Wednesday, June 15, 2016

AWAL RAMADHAN

ahlan wa sahlan ya ramadhan 1437 hijrah. tahun ni kami berpuasa di tempat yang berbeza dengan suasana sedikit berbeza. seminggu pertama mak dan abah bersahur dan berbuka bersama. terimbau sekejap detik-detik berbuka dan bersahur di kampong yang telah beberapa tahun tidak kualami. seolah-olah cek dan ayah turut ada di sini. cabaran kali ni adalah melatih si kecil berpuasa. adam dan Danial telah awal-awal lagi bersedia. almaklumlah cikgu sekolah telah memberitahu mereka siang-siang lagi. niat puasa pun masing-masing dah hafal. try juga minta abah bawa Adam bersolat terawih di surau. herm, biasalah budak-budak, on & of aje solatnya. danial pada awalnya meragam kerana tidak dapat join. namun lama kelamaan dia dah lali. bukan apa, dia ni belum pandai uruskan diri. tahunya pergi, balik pula dia tidak tahu. walaupun kakitangan awam, dibenarkan balik awal, aku tetap tidak dapat faedahnya. tetap kena menjadi penunggu setia dijemput suami. konon nak try guna perkhidmatan uber dan grap my taxi. setelah survey hamper rm14.00 perlu dibelanjakan setiap hari. tersimpan sajalah niatku itu. satu lagi cabaran mendatangi diri kami sekeluarga. hari terakhir bulan syaaban, ada seorang kawan menghubungi ku. s : buat apa bulan puasa ni? aku : tiada apa-apa. kenapa? Tanya ku pula. S : saya dapat tapak berniaga di jln Tar. aku : jadi apa kaitannya. oohhh! rupanya dia berniat ingin berkongsi tapak tersebut denganku. pada mulanya aku keberatan kerana kadar sewa yang sangat tinggi. namun demi menjaga perhubungan dan aku sendiri ingin mencuba peluang perniagaan serta mendapat restu suami, kami mula mengorak langkah. kata persetujuan telah dicapai. kali pertama menjejaki ke tapak tersebut, aku terdetik akan adakah peluang untuk kami di sini? namun persoalan tersebut hanya bermain di minda. dengan kekurangan sumber, modal dan tenaga kerja, kami menghayun langkah secara perlahan-lahan. aku berserah pada ketentuan Allah sahaja. setelah 3-4 hari suami berulang-alik, akhirnya kedai dapat beroperasi. namun malang nasib kami, kerana tempat tersebut sememangnya kurang sambutan. aku tak pasti mengapa. mungkinkah kerana lokasinya yang jauh dari masjid India dan masjid Jamek yang menjadi pusat warga kota mencari keperluan menjelang hariraya. yang menjadi kemusykilan ku mengapakah kadar sewa yang dikenakan sangat tinggi. pekerja-pekerja urut yang telah diatur oleh S hanya datang untuk tempoh 1 hari aje. apabila masing-masing pulang dengan tangan kosong, seolah-olah mereka keberatan lagi untuk membantu. ditambah dengan masalah transport dan kebajikan pekerja yang perlu diberi perhatian. tak apa lah. malas hendak dipaksa pada yang tak benar-benar sudi. kami terpaksa mengambil langkah drastic dengan mencari seberapa banyak peniaga yang mahu menyewa sedikit ruang untuk menjual barang-barang masing-masing. pelbagai cara telah aku usahakan termasuklah mempromosi di FB dan group. mengiklan di majalah.com dan mudah.com. ya Alllah, semoga Engkau tidak mensia-siakan usaha hambamu yang hina ini. semoga di hujung nanti ada sedikit sinar buat kami. pada yang sudi menyewa tapak kami, sangat saya berterima kasih. hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikkn kalian dengan kebaikan yang melimpah-ruah.