selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Thursday, June 30, 2016
MUJUR SEMPAT SAMPAI
awal pagi tadi, sewaktu bersiap hendak ke tempat kerja, nada panggilan IPhone kuberdering. teragak-agak juga nak menjawab panggilan. maklumlah rushing nak pergi kerja. akhirnya dengan berhati-hati saya menjawab. brother pos laju di talian sebelah sana. dia bertanyakan alamatku yang penuh. herm, kenapalah si penjual barangan yang aku order ni tak menulis alamat penuh seperti mana yang dah aku whtsapp sebelum ini? hikmahnya brother pos laju yang teliti membuat kerja pula menghubungiku. mujurlah. tindakan pantasnya ddapat menyelamatkanku dari lewat menerima parcel yang perkhidmatan terakhir penghantaran adalah pada tengah hari ini. takut-takut juga, barang yang kupesan akan tiba selepas hariraya. tak berbaloilah aku tempah jauh dari Perak. semasa waktu rehat, pejabatku dikunjungi brother pos laju seperti selalunya. punyalah banyak parcel yang dibawa. dengan debaran aku menunggu ketibaan parcelku. di hujungnya kak Z menyebut namaku dalam banyak-banyak penerima parcel. syukur Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan. terima kasih Eliani Malini dari Batu Gajah Perak kerana menjalankan urusniaga dengan amanah. tak sabar nak merasa kuih raya buatan tanganmu itu!
KURUNG LIGHT BLUE
selesai berbuka seperti yang dijanjikan, abang membawa aku ke Jakel seksyen 7 Shah Alam. selepas mendapat parking yang sesuai namun agak jauh, kami berjalan santai menuju ke gudang terlebih dulu. herm, banyaknya harga yang ditawarkan. RM150.00 2 pasang, Rm100.00 2 pasang dan Rm150.00 1 pasang. baju kurung Sha Alyahya telah menarik perhatianku setelah disuakan oleh sales girl. terima kasih pada cik yang baik hati kerana assist kami berdua. walaupun aku rasa teruja dengan design baju kurung Sha Alyahya yang berharga RM150.00 dari Rm399.00, nemun terpaksa aku ketepikan. aku mencari-cari baju Rm150.00 untuk 2 pasang. lagi banyak yang aku dapat beli, lagi tinggi kebarangkalianku untuk menggilir baju kerja fikirku dalam hati. tapi nasib takmenyebelahi. aku hanya dapat sepasang kurung light blue dengan harga RM75.00 kerana kekangan saiz yang tidak padan. setelah membayar, kami beralih pula ke gedung jakel yang sebenarnya. niat hati ingin mencari beberapa helai kain pasang untuk dijahit dan diambil sewaktu pulang raya haji nanti. namun tak juga bertemu. jam 10.00 malam kami beranjak pulang.
REZEKI PAGI HARI
sedang berkira-kira keluar dari lif sapaan seorang hamba Allah memberhentikan langkah kami. hubby ingat, kami tersalah tingkat. rupanya ada seorang perempuan yang memberikan sedikit rezeki buat kami. terima kasih puan. syukur ya Allah. ya Rabbi, Kau temukanlah insan ini malam alqadar yang dijanjikan dengan kebaikkan melebihi 1000 bulan. amin!
Wednesday, June 29, 2016
SEJADAH WAKAF
semalam pukul 3.15 petang aku dah bersiap-siap keluar dari office bersama kak I bertujuan menghadiri program khatam Quran, tazkirah dan berbuka puasa anjuran unit latihan di bengkel daya Klang. setelah menemaninya menjemput anak, kami tiba di sana pada jam 5.00 petang. saya dan F bergegas untuk menunaikan solat asar. setelah mengambil wudhuk, saya keluarkan sejadah yang sememangnya ada tersimpan dalam beg telekung saya di pejabat. F menghalang niat saya untuk membentang sejadah tersebut kerana ia telah disediakan. dia meminta saya menyerahkan kepadanya dan diletakkan berhampiran beg saya. setelah selesai menunaikan solat, saya kembali ke beg untuk mengemaskan telekung seperti biasa, namun sejadah tersebut telah tiada d tempatnya. hati ni dipagut hiba dengan tiba-tiba kerana saya telah hilang momen akan sejadah tersebut. sejadah itulah yang menemani saya saban waktu semenjak di alam kampus lagi. di sini dan di tempat ini saya tak akan lagi bersamanya. macam mana nak cam dengan sejadah lain ya? tak apalah saya cuba tahankan hati ni dan memasang niat yang baik. semoga orang yang menggunakannya akan mendapat ganjaran. begitu juga saya. semoga kehilangannya tidak membuatkan saya gundah-gulana. mudah-mudahan juga ada pahala mengalir buat saya.
