Thursday, June 16, 2016

PERSIAPAN HARI RAYA

assalamualaikum. dah masuk hari ke12 dah umat muslimin menjalani ibadah puasa. aku pula dah tinggal 7 hari. biasalah natural problem. seminggu sebelum ramadhan segala persiapan raya untuk anak telah diselesaikan. kami ke GM Klang dan berbelanja di sana. dapatlah 3 pasang seorang. rasanya agak sederhana saja. jika sebelum ni, jumlah baju mereka tidak kurang dari 5 pasang seorang. disebabkan kekangan maka tahun ni terpaksa dihadkan. tak apalah. asalkan anak-anak seronok itu dah memadai. rasanya untuk anak, tinggal songkok dan treksoot aje yang belum dibeli. untuk diri ku, erm tunggulah las2 minit nanti, kalau ada rezeki, adalah. rasanya ni akan menjadi tahun ke2 ku tanpa baju raya agaknya. fikir-fikir sehelai 2 mesti beli juga. sebab baju tu boleh buat kerja sekali kan. persiapan kuih-muih, pada mulanya memang berangan dengan husband, konon nak buat sendiri 4-5 jenis. tapi ada pula dugaan yang mendatang. kami ditawarkan berkongsi tapak dengan seorang teman. secara rasminya niat tu terbantut dan tertangguh di situ aje. saban hari, hubby perlu ke tempat urusniaga disebabkan modal telah pun dilaburkan. Ya Rabbi, ikhlaskan diri ini dalam membantu usaha rakan. semoga ada jalan dan hikmah yang ingin diberikan ke atas kami sekeluarga. berbalik kepada cerita persiapan, rasa-rasanya kami order dengan suplier2 kuih yang dah memang terkenal. cuba2 survey terdapat beberapa peniaga yang masih menjual kuih raya dengan kadar yang mampu aku beli. tempahan online telah dilakukan. harap-harap dapatlah hasil yang memuskan. so tungguuuuu. puas berfikir cara untuk mengembalikan semula modal yang telah kami labor, akhirnya aku tertidur keletihan. cuba menghapuskan resah yang bertamu di kalbu. mungkin bukan nasibku. semoga aku dan hubby akan lebih berhati-hati selepas ini. tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan. namun bukan bererti kami enggan membantu rakan seperjuangan. segala hal harus ditimbang semasak-masaknya. inilah dugaan terbesar sepanjang ramadhan kali ini. aku harus muhasabah diri dan mengikhlaskan setiap yang terjadi. dari asyik mengenang kealpaan diri, lebih baik berserah pada yang di atassana. rezeki itu milikNya. dia berhak memberi dan mengambil mengikut kadar masa yang ditentukan. apa yang kuharap, supaya pihak-pihak tertentu tidak mengambil kesempatan di atas pertolongan yang aku dan hubby berikan. semoga kalian benar-benar ikhlas!