selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Friday, January 25, 2019
HATI UMMI TAK TENANG
LAMA TIDAK KUCORET
Bismillahirrahmanirrahim.
sungguh lama jemari ini tidak melakar catatan di ruang peribadi ku ini. sudah setahun lebih rasanya. begitu pantas masa berlalu meninggalkan aku yang kehambaran di persada bumi yang indah nan luas. setahun berlalu begitu banyak kisah suka dan dukaku hingga menghentikan jemari ini menukil segala peristiwa. jika berkesempatan dan punya kekuatan akan aku imbas kembali satupersatu. segalanya masih segar di ingatan tak luput walau seinci. sedikit sebanyak tentang kamu ada di sini menjadikan sukarnya aku menatap kembali segala kenangan dan memori yang telah kita ciptakan. salam jumpa lagi!
Thursday, November 23, 2017
MOHON JANGAN DIPALSUKAN
Thursday, November 16, 2017
LAGI CORETAN SAHABAT
Monday, November 13, 2017
TABAHKAN AKU
Saturday, November 11, 2017
SSPNI+ PELABURAN BUAT ADAM
Friday, November 3, 2017
HATI KU BERSUARA
Monday, October 23, 2017
BERITA DUKA SAHABAT
Monday, October 16, 2017
PERSIAPAN CAHAYA MATA KETIGA
Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. salam hari isnin.
Wednesday, October 11, 2017
SEDIHNYA TERPAKSA BERJAUHAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pagi ini ketika ku on PC, ingin aku coretkan secangkir kisah yang melingkari hati. Kesedihan bertandang meraut seluruh rasa membuatkan aku tak betah untuk memulakan apa sahaja. Serasanya ingin sahaja aku mengisi masa dengan bermenung seharian di rumah namun apalah dayaku yang bekerja makan gaji. Biar ku nukilkan agar sedikit sebanyak terlepas beban kesedihan yang kutanggong. Petang semalam setelah 9 hari cek dan ayah bertamu di rumah, aku perlu melepaskan dia pulang ke laman kelahiran. Ya di tempat sebahagian diriku dibersarkan. hujan yang renyai turun seolah memahami hati ini sedang menangis pilu. Sepulang aku dari kerja, di tempat biasa suami memarkir motor kutemui Danial dan ditemani cek sedang bermain sambil menunggu kami. pastinya Danial ingin membonceng motor menjemput Adam di sekolah. namun kerana luka di tangan akibat terjatuh semasa berbasikal dan hujan abah tidak membenarkan dia ikut bersama. pastinya ku akan terkenang semasa pulang di saban petang. inilah kesakitan yang sedang ku alami. perlu berjauhan dari anak kedua yang begitu manja dan punyai pelbagai kerenah.
naik sahaja ke rumah, dia merajuk di dalam bilik ku. badan dihempas ke tilam, menekup muka sambil menangis. tak betah untuk aku pujuk kerana hatiku turut menangis sama mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi sedikit masa lagi. kugagahkan jua melayani kerenah dia di kala badan keletihan dan perasaanku yang bungkam. sekembalinya abah dari menjemput Adam, sedikit sebanyak meredakan rajuk Danial. abah mengangkat Danial ke ruang tamu kerana aku tak mungkin berbuat demikian dek kandunganku yang sudah beranjak ke 6 bulan. setelah menjamah nasi lemak kukus yang ku pesan, kami bersiap-siap untuk menghantar Danial, cek dan ayah ke stesen bas Kajang. Sebelum itu, sempat abah membawa Danial ke rumah aki dan wan pengasuh sementara Danial untuk bersalam-salaman. apa yang membuatkan aku terkilan, Danial merajuk dan tidak benarkan aku menyapu minyak gamat pada lukanya. namun yang lebih membuatkan aku walang, jari kelingking Danial bengkak kerana digigit serangga dipercayai lebah namun tak sempat aku rawat dan ubati. berkali-kali ku titip pesan pada cek agar segera membawa Danial ke klinik sebaik tiba di Kelantan. Jarinya bengkak, membesar, panas dan tidak boleh dibengkokkan. Semoga cepat permata hati ummi sembuh. Kami tidak menunggu bas memutar roda, sebalinya terus pulang kerana ditakuti kolam mataku yang bertakung si airmata akan pecah bila-bila masa. di rumah kumembaringkan diri bagi menghapus resah di dada. Jika aku punya rezeki berlebihan, mahu saja ku pulang ke kampong saban minggu menjenguk permata hati tanpa menghirau keletihan dan keuzuran diri. Semoga Allah melindungi insan-insan yang menjadi kesayanganku.
Monday, October 9, 2017
TUHAN TABAHKAN HATIKU!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam hari isnin.
