Thursday, June 16, 2016

MICRO WAVE DAH BUAT HAL

dugaan datang lagi di bulan rahmat ini. ish ish! kenapa makanan ni masih sejuk, tingkah ku dalam hati, walau ia telah dipanaskan dengan micro wave pada suatu pagi sewaktu sahur. jangan-jangan dia dah mula buat hal. maklumlah sumbangan yang kau beri kepada kami sekeluarga dah masuk 8 tahun. meski pun fungsimu tidak lagi secergas dulu, tetapi kepanasan yang kauberi masih menghangatkan santapan kami. kenapa di saat begini, kau putuskan perkhidmatan untuk kami ya. micro wave, sangat penting untuk aku dan hubby, ia sangat senang digunakan lebih-lebih lagi untuk memanaskan lauk-paukd dengan kadar segera. tengok sekarang, kami dah pening dah. nak panaskan lauk guna apa. kuali atau periuk. agak leceh sikitlah. aku cadangkan hubby membeli baru aje kerana kami sangat memerlukannya tidak seperti siaran tv. jika dulu kami beria-ia dengan astro, tapi sekarang endah tak endah je. menonton tv pun hanya menggunakan enterner biasa. semoga malam ini, hubby bersetuju dengan cadanganku itu. bukan bermakna kami punya duit yang banyak, tapi demi keperluan apa salahnya kita berkorban. walau tidak dapat membeli pakaian baru, tapi aku tetap bangga dapat membaharui peralatan dapur rumahku.