selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Wednesday, May 31, 2017
BINGKISAN JURU URUT WANITA
semenjak Januari 2008 sehingga kini pada masa note ini di publish : anggaran 31 Mei 2017, inginku garap sebuah kisah nyata dan bukan hanya dicipta. hampir 9 tahun pengalaman menjadikan saya insan yang lebih dewasa dari sekadar budak mentah.
medah MARA menjadi saksi,
kutimba ilmu bekal di hati,
dari guru yang banyak berbakti,
hingga aku tegak berdiri
tak jemu hingga kini
menjawab segala persoalan menerjah sanubari.
ilmu dan ajar sudahlah bertambah
saya terus belajar dari pengalaman
supaya kemahiran tajam diasah
semakin bernilai tidak susut dek harga.
dari kedai urut di tengah ibu kota,
kulunsuri memberi khidmat di khemah dan padang
di bawah sinaran rembulan dan lampu neon
di bawah terik mentari berbahang
ke dalam pusat membeli-bela mewah serta berhawa dingin
ke ruang promosi 10 x 10 cuma
ke segala macam pusat expo dan akademi
ke kedai eksklusif dan butik pengantin
ke pinggiran pantai dan teman rekreasi
ke segenap kolej dan ceruk IPT
ke rumah agam gah bagai istana
ke teratak kampung yang tiada tangga
ke ruang pejabat berbilang tingkat
ke ruang klinik dan famasi
hinggalah ke bilik massage di rumah sendiri.
jangan ditanya berapa ramai yang sudah kujumpa?
tunggulah sahaja jemari ini menjadi saksi
menjawab persoalan yang entah berapa ribu kali diulang
kerana diri ini sudah letih bicara
tungkas membetulkan silap dan pandang
menangkis sikap dan prejudis
menongkah diskriminasi serta persepsi
yang semakin ketara melanda.
padahal segala telah dihidang
dengan juadah informasi di hujung jari
sepantas teknologi hari ini
boleh baca dulu kalau tak tahu
boleh tanya jika tak faham
boleh bincang jika mahukan pertimbangan
mengetepikan hinz dan klu yang diberi
jangan buat diri seolah-olah baru dibangunkan tidur dari zaman batu.
bila diri tergugat
mencari helah bagai kami pula yang salah
memutuskan ukhwah telah menjadi perkara mudah
bila kemahuan tidak kami patuh
bila kehendak tidak dapat kami ikut.
indikator kamu apa?
adakah seperti mereka ini?
tepuk dahi tanya akal
tepuk dada tanya hati
tepuk jiwa tanyalah iman.
level kamu di mana?
menilai kami dengan apa yang diperhargakan?
memberi RM100 untuk setengah jam perkhidmatan?
membayar dengan rm300 untuk 3 hari berturut-turut selama 2 jam bagi setiap sesi?
memberi seikhlas rm20 untuk 1 jam perkhidmatan?
menghulur rm30 untuk servis 2 jam berterusan?
menawarkan kami rm35 untuk 1 setengah jam urutan?
atau menempah rm100 untuk 1 setengah jam setiap minggu?
atau sekadara amalan sistem barter?
memberi jaws, kerisi, kembong, atau bilis?
semuanya kami terima
semua minta kami redha
semua minta kami halal
semua minta kami pasrah
tak kurang juga meraih ikhlas kami
merayu minta dilebihkan itu dan ini
menista kami dengan tomahan
memperkecilkan kami bagai kamu yang sempurna segala
melontar kata seolah rungutan kami
menabur kepalsuan untuk mempersendahkan
dengan rezeki yang ditentukan.
pernahkah kalian berfikir
bagaimana kami mengerah keringat?
bagaimana kami memerah kudrat
memunggah urat sendi kami
mencagar tulang-temulang kami
menyusun rentak nafas kami
mensantuni emosi kami
agar cekal berbakti
cergas sepanjang hari
demi sesuap nasi
serta segenggam rezeki barakah.
ini cuma sebahagian rencah dan asam garam
siapa makan cili dia yang terasa pedasnya
tiada nama yang tertentu ditujukan.
