Wednesday, July 20, 2016

RUANG RINDUKU

kian usia dimamah waktu. sering mengundang rindu bertamu. tak mungkin kuhapus dari balutan memori. setiap masa, sepanjang ketika, Allah temukan aku insan-insan mulia. memberi bantuan pada diri yang tak sempurna. hingga detik ini, tak pernah pudar ingatan itu. jika ada terpalit dosaku pada kalian, kupohon keampunan sempena bulan mulia. izinkan aku abadikan namamu di sini. di layar putih tanda kenangan. insan-insan ini adalah insan sempurna ciptaan. terima kasih atas budi dan jasa kalian. hanya Allah yang dapat memberi kebaikan yang berkekalan. ada di kalanganmu jauh sudah berjaya di hadapanku. tahniah. tahniah. tahniah. ia setimpal dengan pengorbanan kalian selama ini. Tini ingin sekali kudengar khabarmu selaku room mate ku. Yusrina pembaca novel semasa di universiti dan kelembutan bicaramu. pernah bacakan aku novel Cinta Di hari-hari Rusuhan karya Faizal Tehrani. Haslina yang menemukan aku dengan pembaca-pembaca dari kalangan mahasiswa Pendidikan Islam. Azlina siswazah Perakaunan dan Perniagaan yang membantu aku membuat kerja-kerja akhir dan menjilidkan latihan ilmiah di saat aku buntu mencari rakan untuk membantu. Akmal pembantu yang cekap diturunkan oleh Rosni. hanya 2 semester bersamaku, namun bakti diberi sangat banyak. Mushirah orang yang tinggi lampai. membantu aku dari semester 2 hingga 6 tanpa jemu dan berpaling. Didi, kutemui di dinding perpustakaan utama Um, lantas menjadi tempat aku merujuk segala hal berkenaan tesis dan assighment yang bertimun. Zila dan Azza rakan sejabatan yang kutemui pada hari pertama kuliah bermula. pertolongan kamu berdua kunjung tatkala aku benar-benar memerlukan. kak Lin, Malia Kartini bernombor matrik AEA030194 sebelum nomborku dan Muliati Asyikin. mereka ini tak pernah menolak jika melihatku lalu datang menghulur bantuan. kak Zila dan kak Ida. keduanya matang dalam melihat setiap perkara. Wani dan Imah kawan baik Rosni yang tak pernah kekok membantu. pernah aku mengambil subjek TITAS ii bersama Wani dan kursus satu jabatan. Zura dan Ros kawan cek Yah yang membantu ketika subjek TITAS ii di Akademi Pengajian Melayu. Zura, Sha, Eca, Ikin dan Jihan junior-junior yang baik hati. membantu aku di kala kesunyian tanpa rakan sebilik. Zila, Jun, Moca, Fad dan Iim punya tempat tersendiri di hati. Zila dan Moca pernah kami menonton teater dan ke Genting Team Park bersama. mereka ni sains pure. tak ada jiwang-jiwang kesusasteraan. Balqis dan Pidah. dikenali melalui cek Yah. orang yang sangat baik dan setia membantu. Hanum dan Shidah juga rakan kepada Rosni. ke mana kamu semua. kirimlah khabar kepadaku agar silaturrahmi ini dapat disambung semula. turut tak dilupakan Jun, Ila dan Emi. mereka ni gadis Sabahan yang sentiasa menyahut sebaik diseru nama. tak dilupakan kak Nitrah dan kak Ada yang penuh dengan lembutnya seorang muslimah. sumbangan yang diberi Fifi, Fatimah, Mumtaz dan Siti Arimah yang berasal dari Malaysia timur menjadikan aku tetap digamit nostalgia. semoga kalian semua kekal dalam rahmat ilahi. amin!