Saturday, July 2, 2016

BERBUKA DENGAN SAHABAT

sempena meraikan setahun usia kerjayaku, aku dan suami atur 1 pertemuan dengan sahabatku ini. setelah kian lama kami tidak bertukar cerita, namun ia bagaikan erat bila bersama. mungkin kerana kukenalinya sejak kecil. disebabkan itu, ikatan itu kekal suci. pertama kali bersua dengannya hatiku dipagut hiba. dia benar-benar lemah dalam dirinya. semangatnya yang kental kini jauh meninggalkannya. susuk tubuhnya sangat tidak bermaya. kekurusannya seperti dia di alam sekolah dulu. aku benar-benar hiba dengan keadaan dirinya. Ya Alllah bantulah aku untuk memulihkan semangatnya semula. tolonglah aku untuk mengembalikan tawanya seperti dulu. kegembiraanku adalah kegembiraannya juga. di sebalik tawa riangnya dulu ada aku yang mengambil secubit rasa untuk dijadikan azimat bekalanku. sebelum berbuka, kami berbual santai di surau GTC. kelemahan suaranya menjadikan aku sayu dan bungkam. aku tidak dapat mengawal suasana pada masa itu. hatiku seolah-olah terlontar jauh menganangkan masa indah sahabatku itu. menjelang 10 minit waktu berbuka, suasana dapat dipulihkan dan keceriaan dapat digapai. dengan bantuan hubby, aku harap dia gembira dan bahagia ketika bersama kami. meskipun aku tidak mampu sepanjang masa bersamanya, namun sedaya upaya kucuba untuk mendengar setiap saaat rintihannya. aku tak mahu melihat dia jatuh tersungkur ke lembah penderitaan kerana itu bukanlah dirinya. ketika dia kehilangan cinta pertamanya dahulu, dia punya teman-teman yang setia di samping. namun saat ini, dia tak punya sesiapa. tak mungkin aku menjauh meninggalkannya sendirian. aku mahu dia bahagia seperti dia yang dahulu. walau kami tidak selalu bersua dan bersama, namun dirinya tak pernah kubuang dari sudut hatiku. kuintai khabarnya dari jauh. kuselak kisahnya dari teman-teman dekatku. ia tak berakhir setakat di situ sahaja. ketahuilah olehmu yang aku tak minta sedikit pun balasan atas perhatian yang aku berikan. kerjasama dan kefahaman dari hubby telah aku pohon agar merestui langkah ku ini. terima kasih tak terhingga dariku kerana menghadiahkan aku sehelai selendang halfmoon penuh dengan jahitan manik dari Vietnam berwarna merron. tudung ini Insyaallah aku gayakan dengan baju merron pada hari raya nanti seperti permintaannya. terima kasih sekali lagi sahabat. usai solat maghrib, kami berjalan kaki ke KL Central menuju MCD untuk berbuka dan bercerita sepuasnya. hampir 3 jam dan 3 kali top up air barulah kami berlalu dari situ. itu pun kerana sahabatku akan pulang menaiki LRT disebabkan kami tidak berkereta. tambahan dia akan bekerja pada keesokan harinya. semoga kesunyian harinya dapat aku kurangkan meskipun aku dapat menemaninya hanya sesaat dalam hidupnya. doaku, semoga dirinya bertemu dengan insan yang benar-benar menyayangi dan menghargai sekeping hati seorang wanita yang mempunyai seribu rasa dan mohon dimengertikan. tapi pulangku tetap tidak tenang. bangaimana kan dia lalu hari-harinya tanpa teman di sisi? bagaimana dia akan melalui waktu makannya seorang diri? siapa yang akan mendengar tangisnya itu? siapa akan menjadi bahu tempat dia melepas kedukaannya?sesungguhnya keadaan itu sememangnya getir dan mencabar. kerana apa. kerana aku pernah menghadapinya juga suatu waktu yang silam.