selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Thursday, November 19, 2015
SEDIH DAN PILUUUUUUUUUUUU!
assalamualaikum. malam ni saya nak nukilkan kelukaan yang menerobos ruang hati ini. perasaan sedih benar-benar menghantui dan mencengkam jiwa. tidak kuketahui berapa kali gugurnya airmata ini. setiap kali diri ini dilanda hiba airmata terlalu murah untuk mengalir. aku tak pasti adakah kerana diri ini yang terlalu sensitive ataupun kerana kekurangan yang dialami menjadikan aku sangat dibebani gejolak rasa. menangis menjadi kelegaan bagiku bila aku aku terlalu gembira, mengalami rasa marah, tidak berpuas hati dan memendam perasaan. kubiarkan saja segala yang ingin dicurah padaku. lepaskanlah andai itu buat kamu bahagia. jangan ditanya tentang perasaan aku ataupun komen aku terhadap kamu. nilailah sendiri, setimpalkah kemarahan kamu padaku itu. aku perlukan bantuan bukannya tempatmu melepaskan kemarahan. bukannya mudah bagi diri ni nak berdiri dan berada di sini. segala liku amat perlu diharungi demi bersaing dengan kalian. kesempurnaan tiada pada diriku. tolonglah fahami itu! cetusan rasa ini terus kutitip di atqas baris pena. aku bukanlah pendebat yang handal untuk mengalahkan setiap hujahmu. bila aku benar -benar redha, aku mampu melepaskan andai tempatku bukan di sini. cubalah duduk di tempat aku ni! barulah kamu dan kamu dan juga kamu akan faham. selagi kamu tidak berada di posisi kami, jangan katakan yang kamu telah benar-benar faham akan diri kami. jangan menuduh aku tidak mahu berdikari kerana jalan itu amat sempit untuk aku lalui. bukan simpati membutatuli yang aku perlu, tetapi simpati dengan cara yang berhemah. jangan kerana kesibukkan dan kurangnya pengalaman kalian saja yang perlu aku fahami, tapi siapa yang akan faham bila aku diminta itu dan ini tanpa sepengetahuanku. tidak adil kan. inilah dunia manusia yang hanya melihat kesempurnaan pada mata kasar. aku yang tersadung rebah di tepian pantai. kufaham dan mengerti inilah laluan yang perlu aku langkah perlahan-lahan belajar berjalan menuju jalan pulang. semoga aku lebih berhati-hati dan menjadi lebih tabah selepas ini. semoga Allah terus mendekatkan ku dengan insan-insan yang ikhlas membantu tanpa sebarang imbalan. panjang dah kot. berhentilah dulu. kalau ada yang terasa, saya mohon maaf banayak-banyak. ia sekadar meluah perasaan bagi membung yang terpendam di hati. jumpa lagi di entri akan datang.
Monday, November 16, 2015
HOTEL PREMERE KLANG
assalamualaikum pada semua. sebenarnya post ni dah terlepas dari tarikh kejadiannya. pada 28-30 Oktober lepas, saya telah berpeluang mengikuti 1 kursus kendalian bahagian tempat bertugas di salah sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Klang. hmm sememangnya hotel ni dekat je dari office. kalau ikut KESAS highway tu tak sampai pun setengah jam. apa yang dikursuskan tak perlulah saya catatkan di sini kerana dah ditempatkan di penulisan yang berlainan okey. memang cantik dan tip top lah hotel ni. ruang bilik yang luas serta dilengkapi bilik mandi yang selesa dan besar pula tu. ia sangatlah memberi keselesaan kepada saya yang blind ni. Alhamdulillah dengan dibantu rakan sepejabat Nadia segalanya berjalan lancar. thanks for everything Nad. hanya Allah yang dapat membalas jasamu! tentang menunya pula memang takada citarasa melayu di sini. no cili jeruk, no sambal belacan dan no masakkan pedas dan masak merah sepanjang 3 hari stay. siapa yang tak suka makan pedas dan inginkan menu sihat bolehlah mencuba makan di hotel ni ya. bagi saya, dizet dan western lah jadi pilihan. mujurlah ada pemanis ABC disediakan semasa makan tengah hari. keberseihan hotel dan kemesraan pelayan juga memuaskan hati. wifi pun boleh tahan lajunya. selepas lunch hari Jumaat kami semua check out. enjoy soon!
