Wednesday, June 29, 2016

SEJADAH WAKAF

semalam pukul 3.15 petang aku dah bersiap-siap keluar dari office bersama kak I bertujuan menghadiri program khatam Quran, tazkirah dan berbuka puasa anjuran unit latihan di bengkel daya Klang. setelah menemaninya menjemput anak, kami tiba di sana pada jam 5.00 petang. saya dan F bergegas untuk menunaikan solat asar. setelah mengambil wudhuk, saya keluarkan sejadah yang sememangnya ada tersimpan dalam beg telekung saya di pejabat. F menghalang niat saya untuk membentang sejadah tersebut kerana ia telah disediakan. dia meminta saya menyerahkan kepadanya dan diletakkan berhampiran beg saya. setelah selesai menunaikan solat, saya kembali ke beg untuk mengemaskan telekung seperti biasa, namun sejadah tersebut telah tiada d tempatnya. hati ni dipagut hiba dengan tiba-tiba kerana saya telah hilang momen akan sejadah tersebut. sejadah itulah yang menemani saya saban waktu semenjak di alam kampus lagi. di sini dan di tempat ini saya tak akan lagi bersamanya. macam mana nak cam dengan sejadah lain ya? tak apalah saya cuba tahankan hati ni dan memasang niat yang baik. semoga orang yang menggunakannya akan mendapat ganjaran. begitu juga saya. semoga kehilangannya tidak membuatkan saya gundah-gulana. mudah-mudahan juga ada pahala mengalir buat saya.