Wednesday, June 29, 2016

CHOCKLAT BROWNIES

2 minggu lepas kami dijemput iftar di rumah Mahani. terfikir oleh mindaku juadah apa yang akan dibawa sebagai sampingan kepada tuan rumah. pagi-pagi lagi kugeledah facebook group shah alam recedent business bertujuan mencari jika ada suatu makanan menarik yang boleh dibeli. makanan bazar sudah selalu kot. berhasrat mencuba satu kelainan. scroll jauh ke bawah terjumpa aku dengan satu posting oleh jual makanan bakeri. sempena bulan ramadhan promosi chocklat brownies 8 x 8 hanya RM32.00 dan boleh delivery. apa lagi segeralah ku menghantar SMS ke no. hp yang disertakan. namun aku hampa kerana menjelang jam 11.00 pagi, aku tak terima sebarang feetback. dah mulalah aku menggelabah. masa semakin suntuk. dengan keberanian kucuba hubungi nombor tersebut. namun jawapannya adalah salah orang. kenapa boleh jadi begini ya? dengan berhati-hati aku search lagi profail jual makanan bakeri untuk mencari posting-posting lain. sah sangkaanku. dia salah type 1 nombor. dengan kadar segera kuhubungi terus untuk mendapat kepastian. dengan rasa bersalah, dia mengakui kesilapannya. dia bersedia menyiapkan tempahan brownies ku. susah kot nak dapat brownies yang berharga sedemikian rupa di mana semua peniaga saling berlumba-lumba memaksimumkan keuntungan masing-masing. hamper jam 5.30 petang, brownies telah selamat kuterima setelah bertemu di hadapan KFC seksyen 9. harga biasa brownies tersebut masih tidak terlalu mahal iaitu RM36.00. kebanyakkkan pembuat brownies menjual sebiji brownies dengan harga RM40.00 dan ke atas. syukur, Allah permudahkan urusan kami. maka dapatlah kami semua menjamu selera dengan brownies. semasa berbuka lagi ia dah soul out. terasa coklat dan lembap di tekak. selain itu, en. Nazrin turut menjual corncobar dan oat kookies. kesemua produknya masih dalam senarai harga bajet.