalkkan umi. Insya-allah umi. Dahlah, janganlah macam ni. Tadi kata nak masak kan?” Hampir terlupa pula Aziyan soal masak. Pantas dia mengesat airmatanya. Leka sungguh dia melayan perasaan sehingga terlupa akan tujuannya. Kasihan Qalisha, pasti dia kelaparan. Aziyan terus melangkah ke dapur dan diekori oleh Qalisha. *********************************** “Boleh Lisha tolong ke ni?” Aziyan tersenyum sedikit. Dia yakin, walaupun Qalisha tidak mampu melihat, tapi, dia dapat melihat dengan mata hati. “Arwah daddy pernah story dekat umi yang Lisha tak biasa buat kerja-kerja dapur ni. So? Tak payahlah okey? Lisha tolong makan je.” Qalisha pantas memuncungkan mulutnya. Tak puas hati betullah. Ada ke patut tolong makan je? “Ala, umi, bolehla bagi Lisha tolong. Lagi pun umi kan ada dengan Lisha ni? Bukannya Lisha sorang-sorang. Boleh ya umi?” Qalisha cuba memujuk sambil membuat muka comel. Kasihan juga Aziyan melihatnya. Tapi, dia takut nanti terjadi apa-apa pada Qalisha. Dia tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk kepada anaknya ini. “Okey, kesiannya umi. Lisha tau, mesti umi tengah fikir-fikir kan? Tak apalah. Kali ni, Lisha beralah sikitlah.” Aziyan menarik Qalisha dekat padanya. rambut panjang Qalisha Aziyan usap manja. “Lisha sayang, suatu hari nanti, umi akan ajar Lisha ya? tapi, bukan sekarang. Boleh?” “Boleh, umi.” Cup! Satu kucupan singgah di pipi umi tersayang. Aziyan tergelak bahagia. Ya, dia tidak tipu. Bahagia dia rasa. ************************************************************************************ “Aduh!” Jeritan dari dapur memaksa Aziyan berlari pantas mendapatkan Qalisha. “Ya Allah, Lisha!” Kelihatan Qalisha tertiarap. Air panas mengenai kaki dan tangannya. Aziyan menangis dan menarik Qalisha bangun. Serasanya baru seketika dia naik ke atas. Mana tidaknya, kepalanya sakit sangat. Dia tidak dapat bertahan lagi. “Umi dah cakap kan? Jangan buat air waktu umi tak ada kan? Kenapa Lisha degil? Lisha memang tak sayangkan umi!”Satu tamparan hinggap di pipi kiri Qalisha. Qalisha menangis teresak-esak. Salahkah dia hendak membuat air minuman sendiri? Sewaktu dia hendak meletakkan air panas, dia hendak terjatuh. Kerana lantai dapur itu sangat licin. Jadi, dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Aziyan masih menampar muka anaknya. Dia seperti tidak sedarkan diri. Tiba-tiba, Pang! Terus tangannya terhenti memukul Qalisha. Dia baru tersedar dari perasaan marahnya. “Mummy, daddy dan aku sendiri pun tak pernah pukul Lisha sampai teruk macam ni. Tahu tak? Sebab tu aku tak suka kau! Sebab tu jugak aku tak nak adik aku tinggal dengan kau!” Aziyan terduduk. Dia menatap wajah Qalisha. Habis kesan lebam pada pipi anaknya dan kenapa dia tidak perasan yang Qalisha sudah tidak sedarkan diri? Ya Allah! Apa yang dia telah lakukan? “’Abang, maafkan Yan abang! *************************************************************************************** Qalisha menggerak badannya sedikit. Sakit. Dia cuba meraba-raba persekitarannya. Aduh! Tangannya juga sakit. Kakinya juga. Dia meraba sekitar wajahnya. Wey, sakit