selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Monday, February 29, 2016
4 TAHUN SEKALI MENJENGAH
salam isnin. Monday mood. 29 Februari hanya berlaku 4 tahun sekali kan. 2016 berada di JKMNS, Shah Alam. 2012 aku berada di negeri Kelantan. 2008 tengah buat executive trainee di JKM ibu pejabat pada masa tu di Menara TIMA. seronok sangat! lagi-lagi kalau dapat kerja goverment kan. angan-angan aku yang menggunung walau persekitaran sekeliling tidak begitu mesra. 2004 berada di tahun 1 semester 2 di Universiti Malaya. tempat kebanggan aku study. 2000 tengah sweet 17 di MSAB. masa ni emosi aku tak begitu stabil. kadang gembira kadang sedih. 1996 starting alam menengah. segalanya mencabar tidak seperti alam kanak-kanak yang penuh keriangan. 1992 baru darjah tiga. seronoknya selalu dapat hadiah dari cikgu-cikgu yang ingin meningkatkan motivasi murid. 1988 mungkin berada di PASTI Kg Kemasin waktu tu. ingat-ingat lupa dah. 1984 baru 3 bulan lebih lahir ke dunia. pantas sungguh masa berjalan meninggalkan ku termangu keresahan. membina harapan. memenuhi lajur impian. semoga jadi kenyataan. menongkah segala gelombang. membuang kepahitan. melakar seribu kemanisan untuk dikenang sepanjang zaman.
Saturday, February 27, 2016
AZIMAT HIDUP
salam pagi sabtu. selamat bercuti pada yang bercuti dan selamat bekerja pada yang sedang bekerja. subuh-subuh hari lagi nurani aku dah terkesan dengan satu untaian kata yang ditulis di wall FB teman. jadi saya ingin kongsikan di sini dengan tujuan memperingati diri sendiri dan teman-teman juga. harap sudi membaca dan sematkan di dalam hati. hope Manja akan ke arah itu juga satu hari nanti. Manja teringin sangat nak mendahului kehendak akhirat berbanding dunia. tapi setakat ni, Manja belum mampu mengekssploitasi sepenuhnya dalam kehidupan. tolong doakan manja ya!
Aduhai Manja, bangkitlah.
Biarpun kau sudah letih berharap, semoga kau tidak letih berdoa.
Berputus asalah dengan manusia, tapi jangan sekali-kali berputus asa dengan Allah.
Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan denganmu.
seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu.
Seorang suami tidak mempedulikan perasaanmu.
seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam..
Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia. jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya
Pastikan dengan sebenar2nya.
ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri.
ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri.
kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu.
Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia.
carilah ia dalam jiwa kamu sendiri.
bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan.
bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi.
Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah.
Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah.
Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah.
kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu
Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dengan kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..
Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud.
manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan.
Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan..
Hiduplah di atas prinsip: Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik.
bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik.
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum.
Semoga Manja segra sembuh dari penderitaannya.
Ya Allah, Ya Afwu, Ya Tawwab.
Semoga musibah yang menimpa Manja cukup untuk membersihkan dosa-dosanya yang lalu.
Ameen, Allahumma ameen.
(mohon maaf Manja tukar nama individu yang terlibat). semoga menjadi inspirasi pada Manja di sepanjang perjalanan bertemu penciptaNya.
Friday, February 26, 2016
SERONOKNYA JADI MEREKA....
assalamualaikum dan salam hari jumaat penghulu segala hari. kenapa hati ni dipagut hiba di hari yang baik ini? padahal aku sepatutnya menyambut anniversary yang ke7. tapi di kala mendengar bicara mereka hari ni menyebabkan hati ni gundah sangat. beruntunglah mereka punya segalanya dengan anugerah Allah. Allah telah cukupkan nikmat mereka di dunia ini kan. mampu menyumbang dan berhujah. sedangkan aku perlu terima pasrah dengan serba kekurangan. bukan menyesali takdir dan suratan. tapi kerana inilah aku tidak mampu dan takkan mampu menggalas semuanya seperti mereka. biarpun hati ini dipaksa meredhai segalanya, namun jika mereka di tempatku adakah akan benar-benar redha juga. sedih dan kesal menghantui diri. di mana kan kucari potensi dan kekuatan tu ya? sedangkan di sekelilingku langsung tidak diperlihatkan. mereka menjalani hidup seharian dengan tiada merasa canggung. ke mana ingin pergi, mahu berbuat apa, tiada yang bertanya dan menghalang. setiap pekerjaan, perlakuan dan tindak-tanduk sentiasa kelihatan sempurna. sedangkan aku acap kali mencari di mana kesempurnaan itu. adakah dia benar-benar wujud ke atas diri ini? sebab tu lah aku tidak boleh memandang lesu pada status-status yang ditulis teman di FB bertujuan menghilangkan kegoncangan jiwa. pada temanku tu, sama-samalah kita bertabah hati. semoga ada sinar buat kita di lain hari. note: sekadar bercakap untuk menyedapkan hati dari terbuai dengan godaan duniawi. tengok mana mereka semua ni pergi? masing-masing punyai destinasi sendiri sedangkan aku hanya tetap menjadi penunggu kerusi empuk pejabatku saja. jika benar ini yang ditakdirkan, kurniakan ku ketabahan agar aku tidak berpatah balik ke zaman silam. semoga suatu hari nanti, aku punya hala tujuan seperti mereka juga.
