Sunday, June 26, 2016

e71 DALAM KENANGAN

kedatangan mu dalam hidup ku meskipun dah 2nd hand namun sumbangan yang diberi cukup besar. kau ku beli dari kompleks Pertama setelah 3 bulan menjejaki semula ke Kuala Lumpur. setelah 3 tahun kau berbakti mengiringi setiap kisah suka dan duka, kau memaksa aku untuk terima suratan yang biberi. kerana mu lah aku belajar mengenali internet mengguna phone. kau ajar aku cekalkan hati untuk menerima apa sahaja cercaan dan makian orang ramai terhdap mu. namun aku bangga kerana kau telah Berjaya mencapai kebahagiaan buat ku. kini baktimu semakin terlupus. suara talks yang mengiringi kurasa hamba sangat. seingatku pernah aku mengajak kau pergi mencuci tapi terlewat. kau semakin tidak berfungsi. pada saat terakhir kau bersamaku, baktimu sangat terselah kerana menyimpan banyak novel buat tatapan u. antara yang menjadi kegemaranku ialah novel-novel Ramli Awang Murshid seperti bagaikan puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang pencinta, Cinta Sufi dan pelbagai lagi novel yang boleh diakses seca ofline. semuanya adalah untuk memastikan aku dapat menggunakan masa lapang iaitu semasa ketiadaan customer dengan cara paling baik. sekarang aku tidak lagi boleh bergantung manja dengan mu kerana panel pengecas bateri telah rosak. tersentap aku dengan kejadian yang menimpa mu sehingga menyebabkan kau gagal berbakti lagi kepada tuanmu ini. tgerimbau pada suatu hari ketika cuti deepavali tahun 2015, aku hamper terlupa akan keberadaanmu bersama charger di dalam begku. aku dan hubby meredah hujan sepanjang jalan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam demi banyaknya urusan. kerana itu, kau telah basah begitu dengan kabel pengecas. tidak mengesyaki apa-apa, aku terus menyiapkan dirimu yang basah lencun dek air hujan untuk dicas seperti selalu. namun kali ini, kau enggan. kau gagal dihidupkan seperti biasa. masa tu dah terbayang di kotak fikiranku bahawa aku akan kehilangan kau buat selamanya. namun aku tetap tidak berputus-asa setelah berbulan lamanya. pada hari sabtu lepas aku dan hubby bergerak ke MARA Digital untuk membeli kabel charger yang baru. tapi kali ni chargernya tidak original lagi. tak apalah aku cuba sebaik mungkin untuk mengembalikan baktimu padaku. setelah berusaha hasilnya masih tidak memuaskan. kau tetap gagal dihidupkan seperti kelazimannya. tetapi sebaik charger itu dicuba ke Nokia N95, bateri handset ini kembali full. sedihnya aku kerana telah kehilangan E7a yang aku sayang.