Sunday, June 19, 2016

SHOPPING DI SACC MALL

jumaat ini merupakan jumaat kedua sepanjang tempoh aku bekerja di sini, aku keluar shopping. seronoknya sesekali dapat melepaskan diri dari kerusi pejabat yang tak berapa empuk ni. kali pertama adalah minggu lepas. aku berkunjung ke Plaza Alam Central kat sebelah office ni je. pegawai atasan sudi membawa ku bersiar-siar. terima kasih banyak untuk puan S. pada minggu ni, dalam renyai hujan kami membilang tapak ke SACC Mall. dari kedai ke 1 kedai kami cuci mata dan telinga. di Plaza Alam Central, aku telah membeli sehelai instant shawl berharga RM20.00. maklumlah menjelang hariraya pelbagai fesyen disaji buat tatapan kaki-kaki shopping ni. dari kedai handbag, perfume, kerongsang, baju kurung, jubbah, pakaian muslimah, kasual dan sebagainya. setelah 2 jam akhirnya dapatlah aku sepasang baju kurung, ligh purple di butik Sirih Pinang dengan harga RM120.00. pada waktu malam, suami pula berkenan dengan seluar jeans berpoket-poket untuk kedua-dua putera kami. tak ketinggalan, aku telah membeili kookies kegemaran di Famous amos.