Wednesday, November 11, 2015
2 NYAWA 1 CINTA
salam hari rabu. terasa kurang mood untuk naik kerja pagi ni. maklumlah rumah baru tu masih belum habis berkemas lagi. badan pula teras sudah benar letihnya. hidung pula dah tersumbat mungkin kerana terlalu banyak habuk. untuk menceriakan mood saya nak post lagi 1 novel boleh? harap adalah yang sudi baca, walau sebenarnya blog ini wujud untuk tatapan sendiri aje. bahkan my family pun tak tahu tentang adanya diri ni di celah-celah alam maya ini. biarlah.biarlah.biarlah. mereka tak tahu. lagi senang untuk saya terus melakar kisah perjalanan diri ini. novel ini baru saja diterbitkan pada 26 Jun yang lepas oleh PTS. pemilik karya ini adalah Hanah Rishas. harga senaskah ialah RM30.00. bolehlah dibeli secara online ataupun kunjungi mana-mana kedai buku yang popular. penceritaannya adalah lebih kurang begini : HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan! “Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah’ yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran. “Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?” Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri. selamat membaca tau
Monday, November 9, 2015
SURAT PENGESAHAN PERLANTIKAN
salam you alls. update yang ni mesti tidak boleh ditngguhkan. sedang santai selepas solat zohor datanglah sahabat yang bernama S ke meja kerjaku. s: kak Mas, ada surat ni. saya: surat apa? s: pengesahan perlatikan. syukur ku kehadrat Pemilik Araj Yang Agung atas anugerah ini. setelah berkhidmat hamper 4 bulan dan beberapa hari akhirnya detik itu tiba jua. sukar untuk digambarkan perasaan saya sebenarnya ketika itu. dalam hati saya berkata, kuhanya makhluk lemah, bersedia dengan suratan yang telah ditentukan. walau indah di matamu tapi di hatiku tetap terpalit keresahan itu. saya berdoa selepasa ini semoga bertemu dengan jawapan yang tepat.
lari dari topic asal sikit yer. sebenarnya kami sekeluarga telah pun berpindah ke Kuartes Kerajaan Negeri Selangor. dekatlah sikit nak ke office. bermula 7 November. terima kasih pada hubby yang bertungkus-lumus sepanjang proses pemindahan. nanti ayang belanja 'body massage' ya? semoga kebahagian tetapa mengiringi kami walau ujian tak jemu bertamu. adam pun dah selesai exam di tadika. namun demikian markahnya agak merosot. kata guru, dia banyak main ketika di dalam kelas. hopefully Adam boleh ubah sikapnya pada tahun hadapan. ummi dan abah mohon yang terbaik darimu nak. sampai sekarang operasi mengemas belum lagi settle. selamat tinggal Bandar Baru Bangi. tak dilupakan, terima kasih kepada yang bersungguh-sungguh menyegerakan proses permohonan kami tu. buat mak dan abah, jasamu dikenang selamanya. buat cek dan ayah limpahkan doa dan restu buat anakmu yang buta ini. kisah inilah yang akan dikenang sepanjang hayat.
Thursday, November 5, 2015
BUKAN ISTERI SIMPANAN
salam jumaat untuk semua. tak habis lagi nak preview tajuk novel kat sini. hmm dah memang minat nak buat macam mana kan! tak ada ke minat yang lain hoi Manjalara! ya. ya. memang tak ada buat masa ini. ni je yang saya nak sharing ya. oh ya. 8 November ni ada perjumpaan sekolah Adam. kan dah akhir tahun ni. Adam pun dah selamat jawab exam hari tu. apalah keputusan dia tu kan... surprise ummi dan abah nak tahu ni! back to the early story. benda lain nak cerita benda lain yang ditaip. ahahaaahahahaha. sebelum terlupa, nak ucapkan takziah kepada ibu W yang mana suaminya terlibat dalam kemalangan jalanraya di JB. semoga tabah mengharungi dugaan. patah kaki katanya dan selamat dibedah. innalillahiwainna ilaihirajiun. segalanya dari Allah dan kembali jua pada Allah.
jangan lupa layanz novel ni pula tau! tau! tau! "Bukan Isteri Simpanan" ditulis oleh Mia Kiff. diterbitkan pada 21 November 2013 oleh GEDEbook. harga buku RM29.00. synopsis :
DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff. AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain? talk soon!
Friday, October 23, 2015
BARJEDT, INTERNET BANKING DAN ZALORA (BIZ)
salam petang isnin semasa entri ni ditulis. kali ni saya menulis entri 3 dalam 1. terlalu banyak yang ingin dirakam dalam blog peribadi ni namun mungkin saja keadaan, masa dan situasi kurang mengizinkan. seperti yang sedia maklum belanjawan Negara 2016 telah selamat dibentang di parlimen oleh YAB DSNR. sebenarnya apa yang menarik dalam kupasan kali ini ya. adakah mengenai lebuhraya Pan-Borneo, imbuhan perkhidmatan awam ataupun kebajikan untuk golongan marhain? seperti tahun sudah, BRIM telah dinaikkan walaupun mendapat kecaman sesetengah pihak. apakah yang perlu kita hadapi menjelang 1 November nanti? minyak naik ke? lebih membimbangkan kenaikkan tol yang tinggi telah memberi impak khususnya kepada harga barang. sedikit yang menarik adalah GST pengguna prepayed akan tamat pada 31 Oktober ini. harganya akan kembali seperti sediakala dengan pengembalian kadar GST yang telah dikenakan antara April hingga Oktober. saya tidak menerima kesan kerana menggunakan perkhidmatan pascabayar.