jugak! Apa dah jadi ni? Dia cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi. Okey, dah ingat. Tiba-tiba dia menjadi sebak. Umi, kenapa umi memukulnya dengan teruk sekali? Sedih. “Adik.” Suara kak longnya melenyapkan segala angan-angannya. “Lisha dekat mana?” “Dekat rumah kak long.” Qalisha menarik nafas sedalam yang boleh. rasanya dia faham mengapa Aziyan memukulnya tak ingat dunia. MungkinAziyan tidak sanggup hendak melihat orang sekelilingnya sakit lagi. Dia tidak mahu hilang orang yang dia sayang lagi. “Kak long, Lisha nak balik rumah daddy.” “Lisha masih nak balik rumah daddy lagi lepas apa perempuan tu buat pada Lisha? Tak. Kak long tak benarkan.” Qalisha bangun mendapatkan kak longnya. Tangan kak longnya Qalisha pegang erat. “Kak long, Lisha kena balik kak long. Lisha kena jaga umi. Umi sakit kak long. Darah yang mengalir dalam tubuh Lisha ni, darah umi. Lisha kena jaga dia.” Qalisa tersentak. Dahinya berkerut akibat tidak memahami apa yang adiknya cakapkan. “Apa maksud Lisha?” Qalisha menarik nafas sedalam yang mungkin. “Mummy memang ibu kandung Lisha tapi umi ibu susuan Lisha kak long. Waktu mummy lahirkan Lisha, mummy tak sedarkan diri selama dua hari. Waktu itulah Lisha disusukan oleh umi. Sebenarnya, umi dan daddy pernah kahwin dulu.” Qalisa ternganga mendengar ayat terakhir dari adiknya. Kenapa? Kenapa dia tidak pernah tahu soal ini? kenapa dia orang terakhir yang tahu hal ini? “Kak long jangan salahkan daddy atau mummy. Sebenarnya, Lisha pun tak berhak tahu. Cuma Lisha terdengar mummy dengan daddy borak. Kalau tidak, Lisha pun tak tahu yang Lisha ni ada ibu susuan. Kak long nak tahu, umi dengan daddy kahwin, semua orang bantah. Termasuklah mummy. Entahlah. Lisha pun tak tahu, kenapa Umi boleh jatuh cinta dengan suami orang. Lama-lama, mummy dah boleh terima umi dalam hidup dia. Kadang-kadang, hal jatuh cinta pada suami orang ni tak boleh salahkan si lelaki atau pun si perempuan. Sebab, itu semua urusan Allah. Itu mummy cakap. Mummy cakap lagi, mungkin ada hikmah semua ni jadi. Allah dah aturkan segala-galanya. Betul apa cakap mummy tu. Saat mummy tak sedarkan diri, ada orang yang murah hati nak susukan Lisha. Tapi sayang, jodoh umi dengan daddy tak lama. Umi terpaksa minta cerai dari daddy. Dia tak nak mana-mana pihak bergaduh. Dia tak nak lukakan hati sesiapa. Daddy terpaksa setuju. Lepas tu, umi terus hilangkan diri. Mungkin jodoh umi dan daddy ni kuat. Diorang jumpa balik. Sebab itu Lisha tak pernah halang daddy kahwin dengan umi.” Qalisa melepaskan nafas panjang. Dia tidak tahu, rupa-rupanya, ada cerita disebalik semua ini. Akhirnya, Qalisa mengambil keputusan untuk bertemu sendiri dengan Aziyan. Enjen kereta Qalisa hentikan. Dia pandang wajah adiknya yang tenang. Sebenarnya, dia takut. Takut andai kata Aziyan tidak memaafkannya. Tiba-tiba, Qalisa teringatkan sesuatu. “Lisha, tadi Lisha cakap, umi sakit kan? Umi sakit apa?” “Barah otak.” Jantung Qalisa bagai hendak terhenti saat mendengar jawapan adiknya “Mana Lisha tahu?” “Daddy bagitahu Lisha.” Qalisa pantas keluar dari