Sunday, August 2, 2015

CUTI HUJUNG MINGGU

hai pembaca sekalian. mungkin ada yang menyedari tentang kewujudan blog kecil ku ini. namun ramai yang tak sedar pun sebenarnya. biarlah! saya tak kisah. samaada ada yang membaca atau tidak. saya tulis hanya untuk kepuasan diri sendiri dan serba sedikit inigin berkongsi. maklumlah saya masih tersangat baru dalam dunia blog ni. dek kekangan masa maka kurang sekali saya dapat belajar. apa yang berlaku di sepanjang cuti hujung minggu ni biasa-biasa aje lah. ingin saya catatkan sebagai tanda ingatan. hari sabtu, saya, abang dan Adam ke jalan TAR dengan tujuan mencari baju melayu Adam. dalam hati dah terdetik herm memang susah naka cari baju melayu yang dikehendaki oleh PASTi memandangkan hanya stok yang tertinggal je selepas raya. kami berjalan dari 1 lot ke 1 lot kedai tetapi hampa. warna baju yang dikendaki tak juga jumpa. Adam memerlukan baju melayu berwarna biru sperti bendera BN untuk tujuan presentation padaminggu hadapannya. kalau ada pun harganya sangat mahal dan saiz pulak besar. ya lah dalam keadaan terdesak gini mulalah ingat macam-macam. setelah 2 hari berusaha akhirnya dapat juga bertemu yang seiras iaitu di pusat pakaian Harihari Taman Medan PJ. usaha kami terbalas dengan menghadiri jemputan open house di rumah kawan sekerja abang. sambil meronda tu sempat juga lah aku ke butik sugar skaf dan ryan's designer. mulanya nak ke Bella Amara. tetapi tutup pulak.

No comments:

Post a Comment