internet banking. mungkin pada orang lain kemudahan ini sudah basi. tapi bagi saya, ia masih baru. telah banyak kaedah pembayaran yang tersedeia dilakukan secara online membuatkan saya teruja untuk belajar menggunakannya. setelah beberapa lama tertangguh, akhirnya saya nekad sekali lagi untuk melakukan proses pendaftaran secara dalam talian. setelah beberapa kali mencuba dan mendapat guard line dari call centre, ia mampu berfungsi sewajarnya. mengikut pengalaman, sekiranya internet banking nda gagal berfungsi, maka dipersilakan untuk mengubah mod pelayar anda. pada mulanya saya menggunakan IE namun kemudian beralih kepada google chrome, barulah ia dapat distabilkan. pembelian baju di laman shoping zalora menjadi pengalaman pertama.
zalora. hai zalora. semua orang tahu kan tentang hotnya pusat membeli-belah atas talian tu kan. begitulah dengan saya. walaupun OKU tapi sangat tak mahu ketinggalan dari mencuba perkhidmatan yang disediakan. tanpa bantuan kawan yang punya penglihatan, saya telah memandai-mandai je membuat order. heh macam tak percaya order saya success. jubbah Aisha dari Jenifer Creation bewarna pink jadi sandaran. sehingga pesanan disahkan barulah saya tahu bahawa baju yang saya beli itu bewarna pink. maklumlah saya ni tidak dapat melihat gambar baju tersebut. sebab tu lah saya kurang berminat untuk melakukan pembelian atas talian. dengan kemesraan perkhidmatan yang tersedia oleh Zalora, saya benar-benar teruja. lalu rasa takut saya buang jauh-jauh. selepas buat pesanan barulah saya nyatakan kepada abang akan pembelian saya itu. balik ke rumah abang bantu saya melakukan ITBFB secara online. Alhamdulillah submition saya Berjaya. meskipun menghadapi sedikit halangan, pihak Zlora sangat professional dalam menghulur bantuan. sekarang tengah menunggu tempahan saya itu keluar dari gudang. huh! benar-benar tak sabar ni. tak lupa good luck untuk my son Adam yang menjalani peperiksaan akhir tahun. semoga anak ummi Berjaya!
Sunday, October 18, 2015
SUSPEK DENGGI
hamper tidak dapat melelapkan mata pada malam sabtu lepas. Danial anakku diserang batuk yang sangat teruk. jam menunjukkan angka 1.00 pagi. dia lapar dan ingin makan nasi. abah segera membawa dia turun makan di kedai berhampiran sementara saya tinggal di rumah menunggu Adam yang tidur. pukul 2.00 pagi keadaan agak tenang sedikit setelah diberi ubat batuk Woots yang dibeli dari Seven Eleven. beberapa jam kemudian dia mengadu pula sakit perut. dengan pengalaman yang ada, saya mengambil minyak ubat TYT dan menyapu di keseluruhan betis. pada saat inilah kekhuatiran saya bertambah kerana nafasnya sudah berbunyi dan tersekat. saya kejutkan abang dan Adam dan kami bergegas ke hospital Serdang.
jam 7.00 pagi Danial dikejarkan ke bahagian kecemasan. darahnya diambil, di xray dan diberi gas sebanyak 3 kali bagi mencairkan kahak. hamper jam 10.00 pagi, baru keputusan dapat dibuat para doctor. jika perkembangan terus negative, ke arah serangan denggi, Danial perlu dirujuk ke klinik kesihatan Bangi sebelum admit ward . hati ni mula gelisah dan tidak tenteram, tambahan pula Danial enggan makan ubat yang diberi, menjelang tengah hari suhu badannya menjadi lebih panas. saya tersangat risau. namun saya tetap memujuk Danial untuk makan sedikit bubur nasi. dengan pemahaman yang diberi Danial akhirnya setuju untuk makan dan menelan semua ubat yang diberi. barulah fikiran ni dapat berfungsi dengan waras semula. saya cuba menyelidik dari teman dan keluarga menerusi whatsapp tentang langkah pencegahan denggi. inilah yang ingin saya kongsi dengan pembaca sekalian. berilah mereka minum air rebusan pucuk betik. jika tidak pun, dapatkan jus betik yang telah dibotolkan dari farmasi berhampiran. selain itu juga minumlah air rebusan ketam batu yang telah dimasak sehingga empuk. semoga perkongsian dari saya ini akan berguna buat kalian yang memerlukan satu hari nanti. semalam, Danial kembali bertenaga seperti biasa, di sudah makan semula, bermain, suhu badan tidak lagi panas dan batuk mula berkurangan. namun demikian rasa bimbang masih bertamu. saat ingin ke tempat kerja, batuk sudah kembali menyerang. apa yang terlintas di fikiran, sepulang dari tempat kerja akan saya dan abang usahakan membeli madu pula. semoga Danial cepet sembuh dan pulih seperti biasa. amin!
Subscribe to:
Posts (Atom)