kereta. Qalisha juga membuat perkara yang sama. Berkali-kali mereka memberi salam. Kali kedua, barulah seorang perempuan muncul. “Waalaikumsalam. Ya, cari siapa?” “Ini rumah umi saya kan?” Qalisha pantas memotong apabila mendengar suara orang asing di dalam rumah mereka. “Umi? Puan Aziyan ke? Ya. betul. Saya Arissa Arlin. Anak saudara dia. Dia sakit. Tengah tidur tu. Masuklah.” Qalisa dan Qalisha bersalaman dengan Arissa Arlin. “Awak Qalisha kan? Mak su selalu cerita pasal awak. Dia tunggu awak balik. Tapi, awak tak balik pun. Saya nak cari awak, tapi mak su tak bagi. Awak masuklah tengok dia. Dia demam sikit tu. Ketumbuhan dekat kepala dia pun makin membesar. Entahlah. Saya dah penat pujuk dia suruh buat pembedahan. Tapi dia tak nak.” Qalisha angguk. Kasihan umi. Dia bertarung sorang-sorang tanpa keluarga, suami dan anak-anaknya. Qalisa mengajak Qalisha ke bilik di mana Aziyan beradu. Qalisha tanpa banyak bicara menurut sahaja. “Umi tengah tidur dik. Kesian dia. Nampak pucat sangat muka dia. Kak long bersalah pada dia.” Bisik Qalisa sebak. Qalisha bersimpuh di sebelah kiri Aziyan. Jari-jari Aziyan yang sejuk Qalisha genggam erat. Memang dia tidak dapat melihat. Tetapi, dia dapat merasa penderitaan Aziyan. Perlahan airmatanya tumpah jua. “Umi,” Bergetar suaranya menyebut nama itu. “Umi,” Sekali lagi panggilan itu disebut. Aziyan buat tidak kisah sahaja. Dia tahu, ini semua anggan-angannya. Salah dia kerana memukul Qalisha dengan teruk. Salahnya kerana membiarkan Qalishha dibawa keluar dari rumah ini. Dia memang tak pandai nak jaga anak sendiri. Airmatanya tumpah lagi. Kali ini, dia tidak menyika. Biarlah dia menangis sepuas-puasnya. Qalisa yang melihat Aziyan menangis cepat-cepat menyapu airmata ibu tirinya. Tubuh kurus Aziyan Qalisa dakap erat. “Maafkan Lisa umi. Maafkan Lisa. Lisa salah dengan umi. Ampunkan Lisa umi.” Aziyan membuka matanya perlahan. Kelihattan Qalisa sedang menangis sambil memeluknya. Dia tidak bermimpi kan? Qalisa benar-benar berada di hadapan matanya sekarang. “Jangan nangis Lisa.” Aziyan membalas pelukan Qalisa. Akhirnya, Qalisa menerima juga dirinya. Qalisa tergamam saat berada di dalam pelukan hangat ibu tiri yang dia benci. Mengapa hangatnya pelukan ini seperti hangatnya pelukan ibu kandung sendiri? Subahanallah, rindunya dia kepada mummy. “Umi....” Tangisnya sungguh-sungguh. Sesungguhnya, Qalisa tidak dapat membendung kesedihannya lagi. Aziyan juga turut mengalirkan airmata. Sayangnya sudah lama tertumpah pada Qalisa dan Qalisha. Sejak lama dahulu. “Ampunkan Lisa, ya umi? Lisa banyak salah dengan umi.” Aziyan mengusap ubun-ubun Qalisa lembut. “Tak apa, sayang. Umi dah maafkan.” Aziyan memandang sayu ke arah anak susuannya pula. Dia gagahkan dirinya untuk bangun. Arissa Arlin sudah pandang dengan wajah risau. Ibu saudaranya ini, bukannya boleh bergerak sangat pun. “Mak su, mak su nak pergi mana tu?” Aziyan pura-pura tidak mendengar kata-kata anak saudaranya. Perlahan-lahan dia bangun dan mendekati Qalisha. Dia duduk bersimpuh di hadapan anak susuannya itu. Muka Qalisha Aziyan sentuh