selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Thursday, June 23, 2016
SEBELUM DISAHKAN JAWATAN
sekali lagi kita bersua di laman maya ini. kali ni nak cerita tentang liku-liku kerjaya pula. sebelum disahkan jawatan serta layak untuk memohon pencen ada beberapa perkara yang perlu dilalui. jangan kata, menjadi penjawat awam ini tiada kesukarannya. kami semua kena hadap beberapa perkara tertentu sebelum seseorang itu disahkan jawatannya sebagai kakitangan awam. pada yang telah Berjaya begelar kakitangan awam tetap diharap dapat menjaga nama dan imej kalian. janganlah mencemari karier kalian dengan perkara-perkara yang boleh mencacatkan kehidupan dan seluruh masa hadapan tuan dan puan. sebaiknya guna kesempatan yang diberi dengan bersungguh-sungguh dan perhatikan ke belakang masih ramai lagi tangan-tangan yang mohon disambut dan dibawa masuk ke sector awam. pertama sekali dalam tempoh 3 ke 6 bulan anda akan disahkan perlantikan. Alhamdulillah, saya Berjaya dah part ni iaitu tepat-tepat 3 bulan. kedua, anda perlu menduduki peperiksaan undang-undang dikendalikan oleh JPA. ada yang perlu menduduki 2 kertas dan ada yang 3 kertas. ia mengikut keperluan jawatan tersebut. saya dah mengikuti kedua-dua kertas yang disyaratkan pada April lepas dan sedang menunggu keputusan. mohon doa kalian semua. seterusnya adalah peperiksaan untuk jabatan tempat bertugas. ada yang 2 kertas dan ada yang 3 kertas. saya dah duduki ketiga-tiga kertas pada bulan Mei lepas dan masih menunggu keputusan. soalan-soalannya fulamak sememangnya mencabar kredibeliti anda selaku penjawat awam. yang terakhir ialah hadir dengan jayanya program transformasi minda yang dianjurkan oleh jabatan masing-masing. program ini hanya boleh dihadiri sekali sahaja dan anda haruslah memperlihatkan prestasi terbaik di sepanjang bprogram. segala aspek akan dinilai sepanjang program ini. panel-panel penilai akan berkeliaran di sekeliling anda. pada penghujungnya terdapat 1 set soalan yang perlu dijawab. ujian kefahaman akan dicampur dengan penelitian yang dibuat oleh para panel. Alhamdulillah, saya telah hadir dengan jayanya program PTM tersebut yang berlangsung selama 7 hari pada awal bulan April lalu. syukur ke hadrat Yang Khaliq, kini sedang mengatur langkah seterusnya. mohon diizinkan. amin!
Sunday, June 19, 2016
SHOPPING DI SACC MALL
jumaat ini merupakan jumaat kedua sepanjang tempoh aku bekerja di sini, aku keluar shopping. seronoknya sesekali dapat melepaskan diri dari kerusi pejabat yang tak berapa empuk ni. kali pertama adalah minggu lepas. aku berkunjung ke Plaza Alam Central kat sebelah office ni je. pegawai atasan sudi membawa ku bersiar-siar. terima kasih banyak untuk puan S. pada minggu ni, dalam renyai hujan kami membilang tapak ke SACC Mall. dari kedai ke 1 kedai kami cuci mata dan telinga. di Plaza Alam Central, aku telah membeli sehelai instant shawl berharga RM20.00. maklumlah menjelang hariraya pelbagai fesyen disaji buat tatapan kaki-kaki shopping ni. dari kedai handbag, perfume, kerongsang, baju kurung, jubbah, pakaian muslimah, kasual dan sebagainya. setelah 2 jam akhirnya dapatlah aku sepasang baju kurung, ligh purple di butik Sirih Pinang dengan harga RM120.00. pada waktu malam, suami pula berkenan dengan seluar jeans berpoket-poket untuk kedua-dua putera kami. tak ketinggalan, aku telah membeili kookies kegemaran di Famous amos.
