selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Wednesday, February 3, 2016
CHICKEN CHOP RM6.50
ketika sedang melalui zaman kemerosotan ekonomi, masyarakat semakin menggemari restoran atau cafe yang menyajikan menu lazat dengan harga berpatutan. so kali ni nak sharing 1 kedai yang terletak di seksyen 13, Shah Alam, Jln 13/50 Equesterian. harga yang ditawarkan adalah Rm6.50 bagi chicken chop dan Rm15.00 bagi lamb Chop. kentang goreng berkeju pula dengan harga RM2.00. memang ia menjadi pilihan tepat bagi mereka yang berkeluarga ataupun berstatus pelajar. lokasinya sangat berhampiran dengan kolej PTPl dan MSU University. saya bukan sekadar sharing tau, tapi sendiri pun dah cuba makan. memang sangat berbaloi dengan saiz potongan chicken chop 2 kaliganda lebih besar dari biasa. masa tu pergi dengan Nor sekali. saya pilih chicken chop goreng dan Nor pilih yang grill. makanan pun sampai dengan kadar segera tau! kedai beroperasi dari isnin hingga sabtu dan ahad cuti dari 7.00 petang ke 1.00 pagi. jom pakat ramai-ramai support kedai ni. jika ada kemusykilan sila berhubung di talian 01121334017 : ERK di 13. selamat majujaya.
Monday, February 1, 2016
TAK PERLU MENAJA ! TAK PERLU CARI ORANG HANYA DUDUK DIAM DAN DAPAT DUIT
herm ayat sebagai tajuk kat atas dah banyak digunakan orang khususnya untuk menambahkan income. logikkah dengan duduk diam-diam kita boleh dapat duit yang banyak hehehe. nak tergelak pun ada, rasa ingin tahu pun saling tak tumpah bertandang di hati. maklumlah kan siapa yang tak suka dan tidak kabur mata, sekiranya wang bertimpa-timpa jatuh atas riba tanpa perlu bersusah-payah. muhasabahlah wahai Manja. jangan diikut sangat gejolak hawa nafsu dan kehendak yang bersarang di jiwa tu. keberkatan dan rezeki yang berpanjangan itu lebih nikmat. jangan terpesona dengan ayat-ayat pemanis berkenaan. dah tentu-tentulah jika mahukan sesuatu kita perlu berusaha dan mohon doa dari Allah. bahkan bukannya diam melunsuri FB sepanjang hari untuk melihat kejayaan orang lain. syukurlah! setakat hari ini belum lagi terpengaruh dengan daiyah sebegini, walau ada yang terdekat datang memberi undangan. setelah membuat sedikit pembacaan, hati ini kuat mengatakan cara memperoleh wang sebegitu adalah tidak patut dilakukan oleh seseorang yang mementingkan rezeki berkat. saya tak mahu menyebut mana-mana skim berkenaan, bukan kerana takut dikecam, tetapi saya hendak pembaca mengambil 5 minit untuk berfikir sejenak sebelum mengorak langkah lebih jauh. janganlah kerana ingin hidup senang dengan cara memerah keringat orang lain untuk menyenangkan kita. huhuhu! skim ini akan hidup mati dan hidup semula selagi ada manusia yang tamak dan rakus dengan menghukum orang lain. yang masuk di permulaan akan menikmati keuntungan tanpa batas. tapi apa cerita bagi yang masuk kemudian atau paling akhir sebelum skim ini tersungkur. takkan hanya gigit jari je kan! pernah sekali dulu RM60.00 ku lesap entah ke mana. konon akan dapat duit setelah mempromosi iklan. nasib baiklah jumlahnya kecil. jadi tak adalah hati ni hiba sangat. inga, ingat dan ingatlah Manja jika nak kan rezeki hendaklah berusaha dengan gigih dan tak lupa mohon pada Allah yang maha mengasihani.
Sunday, January 31, 2016
TAWAKAL DENGAN KEPUTUSAN
semasa cuti umum minggu lepas, saya telah membuat percubaan kerja sambilan urut di salah sebuah centre yang terletak di seksyen 13. niat di hati ingin menambah pendapatan keluarga sedikit sebanyak. di masa itulah saya memikirkan semasak-masaknya. tidak adil pada saya dan anak kiranya 7 hari seminggu meninggalkan anak tanpa saya di sisi menemani mereka. dengan kekuatan yang ada saya rangka sebuah keputusan. maka dengan ini saya rasmi melakukan kerja sebagai juru urut di rumah. kepada sesiapa yang berminat di sekitar Shah Alam whatsapp saya di talian 012 276 8341. saya akan pandu arah kalian untuk ke rumah saya. Insyaallah, perkhidmatan diberi akan memuaskan hati anda. kos yang dikenakan untuk 1 jam rawatan adalah RM40.00. di samping mengisi masa terluang bersama anak sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan. semoga mendapat sokongan dari kalian semua. "sihat untuk hidup &% hidup untuk sihat. semoga usaha ini menjadi jambatan melakari impian masa hadapan. terima kasih pada abang atas bantuan yang diberi.
