Thursday, June 30, 2016

MUJUR SEMPAT SAMPAI

awal pagi tadi, sewaktu bersiap hendak ke tempat kerja, nada panggilan IPhone kuberdering. teragak-agak juga nak menjawab panggilan. maklumlah rushing nak pergi kerja. akhirnya dengan berhati-hati saya menjawab. brother pos laju di talian sebelah sana. dia bertanyakan alamatku yang penuh. herm, kenapalah si penjual barangan yang aku order ni tak menulis alamat penuh seperti mana yang dah aku whtsapp sebelum ini? hikmahnya brother pos laju yang teliti membuat kerja pula menghubungiku. mujurlah. tindakan pantasnya ddapat menyelamatkanku dari lewat menerima parcel yang perkhidmatan terakhir penghantaran adalah pada tengah hari ini. takut-takut juga, barang yang kupesan akan tiba selepas hariraya. tak berbaloilah aku tempah jauh dari Perak. semasa waktu rehat, pejabatku dikunjungi brother pos laju seperti selalunya. punyalah banyak parcel yang dibawa. dengan debaran aku menunggu ketibaan parcelku. di hujungnya kak Z menyebut namaku dalam banyak-banyak penerima parcel. syukur Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan. terima kasih Eliani Malini dari Batu Gajah Perak kerana menjalankan urusniaga dengan amanah. tak sabar nak merasa kuih raya buatan tanganmu itu!