CHOCKLAT BROWNIES
2 minggu lepas kami dijemput iftar di rumah Mahani. terfikir oleh mindaku juadah apa yang akan dibawa sebagai sampingan kepada tuan rumah. pagi-pagi lagi kugeledah facebook group shah alam recedent business bertujuan mencari jika ada suatu makanan menarik yang boleh dibeli. makanan bazar sudah selalu kot. berhasrat mencuba satu kelainan. scroll jauh ke bawah terjumpa aku dengan satu posting oleh jual makanan bakeri. sempena bulan ramadhan promosi chocklat brownies 8 x 8 hanya RM32.00 dan boleh delivery. apa lagi segeralah ku menghantar SMS ke no. hp yang disertakan. namun aku hampa kerana menjelang jam 11.00 pagi, aku tak terima sebarang feetback. dah mulalah aku menggelabah. masa semakin suntuk. dengan keberanian kucuba hubungi nombor tersebut. namun jawapannya adalah salah orang. kenapa boleh jadi begini ya? dengan berhati-hati aku search lagi profail jual makanan bakeri untuk mencari posting-posting lain. sah sangkaanku. dia salah type 1 nombor. dengan kadar segera kuhubungi terus untuk mendapat kepastian. dengan rasa bersalah, dia mengakui kesilapannya. dia bersedia menyiapkan tempahan brownies ku. susah kot nak dapat brownies yang berharga sedemikian rupa di mana semua peniaga saling berlumba-lumba memaksimumkan keuntungan masing-masing. hamper jam 5.30 petang, brownies telah selamat kuterima setelah bertemu di hadapan KFC seksyen 9. harga biasa brownies tersebut masih tidak terlalu mahal iaitu RM36.00. kebanyakkkan pembuat brownies menjual sebiji brownies dengan harga RM40.00 dan ke atas. syukur, Allah permudahkan urusan kami. maka dapatlah kami semua menjamu selera dengan brownies. semasa berbuka lagi ia dah soul out. terasa coklat dan lembap di tekak. selain itu, en. Nazrin turut menjual corncobar dan oat kookies. kesemua produknya masih dalam senarai harga bajet.
Monday, June 27, 2016
KATAM ALQURAN
bulan ramadhan merupakan bulan alquran. di dalamnya terdapat peristiwa nuzul Quran wahyu pertama diturunkan kepada rasululah S.A.W 1400 tahun lalu. sebagai umat Muhammad, kita digalakkan mengisi bulan ini dengan memperbanyakkan bacaan Alquran. biarlah ayat-ayat Allah ini meniti di bibir tiap masa di sepanjang bulan ini.saranan yang dibuat oleh pengarah semasa perjumpaan tempoh hari mahukan warga kerjanya menjalankan tadarus Alquran di sepanjang bulan Ramadhan. ni lah kali pertama aku berkatam setelah bekerja. kami telah dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. perempuan perlu menghabiskan 20 juzuk bermula dari surah Al-baqarah manakala lelaki akan bermula dari juz 21 sehingga ke juz 30. Alhamdulillah berkat usaha keras kami Berjaya menamatkan bacaan dalam masa 14 hari. setiap hari 2 jam diperuntukkan untuk bacaan. bukan semata-mata bacaan, tetapi sebutan makhraj dan hukum tajwid juga diperbetulkan. semoga budaya ini akan berterusan pada masa hadapan dan mendapat lebih ramai sambutan. terima kasih buat semua yang turut serta merealisasikan hasrat pengarah termasuklah kak I, kak Z, kak Zaida, Akmal, liyana, kak Tas, puan Sunarni, timbalan dan lain-lain. semoga dengan istiqamahnya kita membaca Alquran akan menghindari diri kita melakukan dosa dan membentengi diri kita dari sebarang unsur kejahatan dan malapetaka.
Sunday, June 26, 2016
e71 DALAM KENANGAN
kedatangan mu dalam hidup ku meskipun dah 2nd hand namun sumbangan yang diberi cukup besar. kau ku beli dari kompleks Pertama setelah 3 bulan menjejaki semula ke Kuala Lumpur. setelah 3 tahun kau berbakti mengiringi setiap kisah suka dan duka, kau memaksa aku untuk terima suratan yang biberi. kerana mu lah aku belajar mengenali internet mengguna phone. kau ajar aku cekalkan hati untuk menerima apa sahaja cercaan dan makian orang ramai terhdap mu. namun aku bangga kerana kau telah Berjaya mencapai kebahagiaan buat ku.
kini baktimu semakin terlupus. suara talks yang mengiringi kurasa hamba sangat. seingatku pernah aku mengajak kau pergi mencuci tapi terlewat. kau semakin tidak berfungsi. pada saat terakhir kau bersamaku, baktimu sangat terselah kerana menyimpan banyak novel buat tatapan u. antara yang menjadi kegemaranku ialah novel-novel Ramli Awang Murshid seperti bagaikan puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang pencinta, Cinta Sufi dan pelbagai lagi novel yang boleh diakses seca ofline. semuanya adalah untuk memastikan aku dapat menggunakan masa lapang iaitu semasa ketiadaan customer dengan cara paling baik. sekarang aku tidak lagi boleh bergantung manja dengan mu kerana panel pengecas bateri telah rosak. tersentap aku dengan kejadian yang menimpa mu sehingga menyebabkan kau gagal berbakti lagi kepada tuanmu ini. tgerimbau pada suatu hari ketika cuti deepavali tahun 2015, aku hamper terlupa akan keberadaanmu bersama charger di dalam begku. aku dan hubby meredah hujan sepanjang jalan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam demi banyaknya urusan. kerana itu, kau telah basah begitu dengan kabel pengecas. tidak mengesyaki apa-apa, aku terus menyiapkan dirimu yang basah lencun dek air hujan untuk dicas seperti selalu. namun kali ini, kau enggan. kau gagal dihidupkan seperti biasa. masa tu dah terbayang di kotak fikiranku bahawa aku akan kehilangan kau buat selamanya. namun aku tetap tidak berputus-asa setelah berbulan lamanya. pada hari sabtu lepas aku dan hubby bergerak ke MARA Digital untuk membeli kabel charger yang baru. tapi kali ni chargernya tidak original lagi. tak apalah aku cuba sebaik mungkin untuk mengembalikan baktimu padaku. setelah berusaha hasilnya masih tidak memuaskan. kau tetap gagal dihidupkan seperti kelazimannya. tetapi sebaik charger itu dicuba ke Nokia N95, bateri handset ini kembali full. sedihnya aku kerana telah kehilangan E7a yang aku sayang.
Subscribe to:
Comments (Atom)