Ya Allah sesungguhnya aku benar-benar sedih hari ini. entah mengapa di dinding FB tak mampu kucoret bahasa luka ku. Sebenarnya aku malas nak mendengar jika ada yang bertanya tentang status yang bakal aku update di sana. Di sini aku bebas bercerita kerana blog ini masih lagi menjadi rahsia. Entah apa malang menimpa nasib ku! Selalu ada wujud pertelingkahan antara kai. Angkara sedikit hal dia memarahiku. Mengheret aku untuk menangis sehingga ke tengah malam. Terlena aku dengan rendaman air mata. Apa kerana kekurangan diri ini sebenarnya yang telah mendera perasaan hatinya. serasa-rasa aku begitu banyak kelonggaran yang kuberi demi menjaga keharmonian hubungan ini. Namun tetap aku yang dipersalahkan. hanya gara-gara aku menegur sedikit kelemahannya dalam membantu ku melakukan tugasan pejabat. Ku tidak memaksa andai dia tak mampu. Tapi dia lantas dan lancing membentak aku. Tergamaknya abang buat ayang begini! Ayang tak berniat menjatuhkan marwah abang, tapi ini yang abang beri pada ayang. Ayang terpaksa menulis di sini demi mengubat lara hati yang abang tinggalkan buat ayang. Semoga ayang tak khilaf dalam menghormati abang sebagai seorang suami.
Nak mengharap abang dating memujuk diri ayang memang jauh sekali. Saban kali perkelahian kita ayang terpaksa memendam dan menelan setiap perlakuka abang yang menolak ayang jauh ke tepi. Berkali-kali ayang meminta maaf andai setiap kesalahan itu ayang puncanya. Tetapi layanan hambar tetap abang persembahkan pada ayang. Ayang sentiasa mengorak senyum walau hati ini menangis dan menjerit kerana pedih terluka. Segala yang ayang korbankan kini tak bermakna lagi buat abang. Abang dah campakkan inajauh ke tepi. Perlahan-lahan abang bunuh rasa hati ayang ini. Apakah abang mahu ayang menjadi tawar andai tiba masanya nanti. Ayang mungkin boleh menjadi seketul batu yang membeku dengan apa juga keadaan abang. Pdahal ayang benar-benar cuba untuk memelihara kesucian hubungan ini. Ayang cuba merubah diri ini agar lebih matang dalam mengharungi dugaan berumahtanga. Namun seringkali abang yang menodai usaha ayang ini. Tak apalah mungkin ayang belum cukup bererti dan bermakna pada pandangan abang. Semoga Allah terus kuat dan cekalkan hati ayang ini. sebelum ayang menulis coretan ini, ayang tak punya semangat untuk melakukan tugasan pejabat. Ayang terpaksa coret di layar putih ini agar kesedihan ini pergi seketika dan ayang boleh seperti biasa melakukan tugasan pejabat yang masih memerlukan tindakan segera dari ayang. Ya Allah sejahterakan suamiku walau di mana dia berada. Aamiin!
Tuesday, August 15, 2017
ENGKAU YANG NAK KAHWIN – KENAPA AKU YANG PERLU BUSY BODY
Tuesday, August 8, 2017
TABUR DUKA
Entri kali ini aku ambil dari draf. Apa sebenarnya yang berlaku kala itu ya! Adakah aku sedang berhiba? adakah kerana berita sedih yang berkunjung? atau adakah aku diulang uji? Pastinya aku dalam mood yang sedih. Tapi aku tidak tahu. Apakah peristiwa itu. Semestinya dia menduga tabah dan sabarku. Mungkinkah tentang kerjaya? huh! pening aku nak fikir petang-petang ni! Nanti lah aku share lagi. Tajuk dah tak mengagak. tentu sedih sangat ni! tentang kerjaya lah tu? bukankah kau selalu diuji? Kali ni tak mungkin aku redha dan seredhanya. Aku akan bangkit mempertahankan diri. tidak ku biarkan tangan-tangan merentap aku. Kemaafan bagiku amat cukup payah. terasa aku diperkotak-katekkan. tak apalah Allah pasti ada jawapannya. Tak mungkin aku akan beralih lagi pada masa ini. Yang lama pun belum lurus terurai. Nak ditambah dengan derita baru. Ya Allah lindungi aku dari hati-hati mereka yang kejam. Kucar-kacirkan perancangan mereka untukku. Aamiin!
tulisan : 8 Augost 2017
Saturday, August 5, 2017
MAJLIS KESYUKURAN KEDAI RAKAN
PUDARKAH RASA CINTA SUAMI
Wednesday, May 31, 2017
BINGKISAN JURU URUT WANITA
Sunday, May 14, 2017
RALAT DI HUJUNG MINGGU
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
hari ni nak luahkan sesuatu yang terbuku di hati. Petang tadi kuterima satu wasap dari seorang yang baru kukenali. Dia merupakan customer yang telah memperkenalkan aku dengan beberapa lagi customer. Meskipun baru mengenali hubungan kami boleh dikatakan rapat juga. Katnya dalam wasap, sepupunya nak mengurut petang ini dating dari Janda Baik. Alhamdulillah rezeki ku dalam hati.