Friday, January 22, 2016
SUMBER PENDAPATAN
entri ini saya tujukan kepada teman-teman yang tak henti bertanya apakah bezanya kerja makan gaji dan kerja sendiri. nak dikata saya ni banyak pengalaman sangat tu tidaklah. tapi saya menulis atas apa yang saya rasa. mohon maaf jika ada yang menganggap penulisan saya ni tipikal ataupun berat sebelah. bukan maksud tidak bersetuju atau bias, hanya untuk berkongsi pandangan saja. sebelum ini, saya pernah bekerja dengan menerima bayaran komisyen sahaja. pernah juga bekerja dengan bayaran gaji hari. pernah juga bekerja di syarikat swasta. pernah juga bekerja sendiri sepenuhnya dan kini bekerja makan gaji dengan kerajaan Malaysia. sebut je makan gaji dengan kerajaan, orang akan anggap wow faedah, kebajikan dan masa depan terjamin walau gaji tidak setinggi mana. makan gaji dengan pihak swasta pula, gaji yang diberi akan setimpal dengan tanggungjawab yang digalas. bila gaji besar maka besarlah sumbangan yang perlu diberi. bila gaji hari pula sudah tentu seseorang tersebut akan berusaha untuk bekerja secukupnya demi meraih gaji yang disasarkan. bila bayaran komisyen,, ia sangat bergantung keupayaan kita mencapai sasaran dari segi kuantiti. bila bekerja sendiri sepenuhnya tertakluk kepada usaha sendiri di samping tawakal kepada pemberi rezeki iaitu Yang Maha Agung di atas sana. jadi yang mana satu pilihan anda. tepuk dada tanya selera. berpeganglah kita bahawa setiap yang di bumi dan di langit ini telah diaturkan rezeki masing-masing. namun jika ada peluang untuk berubah dari 1 tahap biasa kepada 1 tahap yang tidak biasa, berusaha dan redha dengan segala takdirNya. ingatlah sifat redha itu mendekatkan kita dengan limpahan rezeki dan rahmat Allah yang maha luas lagi. justeru itu, saya mengajak pembaca untuk menilai kekuatan hubungan kita dengan Yang Maha pemberi rezeki walau apa jua sumber pendapatan yang kita perolehi. sekianlah dulu buat kali ini!
Wednesday, January 20, 2016
PENGHAYATAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI
Nampak macam serius je tajuk tu kan. itulah kursus yang saya hadiri selama 1 hari. integrity dalam melaksanakan tugas sesuatu yang dituntut dan tidak boleh dipandang ringan. sekiranya berlaku apa sahaja budaya buruk dalam pekerjaan kita boleh dianggap kurang berintegriti. integrity memberi maksud segala perlakuan yang baik, beretika, betul dan bermoral hendaklah dilakukan sepanjang masa meski tiada yang melihat. antara kesalahan yang mudah namun dipandang remeh sebagai berintegriti ialah keluar makan a minum pada bukan waktu rehat, menggunakan barang pejabat untuk kepentingan peribadi dan tidak menepati masa. terima kasih kepada Aileen yang menumpangkan saya dalam keretanya untuk pergi dan balik. semoga rahmat Allah mengirimu dan teman-teman pejabat yang lain! amin.
Thursday, January 14, 2016
PENETAPAN BAHAGIAN
setelah sekian lama kumenunggu jawapan kini ia telah menjadi nyata. keputusan telah dibuat di peringkat tertinggi. aku sah ditempatkan di bahagian Penguatkuasaan Undang-undang. wow hebatnya bahagian ini kan. mana tidaknya aku perlu matang dengan 4 akta, peraturan-peraturan pelaksanaan dan SOP kerja berkaitan undang-undang. menerusi pembahagian tugas, kudiarahkan mengurus aduan. mampukah aku memberi sumbangan yang optimum tanyaku dalam hati. segalanya tidak boleh kutolak sebaliknya perlu digalas sebagai cabaran.
Monday, January 4, 2016
CIMB CARD
salam buat teman-teman OKU penglihatan. hari ni saya nak kongsi pengalaman membuat kad bank CIMB. mungkin di antara kalian, ada yang mengalami masalah untuk memiliki kad tersebut. mula-mula terasa ragu juga untuk membuat permohonan kerana selalu diterjah perasaan hampa oleh layanan pegawai. katanya kami OKU penglihatan tidak boleh memegang kad sendiri, tidak boleh sign dan pelbagai alas an lagi. selain itu, mereka juga tidak punyai masa untuk melayan kerenah picisan sebegini. mungkin dengan service yang maju dan kalangan customer yang berjuta-juta. sesuai dengan peredaran masa, kami juga adalah sebahagian daripadanya. kami juga ingin seperti anda. ingin melakukan pembelian secara debit dan atas talian. bergunakah setiap kemajuan yang dicapai tanpa dapat memenuhi sebahagian dari kepentingan lapisan masyarakat. akhirnya dengan hati kental, melangkahlah saya dan suami ke menara CIMB. hmm! tanpa banyak soal dan provakasi permintaan tersebut telah ditunaikan. ha! kan senang kalau kalian tidak memperlekehkan kami seoalah segala kecanggihan teknologi tidak layak kami nikmati mentang kami OKU. apa yang lainnya kini, tiada lagi buku bank dikeluarkan bagi menjimatkan kertas. segala proses dilakukan dengan bantuan elektronik. persiapan yang perlu dilakukan oleh OKU penglihatan adalah keyakinan diri untuk menurunkan tandatangan di atas skrin sesentuh. cabaran beb! kata abang, tandatanganku sudah jadi macam ular dah. nasib baik computer boleh di tact. usai ujian tersebut, abang bantu aku mendaftar CIMB Klicks pula. jadi kepada teman-teman jangan ragu, segeralah ke CIMB berdekatan untuk memohon kad debit anda.
Subscribe to:
Comments (Atom)