Saturday, June 18, 2016
PELAMIN MINI UNTUK PERSANDINGAN RAKAN
sabtu. usai berbuka puasa di rumah Mahani di Putrajaya, aku hubby dan anak bergegas ke Putra Central menjemput rakan dari Kuala Lumpur yang bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. aku ni kiranya dah ditempah khas sebagai wedding planner mereka yang tak bertauliah. mana tidak, bermula dari pemilihan catering, bursana pengantin sehingga ke acara persandingan aku terlibat sama. seolah-olah aku pula yang hendak meraikan acara raja sehari. setelah buntu fikiran, kuluah masalah yang kuhadapi di FB group Bandar Baru Bangi Community. kerana kepercayaan ku menyatakan bahawa warga BBBC sangat sedia membantu warganya. sebaik membuat posting herm berderet pula yang memberi komen. dari banyak-banyak, ada seorang yang kurasakan benar-benar sedia telah menghubungi ku menerusi aplikasi whatsapp. Sabrina namanya. beliau bersama suami menjalankan perniagaan untuk upacara raja sehari dan pelbagai lagi event dengan kadar berpatutan. dengan keramahan dan ketulusannya kami telah mengatur temu janji dan hari inilah waktunya. pertama sekali, berbanyak maaf saya lampirkan kerana terpaksa menganggu privacy keluarga Sab malam-malam begini. namun hanya ini pilihan yang kami ada. masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri lebih-lebih lagi pada hari bekerja. kawan ku ini hanya mahukan pelamin mini bajet dengan harga bersesuaian untuk kenduri sebelah pengantin lelaki. sedikit yang aku hendak komen semasa perbincangan dibuat, tolonglah focus dan tunjukkan keseriusan anda. malu rasanya saya, kerana saya yang kelihatan berlebih-lebihan, sedang pasangan pengantin seolah-olah tidak serius untuk melaksanakan majlis mereka. apabila kita inginkan orang sekeliling membantu kita, maka kita perlu sedaya upaya menonjolkan diri kita. jangan hanya biarkan pihak ketiga, akulah kiranya yang Nampak sangat teruja sedangkan kalian tidak ada apa-apanya. semoga Sab dan temanku ini dapat menjalinkan kerjasama yang baik sehingga menjelang majlis. padahal sebelum ini, telah aku berikan beberapa banyak bridel-bridel yang menguruskan upacara perkahwinan. namun tiada satu pun yang Berjaya menjalinkan kerjasama yang baik. akhirnya ku putuskan kali ini, biar ku saja yang deal dengan pengusaha pelamin dan adaman. akhirnya kejayaan dapat dinikmati. semoga Sab dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk suatu majlis yang akan dikenang sepanjang hayat. jam 2.00 pagi baru kami tiba di rumah dengan anak yang tertidur keletihan setelah menghantar pasangan tersebut pulang ke destinasi masing-masing.
Thursday, June 16, 2016
MICRO WAVE DAH BUAT HAL
dugaan datang lagi di bulan rahmat ini. ish ish! kenapa makanan ni masih sejuk, tingkah ku dalam hati, walau ia telah dipanaskan dengan micro wave pada suatu pagi sewaktu sahur. jangan-jangan dia dah mula buat hal. maklumlah sumbangan yang kau beri kepada kami sekeluarga dah masuk 8 tahun. meski pun fungsimu tidak lagi secergas dulu, tetapi kepanasan yang kauberi masih menghangatkan santapan kami. kenapa di saat begini, kau putuskan perkhidmatan untuk kami ya. micro wave, sangat penting untuk aku dan hubby, ia sangat senang digunakan lebih-lebih lagi untuk memanaskan lauk-paukd dengan kadar segera. tengok sekarang, kami dah pening dah. nak panaskan lauk guna apa. kuali atau periuk. agak leceh sikitlah. aku cadangkan hubby membeli baru aje kerana kami sangat memerlukannya tidak seperti siaran tv. jika dulu kami beria-ia dengan astro, tapi sekarang endah tak endah je. menonton tv pun hanya menggunakan enterner biasa. semoga malam ini, hubby bersetuju dengan cadanganku itu. bukan bermakna kami punya duit yang banyak, tapi demi keperluan apa salahnya kita berkorban. walau tidak dapat membeli pakaian baru, tapi aku tetap bangga dapat membaharui peralatan dapur rumahku.