Thursday, February 25, 2016
GIORGIO ARMANI UNTUK AYAH
salam semua. hari ni adalah hari ulang tahun ayah. semoga ayah diberi kesihatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. sungguh benar kasih ayah menjadi bekal sepanjang perjalanan. walau ayah selalu menyembunyi kasih-sayang, nemun kekentalan semangat melindungi anak-anak menjadi suatu pengorbanan terindah. selamat ulang tahun ayahku. kami adik-beradik telah bersetuju menghadiahkan ayah perfume GiorGio Armani De Gio. ayahku adalah seorang penggemar perfume mahal-mahal. jika dibeli yang bukan original, pening kepala katanya. promosi di Sogo setakat yang diketahui RM275 for ML150. semoga ayah gembira. jika semasa beliau berpendapatan, memang tak dimintanya dari kami. Isetan KLCC dan Payvillion Bukit Bintang jadi tempat ayah bershoping. ooppps bukan dia pergi sendiri pun tau! pandai kirim je!
Monday, February 22, 2016
GUCHI FLORA YANG MEMPESONA
sebut saja minyak wangi orang mesti expect tahan lama, murah dan mempunyai bauan yang memikat dan sofisticated. namun minyak wangi yang mempunyai haruman eksklusif dan berjenama dunia sudahlah tentu mahal harganya kan. kadang-kadang dari minyak wangi, kita boleh lahirkan tahap keyakinan diri yang tinggi lebih-lebih lagi apabila berkomunikasi. kini banyak di pasaran ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pati minyak wangi original telah digabungkan dengan sumber tempatan bagi mempelbagaikan pilihan kepada pengguna. ada yang siap diberi jenama sendiri lagi. ia jauh lebih murah namun terpaksa dibayar dengan tempoh ketahanan yang tidak lama dan aura yang tidak begitu memikat kepada si pemakai. namun demikian ada berita baik kepada penggemar minyak wangi jenama antarabangsa tersebut. saya bercakap bukan sekadar omong kosong tetapi dari pengalaman sendiri. maklumlah saya pernah mencuba beberapa jenis produk minyak wangi yang berkenaan. antaranya ialah "Munif Hijjaz, Hot Perfume, One Drop Perfume, Lily Perfume" dan jenama dari pasar malam.
kini saya tampilkan perfume gred tripleA 90% tulen dengan setiap satu berharga RM60.00 termasuk postage. isiannya adalah sebanyak ML35. ketahanannya mampu bertahan selama 3 hari. suka tak? first trial saya adalah Guchi Flora. wangiannya berasaskan lemond dengan haruman lembut yang mempesona. bila pakai, kawan office akan tegur tau. harga untuk ori sekitar RM400.00 tau tak!keduanya adalah J Dior dari Christian Dior. harumannya adalah berasaskan bunga ros yang disulami dengan keharuman elegan. hmm banyak jenama sebenarnya. cuba anda pilih dan whatsapp kepada saya segera untuk memiliki satu sebagai koleksi peribadi. segera hubungi 012 276 8341.
DIA "TEMANKU"
hmm. dah lama jemari ini tidak menggarap coretan di sini. bukan melupakan, tetapi setiap kali nak update ada saja yang tidak kena. blog tak boleh masuk lah dan macam-macam lagi. sebenarnya ku tak tahu nak mula dari mana kisah kali ni. kisah duka seorang teman yang kukenali sejak zaman sekolah dulu. sekitar 20 tahun sudah kukenali dia. saban ketika aku menghormati setiap prinsip dan pandangannya. kagum aku melihat ketabahan dan keikhlasannya. aura kepimpinannya terserlah meskipun dia seorang wanita. namun sejak kebelakangan ini, aku tahu dia sedang berwalang hati. kisah cinta dan ragam berteman mengundang nestapa dan gundahnya. kulunsuri laman tulisan untuk mendapatkan sedikit gambaran. namun aku sebak menahan tangis. sungguh aku memahami dia sedang jatuh dalam bungkam perasaannya. bertabahlah kamu wahai temanku. doaku pohon pada Yang Maha Kuasa semoga temanku akan bersatu dalam cinta yang diredhaiNya. jangan mudah terpancing dengan keadaan sekeliling tapi rancanglah rentak demi tarian cintamu.
Sunday, February 14, 2016
MEMANG MOICE SANGAT!
hai, lepas tengok mentor melinia kat tv3 tadi teringin pula nak update blog. mana tidaknya perasaan tengah manis setelah merasai kek cokelat moice pemberian jiran sebelah ni. beliau merupakan seorang penulis drama rupanya. petang tadi selepas beliau buat body massage, anaknya pula datang menghantar sepiring kek meleleh dengan cokelat. memang ossem tau. menjilat jari hingga titisan akhir. insyaallah boleh order ni ujarku dalam hati. thanks sebab sudi dapatkan perkhidmatan urut saya. sebagai balasan, saya berikan dia keropok ikan terbaik dari Kelantan. tata!
Subscribe to:
Comments (Atom)