Saturday, June 18, 2016

PELAMIN MINI UNTUK PERSANDINGAN RAKAN

sabtu. usai berbuka puasa di rumah Mahani di Putrajaya, aku hubby dan anak bergegas ke Putra Central menjemput rakan dari Kuala Lumpur yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. aku ni kiranya dah ditempah khas sebagai wedding planner mereka yang tak bertauliah. mana tidak, bermula dari pemilihan catering, bursana pengantin sehingga ke acara persandingan aku terlibat sama. seolah-olah aku pula yang hendak meraikan acara raja sehari. setelah buntu fikiran, kuluah masalah yang kuhadapi di FB group Bandar Baru Bangi Community. kerana kepercayaan ku menyatakan bahawa warga BBBC sangat sedia membantu warganya. sebaik membuat posting herm berderet pula yang memberi komen. dari banyak-banyak, ada seorang yang kurasakan benar-benar sedia telah menghubungi ku menerusi aplikasi whatsapp. Sabrina namanya. beliau bersama suami menjalankan perniagaan untuk upacara raja sehari dan pelbagai lagi event dengan kadar berpatutan. dengan keramahan dan ketulusannya kami telah mengatur temu janji dan hari inilah waktunya. pertama sekali, berbanyak maaf saya lampirkan kerana terpaksa menganggu privacy keluarga Sab malam-malam begini. namun hanya ini pilihan yang kami ada. masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri lebih-lebih lagi pada hari bekerja. kawan ku ini hanya mahukan pelamin mini bajet dengan harga bersesuaian untuk kenduri sebelah pengantin lelaki. sedikit yang aku hendak komen semasa perbincangan dibuat, tolonglah focus dan tunjukkan keseriusan anda. malu rasanya saya, kerana saya yang kelihatan berlebih-lebihan, sedang pasangan pengantin seolah-olah tidak serius untuk melaksanakan majlis mereka. apabila kita inginkan orang sekeliling membantu kita, maka kita perlu sedaya upaya menonjolkan diri kita. jangan hanya biarkan pihak ketiga, akulah kiranya yang Nampak sangat teruja sedangkan kalian tidak ada apa-apanya. semoga Sab dan temanku ini dapat menjalinkan kerjasama yang baik sehingga menjelang majlis. padahal sebelum ini, telah aku berikan beberapa banyak bridel-bridel yang menguruskan upacara perkahwinan. namun tiada satu pun yang Berjaya menjalinkan kerjasama yang baik. akhirnya ku putuskan kali ini, biar ku saja yang deal dengan pengusaha pelamin dan adaman. akhirnya kejayaan dapat dinikmati. semoga Sab dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk suatu majlis yang akan dikenang sepanjang hayat. jam 2.00 pagi baru kami tiba di rumah dengan anak yang tertidur keletihan setelah menghantar pasangan tersebut pulang ke destinasi masing-masing.