lembut. Airmata mengalir lagi di pipi. Mengapa dia tegar memukul anak ini? Dengan terketar-ketar, Aziyan menyentuh pipi Qalisha. “Sakit lagi, sayang?” Tanyanya perlahan. “Tak, umi.” Jawab Qalisha. Qalisha menghulurkan senyuman manis pada uminya. Makin lebat airmata Aziyan saat melihat senyuman itu. “Maafkan umi, sayang. Umi tak nak hilang Lisha. Umi sayangkan anak umi ni. Umi takut, Lisha.” Qalisha mendakap ibu susuannya erat. Dia tahu. Sangat-sangat tahu mengapa iumi memukulnya sebegitu. “Sudahla umi.. umi jangan nangis ya? Lisha pun saaaaayang sangat dengan umi. Lisha dengan kak long tak kan tinggalkan umi. Ya?” Aziyan senyum puas. Tergambar ketenangan di wajah ibu muda itu. Aziyan merebahkan badannya. Matanya memandang Qalisa, Qalisha dan Arissa Arlin silih berganti. “Alin, boleh ambikkan mak su air?” Tanpa banyak soal jawab, Arissa Arlin bangun menuju ke dapur. “Lisa, Lisha, baringla sini.” Kata Aziyan manja. Kedua-dua anak itu akur. Mereka membaringkan badan mereka di sebelah Aziyan. Qalisa di kiri, Qalisha di kanan dan dia berada di tengah-tengah. Bahagianya Ya Allah. Aziyan senyum lagi. Suka Qalisa melihat senyuman ibu tirinya ini. Tenang sekali. “Umi sayang anak-anak umi.” “Kitorang pun sayang sangat kat umi.” Kata Qalisha dan mengucupi pipi hangat Aziyan. Qalisa juga berbuat perkara yang sama. “Lisa lambat terima umi......” Kata Qalisa sayu. Aziyan senyum lagi. Rambut anak sulungnya Aziyan belai kasih. “Ni kan dah terima?” Kata Aziyan perlahan. Kini, Aziyan pula memberi kucupan di pipi Qalisa. Lama. Lama sekali. “Umi sayang anak sulung umi ni.” Airmata Qalisa menitis perlahan-lahan. “Jangan nangis, okey? Anak sulung mesti kuat. Ya?” Sekali lagi Kucupan hangat singgah. Tetapi kali ini, dikelopak mata Qalisa pula. Setelah itu, pandangannya beralih pula ke arah anak bongsunya. Qalisha Qalif. “Sayang, tidur ke?” Tanya Aziyan apabila melihat kelopak mata si anak bongsu tertutup rapat. Hidung si anak bongsu Aziyan Tarik sedikit. “Umi..” Qalisha tergelak manja. Dia memeluk erat umi tersayang. “Nakallah umi ni.” Aziyan tergelak sedikit. Senang dia dengan kemanjaan anak bongsunya ini. “Dah besar dah anak umi ni. Sayang?” “Ya, umi?” “Jangan selalu buat kerja-kerja dapur tanpa pengawasan orang ya? boleh?” Seperti Qalisa tadi, kini Aziyan berbuat perkara yang sama kepada Qalisha. Lama kucupan itu mengena pipi Qalisha. “Okey umi. Lisha tak buat dah.” “Good girl.” Kini, pandangan Aziyan jatuh kepada si anak saudara yang teresak-esak sambil memegang cawan. Arissa Arlin meletakkan cawan di atas meja. Diaa menerpa ke dalam pelukan ibu saudaranya. “Alin, kenapa Alin nangis, sayang? Jangan nangis ya? mak su sayang Alin.” “Alin pun sayang mak su Alin ni.” Arissa Arlin mengambil air dan menitiskan pada bibir Aziyan yang kering. Setelah itu, Aziyan mula meneguk air suam itu sedikit demi sedikit. dan Tiba-tiba, “Umi!” Qalisa menangis, Arissa Arlin juga turut mengalirkan airmata. Qalisha, hanya terkebil-kebil. Dia tahu, uminya Sudah tiada lagi. “Umi. Kenapa tinggal Lisha?” Dan dia. Dia juga turut menangis teresak-esak. TAMAT