Thursday, August 25, 2016

MTQK PENANG THINGKINGFACE

maaflah pembaca sekalian. tajuk tersebut saya rujuk pada nama group whtsap kontinjen Selangor ke Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan JKM kali ke-42 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang selama 4 hari 3 malam bersamaan 21-24 Ogos 2016. kontinjen membawa kekuatan 8 peserta bersamaan 8 kategori dan sayalah di antara salah seorang peserta tersebut. tanpa persediaan jitu dan rapi saya galas tanggungjawab tersebut meski di hati dilimpahi rasa malu yang menebal. ini merupakan pertandingan kali pertama saya yang melibatkan organisasi. calon-calon lain rasa-rasanya sudah benar-benar berkaliber lagi berkelayakan. hanya saya yang lemah dan cetek ilmu taranum. Alhamdulillah, sepanjang di sana saya ditemani kakak senior lagi otai di tempat saya bertugas sebagai pengiring. terima kasih atas jasa dan budimu sepanjang mengiringi. hanya Allah yang dapat membalasnya. dari 8 kategori hanya 2 sahaja yang tidak menyebelahi kontinjen dan salah satu yang tersebut ialah saya. perkara sebegini telah saya duga dan bersedia menerima rencah dan duri menikam. 4 kategori mendapat tempat naib johan dan 2 lagi mendapat tempat ketiga. syabas sangat2 saya ucapkan buat keseluruhan kontinjen. mendapat tempat ketiga adalah junior saya sewaktu di PES iaitu Norhidayu Mohd Yusoff. dari zaman sekolah lagi dah memang salude dengan dia ni. semoga Ayu terus Berjaya dalam menyampaikan ajaran Alquran buat anak bangsa. selain pengisian tersebut, terdapat juga beberapa acara sampingan. pendakian ke bukit Bendera, makan-makan di Padang Kota Lama dan acara makan durian di Balik Pulau adalah suatu yang sangat dan akan dikenang sampai bila-bila. entah ada kesempatan untuk lain kali ke tidak agaknya! kalau tiada pun saya tidak ralat kerana kemampuan ini masih lagi belum setara dengan qari dan qariah ulung jabatan. berbanyak-banyak terima kasih atas peluang yang diberi. satu lagi episode akan saya sambung pada entri berikutnya. jumpa lagi!