Thursday, June 30, 2016

KURUNG LIGHT BLUE

selesai berbuka seperti yang dijanjikan, abang membawa aku ke Jakel seksyen 7 Shah Alam. selepas mendapat parking yang sesuai namun agak jauh, kami berjalan santai menuju ke gudang terlebih dulu. herm, banyaknya harga yang ditawarkan. RM150.00 2 pasang, Rm100.00 2 pasang dan Rm150.00 1 pasang. baju kurung Sha Alyahya telah menarik perhatianku setelah disuakan oleh sales girl. terima kasih pada cik yang baik hati kerana assist kami berdua. walaupun aku rasa teruja dengan design baju kurung Sha Alyahya yang berharga RM150.00 dari Rm399.00, nemun terpaksa aku ketepikan. aku mencari-cari baju Rm150.00 untuk 2 pasang. lagi banyak yang aku dapat beli, lagi tinggi kebarangkalianku untuk menggilir baju kerja fikirku dalam hati. tapi nasib takmenyebelahi. aku hanya dapat sepasang kurung light blue dengan harga RM75.00 kerana kekangan saiz yang tidak padan. setelah membayar, kami beralih pula ke gedung jakel yang sebenarnya. niat hati ingin mencari beberapa helai kain pasang untuk dijahit dan diambil sewaktu pulang raya haji nanti. namun tak juga bertemu. jam 10.00 malam kami beranjak pulang.