PERSIAPAN HARI RAYA
assalamualaikum. dah masuk hari ke12 dah umat muslimin menjalani ibadah puasa. aku pula dah tinggal 7 hari. biasalah natural problem. seminggu sebelum ramadhan segala persiapan raya untuk anak telah diselesaikan. kami ke GM Klang dan berbelanja di sana. dapatlah 3 pasang seorang. rasanya agak sederhana saja. jika sebelum ni, jumlah baju mereka tidak kurang dari 5 pasang seorang. disebabkan kekangan maka tahun ni terpaksa dihadkan. tak apalah. asalkan anak-anak seronok itu dah memadai. rasanya untuk anak, tinggal songkok dan treksoot aje yang belum dibeli. untuk diri ku, erm tunggulah las2 minit nanti, kalau ada rezeki, adalah. rasanya ni akan menjadi tahun ke2 ku tanpa baju raya agaknya. fikir-fikir sehelai 2 mesti beli juga. sebab baju tu boleh buat kerja sekali kan. persiapan kuih-muih, pada mulanya memang berangan dengan husband, konon nak buat sendiri 4-5 jenis. tapi ada pula dugaan yang mendatang. kami ditawarkan berkongsi tapak dengan seorang teman. secara rasminya niat tu terbantut dan tertangguh di situ aje. saban hari, hubby perlu ke tempat urusniaga disebabkan modal telah pun dilaburkan. Ya Rabbi, ikhlaskan diri ini dalam membantu usaha rakan. semoga ada jalan dan hikmah yang ingin diberikan ke atas kami sekeluarga. berbalik kepada cerita persiapan, rasa-rasanya kami order dengan suplier2 kuih yang dah memang terkenal. cuba2 survey terdapat beberapa peniaga yang masih menjual kuih raya dengan kadar yang mampu aku beli. tempahan online telah dilakukan. harap-harap dapatlah hasil yang memuskan. so tungguuuuu. puas berfikir cara untuk mengembalikan semula modal yang telah kami labor, akhirnya aku tertidur keletihan. cuba menghapuskan resah yang bertamu di kalbu. mungkin bukan nasibku. semoga aku dan hubby akan lebih berhati-hati selepas ini. tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan. namun bukan bererti kami enggan membantu rakan seperjuangan. segala hal harus ditimbang semasak-masaknya. inilah dugaan terbesar sepanjang ramadhan kali ini. aku harus muhasabah diri dan mengikhlaskan setiap yang terjadi. dari asyik mengenang kealpaan diri, lebih baik berserah pada yang di atassana. rezeki itu milikNya. dia berhak memberi dan mengambil mengikut kadar masa yang ditentukan. apa yang kuharap, supaya pihak-pihak tertentu tidak mengambil kesempatan di atas pertolongan yang aku dan hubby berikan. semoga kalian benar-benar ikhlas!
Wednesday, June 15, 2016
AWAL RAMADHAN
ahlan wa sahlan ya ramadhan 1437 hijrah. tahun ni kami berpuasa di tempat yang berbeza dengan suasana sedikit berbeza. seminggu pertama mak dan abah bersahur dan berbuka bersama. terimbau sekejap detik-detik berbuka dan bersahur di kampong yang telah beberapa tahun tidak kualami. seolah-olah cek dan ayah turut ada di sini. cabaran kali ni adalah melatih si kecil berpuasa. adam dan Danial telah awal-awal lagi bersedia. almaklumlah cikgu sekolah telah memberitahu mereka siang-siang lagi. niat puasa pun masing-masing dah hafal. try juga minta abah bawa Adam bersolat terawih di surau. herm, biasalah budak-budak, on & of aje solatnya. danial pada awalnya meragam kerana tidak dapat join. namun lama kelamaan dia dah lali. bukan apa, dia ni belum pandai uruskan diri. tahunya pergi, balik pula dia tidak tahu. walaupun kakitangan awam, dibenarkan balik awal, aku tetap tidak dapat faedahnya. tetap kena menjadi penunggu setia dijemput suami. konon nak try guna perkhidmatan uber dan grap my taxi. setelah survey hamper rm14.00 perlu dibelanjakan setiap hari. tersimpan sajalah niatku itu.