3 jam aku bekerja. Bermula jam 5 petang hinggalah jam 8 malam. Semasa ingin buat bayaran, beliau menyerahkan aku RM50. Aku tanpa bertanya berfikir secara positif dengan mengatakan ini sudah cukup lebih. Sebenarnya ia sangat terkurang. Rm50 untuk urutan selama 3 jam. Sangatkah berbaloi harganya? aku tidak deal terlebih dulu dengan customer tersebut kerana aku menyangka dia telah maklum mengenai harga dengan sepupunya itu. Sepatutnya juga kamu yang mendapatkan perkhidmatan maka kamu jugalah yang perlu bertanyakan harga bukan? Kita yang beli barang mengapa pula penjual yang perlu jelaskan semuanya. Tanyalah kepada juru urut harga sebenar bagi setiap sesi urutan agar kalian tidak termakan sumbang tenaga yang diberi. Bukan kami tak beri diskaun. Kami sebenarnya terlebih ikhlas dalam menyediakan rawatan. Seringkali keadaan kami dimanipulasi dan diambil kesempatan. Sudah tiba masanya untuk aku bertegas kali ini. Apa yang patut aku jelaskan sudah aku beritahu kerana ibunya turut mendapatkan barangan Nurraysa daripadaku. Kenapa yang itu aku boleh meklumkan dan kenapa yang ini tidak aku maklumkan ya! sila fikir dan cari jawapannya sendiri! jangan asyik nak persalahkan orang lain sahaja. Sebagai manusia dewasa aku rasa sudah cukup matang untuk memikirkan setiap perkara itu dengan sewajarnya. Bukan orang biasa-biasa yang datang kepadaku. Seorang guru tu. Apa ingat ini kampong ke? Harga kat kampong untuk urutan pun sudah melambung naik tau! jadi nilai dengan mata hati. jangan sekadar memandang remeh setiap kemahiran yang orang lain milliki.
Impaknya beliau memutuskan silaturrahim. Aku pasradh dan redha atas segala yang telah disuratkan. Rezeki itu milik Allah dan biarlah Dia yang mengatur jalan terbaik untk ku. Pada beberapa hari selepas itu, beliau telah bank in kepada ku mengikut jumlah yang ditetapkan. Demi tidak mengeruhkan keadaan aku berdiam diri sahaja. Terima kasih kerana hanya seketika berkenalan. Meninggalkanku itu keputusanmu. Aku tiada halangan. Manusia datang dan pergi bersilih ganti. Kau mungkin sebahagian pengalaman yang terpaksa aku lalui. Terima kasih atas segalanya. Tunggu next entry daripadaku berhubung sebuah bingkisan. Bingkisan di sebalik hati seorang juru urut wanita yang sering dipinggirkan.
Sunday, February 19, 2017
NURRAYSA : SATU JAWAPAN
Saturday, February 18, 2017
TAK TERLUAH
Friday, February 17, 2017
BEBAN KERJA
salam hari jumaat saiiyidul ayyam. ini kisah semalam sebenarnya. tak apalah kita cuba garap hari ni. maklum today tak berapa nak ada kerja untuk disiapkan. actually baru je habis program baca Yasin di pejabat. selepas makan pagi, ada aktiviti 5S untuk membersih dan menceriakan kawasan pejabat. aku. biasalah dah semangat pakai baju blouse dan seluar ke pejabat. mengalahkan yang lain pulak. biarlah ini sebagai tanda sokongan dan komitmen. nak siapkan SKT kawan yang tolong belum sampai ke pejabat kerana ke klinik terlebih dulu. erm tak apalah kita kembali kepada cerita asal.
semalam ada kawan yang berkata di celah keriuhan tempat kerja, belajar hingga ke tahap diploma. habis berbelas ribu ringgit dan bayar PTPTN pun masih belum habis lagi, tetapi perlu membuat kerja-kerja remeh seperti mengfotostat dokumen. gayanya seperti pekerja lepasan PMR sahaja. wow. sungguh aku tersentap dengan kalimah tersebut. kenapa ya statement sebegini harus keluar. pada saya selaku insan kurang sempurna, lain pula fikirannya. berilah kami kerja apa sahaja, asalkan kalian yakin atas keupayaan kami, kami akan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab. bukan apa. takut setiap detik masa kerja kami yang terbuang akan diperhitung di akhirat kelak. apakah jawapan yang akan kami beri kepada yang menyoal nanti? adakah ia akan diterima? semua itu menaut hati dan fikiran kami buat selama-lamanya selagi kesempurnaan itu yang kalian cari. kekurangan kami mudah saja terlihat bagai tidak boleh ditutup-tutup lagi. p/s : sekadar meluah rasa di blog sepi ini.