Wednesday, August 5, 2015

DURIAN/AIDILFITRI

awal-awal lagi saya telah diingatkan bahawa akan ada sambutan aidilfitri di RSK Cheras. bersama dengan puan K dan lain-lain kami bertolak menaiki bas sekitar jam 9.00 pagi. herm nasib baik cepat sikit. kalau tidak memang ketinggalanlah kami. acara bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. aneka juadah tersedia. pelbagai persembahan dan ucapan ditampilkan. saya merasai beberapa  jenis antaranya termasuklah lemang, nasi beriani, sate, aiskrim, cendol, rojak, pudding-pudingan, makanan ringan dan yang paling special buah durian. durian ni memang favourite saya la. dari jauh lagi dah terhidu baunya. siap ada lintas hormat lagi. terima kasih pada yang banyak membantu.

No comments:

Post a Comment