peringatan diri sendiri juga.
panduan tak leka di hari muka.
datang mengelek seribu kesakitan
pulang mahu ditinggalkan tak bersisa!
datang membawa seribu kelesuan
pulang mahu ditarik segalanya dari tubuh!
datang membawa segunung beban
pulang dengan senang hati seolah kami pula yang perlu memikulnya!
datang membawa seribu bisa
mahu kami menghapuskan sehingga lega!
berapa lama dapat kami usahakan
memulih setiap anggota
membuka setiap yang sumbat
melerai yang terikat
menghancur yang berketul padu
mengurai yang melekat
melicin yang sangkut
5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 1 setengah jam, 2 jam atau lebih atau berulang-ulang?
berapa harus dibayar?
berapa harus dibayar?
berapa harus dibayar?
cubalah ke mesin urut automatik
semestinya ini yang tertera
atau ini yang kedengaran
please insert coin!
anda mampu bayar berapa?
ya, anda mampu bayar berapa?
atau memaksa anda untuk keluar dari pelantar!
get out from platform
bila anda buat-buat tak tahu
atau sengaja tak faham kan!
pilihan di tangan anda!
anda mampu yang mana?
sendiri jawab!
ke salon kamu mampu
ke spa kamu sanggup
ke butik kamu tak kisah
ke restoran kamu rela berhabis
ke doktor rela berhutang
ke luar negeri rela menabung
mahukan emas rela bermain kutu
mahu beraset sanggup meminjam
tapi ....
untuk kesihatan semulajadi sangat berkira
untuk tubuh-badan sendiri sanggup tertunda
kebajikan diri biar tergendala!
anggota yang digunakan berdekad lamanya
sakit menjalar ke paras tulang hitam
pinta kami pulihkan dalam masa setengah jam?
atau 10 minit?
atau berapa lama?
maaf kami bukan robot. bukan robot. bukan robot.
kami manusia seperti anda juga.
ingat. ingat. ingat. kesembuhan dari Yang Maha Esa.
jangan sakiti kami kerana
servis kami setimpal harga
bukan tangkap muat semata
atau sekadar di pinggiran tong sampah
bukan sehari dua mengaku profesional?
bersandarkan latihan dan pengalaman bertahun lamanya.
jauh sekali mencipta nama, viral dan segera.
fahami dengan budi
bukan menyerbu ikut suka
bukan meluru tak menentu hala?
nilai dengan hati
bukan pandangan sebelah mata
bertindak melulu dan sukasuka.
yang mengunjungiku bukan seorang cuma
dari latar agama bangsa berbeza
dari dalam negara mahupun seberang laut
dari doktor pakar hingga peguam bicara
dari penjaja hingga ke pemilik gedung permata
dari berusia bayi hingga ke angka warga emas
dari pramugari hinggalah ke atlit negara
dari selebriti hingga ke produksi
dari yang berdiri hingga ke yang terlantar.
dari yang gagah berlari hingga yang menongkat jari.
dari rakyat biasa hingga golongan istana.
dari hamba sahaya hingga ke pemimpin jelata.
kedatangan disambut tulus
besar tapak tangan nyiru kami tadahkan
cukup-cukuplah pandangan sinis
hentikan jelingan mengikis
kurang-kurangkanlah renungan mengguris
ketepikanlah perkataan remeh
tipiskanlah reaksi pesemis.
jika rakan senasibku mengatakan salah
mungkin kalian lebih baik dariku
semestinya kalian jauh lebih hebat
apa yang dipapar hanya secalit kisah
ambillah jika mengandung nasihat
pakailah andai ia bermanfaat
sama sekali tidak berhasrat membangga diri
memberi penghargaan buat yang menyumbang
jerih perih keringat dan tenaga
membimbingku di kiri kanan jalan
jasa kalian tidak kulupa
petua dan nasihat tidak kuabai
ku pasak kata hikmat rakan dan taulan
menjadi sebahagian punca rezeki
bahkan yang utama sebelum dua tahun kebelakangan ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment