Sunday, June 12, 2016

SELAMATKAN DIA LINDUNGI DIA

peristiwa menakutkan ini berlaku pada malam kelmarin. pada masa itu, aku hubby dan Danial berkunjung ke gerai perniagaan kami yang terletak di jln TAR berhampiran Chow Kit. insiden ini bermula apabila aku meminta hubby mengambil photo customer untuk dipost ke media social sebagai langkah promosi urutan. tidak sampai 5 minit, kusedari Danial hilang dari pandangan. dengan perasaan panic dan berbaur ketakutan yang amat, ku menyuruh hubby mencari Danial di kawasan sekitar. dalam hati ni, dah terfikir macam-macam keburukkan seperti yang kita selalu dengar di media massa dari dulu dan sekarang. pada masa ni lah aku menyalahkan diri kerana alpa dan membiarkan Danial merayau entah ke mana. jantung dah hilang nada denyut sementara darah pula dah kering nak mengalir. Ya Allah, selamatkan Danial. apa akan kukata pada mereka-mereka yang menyayangi Danial andai keadaan itu benar-benar terjadi. tuhan, tolong jagakan dia untukku. tak putus-putus ku membilang doa. mula terbayang keletah-keletah Danial yang mencuit setiap inci kehidupan ku. Ya Allah di manalah buah hati ku berada pada ketika dan saat ini. setelah beberapa minit berlalu, kelibat Danial dilihat oleh adik temanku keluar dari restoran Indonesia. mujurlah Kau masih memberi peluang untuk kami bersama. untuk aku dan suami menjagamu sebagai satu amanah. aku serik untuk membiarkan diri leka dengan keligatan Danial. menurut kata adik temanku tukang masak restoran itu yang menggamit Danial ke sana. inilah yang perlu aku waspada dan beri perhatian, Danial mudah untuk mengikut sesiapa sahaja dan kebanyakkan orang senang untuk menggamit mesra dengannya. menurut Danial selepas insiden itu berlaku, dia masih Nampak ummi dan abah walau telah berada dalam restoran tersebut. no, no, no, tidak mungkin kuberi kepercayaan kepada dirimu yang masihh kecil.