satu lagi cabaran mendatangi diri kami sekeluarga. hari terakhir bulan syaaban, ada seorang kawan menghubungi ku. s : buat apa bulan puasa ni? aku : tiada apa-apa. kenapa? Tanya ku pula. S : saya dapat tapak berniaga di jln Tar. aku : jadi apa kaitannya. oohhh! rupanya dia berniat ingin berkongsi tapak tersebut denganku. pada mulanya aku keberatan kerana kadar sewa yang sangat tinggi. namun demi menjaga perhubungan dan aku sendiri ingin mencuba peluang perniagaan serta mendapat restu suami, kami mula mengorak langkah. kata persetujuan telah dicapai. kali pertama menjejaki ke tapak tersebut, aku terdetik akan adakah peluang untuk kami di sini? namun persoalan tersebut hanya bermain di minda. dengan kekurangan sumber, modal dan tenaga kerja, kami menghayun langkah secara perlahan-lahan. aku berserah pada ketentuan Allah sahaja. setelah 3-4 hari suami berulang-alik, akhirnya kedai dapat beroperasi. namun malang nasib kami, kerana tempat tersebut sememangnya kurang sambutan. aku tak pasti mengapa. mungkinkah kerana lokasinya yang jauh dari masjid India dan masjid Jamek yang menjadi pusat warga kota mencari keperluan menjelang hariraya. yang menjadi kemusykilan ku mengapakah kadar sewa yang dikenakan sangat tinggi. pekerja-pekerja urut yang telah diatur oleh S hanya datang untuk tempoh 1 hari aje. apabila masing-masing pulang dengan tangan kosong, seolah-olah mereka keberatan lagi untuk membantu. ditambah dengan masalah transport dan kebajikan pekerja yang perlu diberi perhatian. tak apa lah. malas hendak dipaksa pada yang tak benar-benar sudi. kami terpaksa mengambil langkah drastic dengan mencari seberapa banyak peniaga yang mahu menyewa sedikit ruang untuk menjual barang-barang masing-masing. pelbagai cara telah aku usahakan termasuklah mempromosi di FB dan group. mengiklan di majalah.com dan mudah.com. ya Alllah, semoga Engkau tidak mensia-siakan usaha hambamu yang hina ini. semoga di hujung nanti ada sedikit sinar buat kami. pada yang sudi menyewa tapak kami, sangat saya berterima kasih. hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikkn kalian dengan kebaikan yang melimpah-ruah.
Sunday, June 12, 2016
SELAMATKAN DIA LINDUNGI DIA
peristiwa menakutkan ini berlaku pada malam kelmarin. pada masa itu, aku hubby dan Danial berkunjung ke gerai perniagaan kami yang terletak di jln TAR berhampiran Chow Kit. insiden ini bermula apabila aku meminta hubby mengambil photo customer untuk dipost ke media social sebagai langkah promosi urutan. tidak sampai 5 minit, kusedari Danial hilang dari pandangan. dengan perasaan panic dan berbaur ketakutan yang amat, ku menyuruh hubby mencari Danial di kawasan sekitar. dalam hati ni, dah terfikir macam-macam keburukkan seperti yang kita selalu dengar di media massa dari dulu dan sekarang. pada masa ni lah aku menyalahkan diri kerana alpa dan membiarkan Danial merayau entah ke mana. jantung dah hilang nada denyut sementara darah pula dah kering nak mengalir. Ya Allah, selamatkan Danial. apa akan kukata pada mereka-mereka yang menyayangi Danial andai keadaan itu benar-benar terjadi. tuhan, tolong jagakan dia untukku. tak putus-putus ku membilang doa. mula terbayang keletah-keletah Danial yang mencuit setiap inci kehidupan ku. Ya Allah di manalah buah hati ku berada pada ketika dan saat ini. setelah beberapa minit berlalu, kelibat Danial dilihat oleh adik temanku keluar dari restoran Indonesia. mujurlah Kau masih memberi peluang untuk kami bersama. untuk aku dan suami menjagamu sebagai satu amanah. aku serik untuk membiarkan diri leka dengan keligatan Danial. menurut kata adik temanku tukang masak restoran itu yang menggamit Danial ke sana. inilah yang perlu aku waspada dan beri perhatian, Danial mudah untuk mengikut sesiapa sahaja dan kebanyakkan orang senang untuk menggamit mesra dengannya. menurut Danial selepas insiden itu berlaku, dia masih Nampak ummi dan abah walau telah berada dalam restoran tersebut. no, no, no, tidak mungkin kuberi kepercayaan kepada dirimu yang masihh kecil.
Subscribe to:
Comments (Atom)