selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Wednesday, October 14, 2015
KEK BATIK SAVANAH
assalamualaikum dam salam Maal Hijrah 1437 buat semua. tiba-tiba mood ni teringin sangat nak makan kek batik. jika harap nak beli tentu mahalkan. setelah difikir-fikir, buat sendiri lebih menjimatkan. mana tidaknya boleh makan sampai 1 bekas dan pada bila-bila masa. sebelum bercuti umum sempena awal Muharam, kami anak-beranak bergegas ke Icon Save jalan Reko bertujuan membeli barang yang sepatutnya. kali ni kami ubah sedikit resipinya. terima kasih abang kerana beri kerjasama. bahan dan cara membuatnya akan saya catat di sini. cukup mudah dan simple sebenarnya. 1 buku mentega buttercup 250 gram. 1 tin susu pekat manis. (tak kisah apa jenama pun). 2 bungkus biskut Marie plain. dan 250 serbuk minuman coklat Savanah. proses membuatnya : panaskan mentega sehingga cair. kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis, lalu kacau hingga sebati. setelah itu masukkan pula serbuk cokelat dan dikacau lagi hingga rata ketiga-tiga bahan tersebut. setelah berpuas hati, tutup api. ambil biskut Marie, patah-patahkan dan digaul bersama bahan yang masih panas lagi. tuangkan ke dalam bekas lalu dipadatkan. setelah sejuk, masukkan ke dalampeti ais. setelah beberapa jam ianya siap dipotong dan dihidangkan. wow! kali ni menjadi sangat. tidak begitu lembap seperti mana menggunakan milo seperti selalu dan biskut Marie juga telah ditambah dari 1 bungkus kepada 2 bungkus. rasanya sangat sinonim iaitu tidak terlalu manis. anak-anak pun teruja makan. dah tinggal separuh bekas dah tu. cadangnya macam nak buat lagi je. maklumlah stok minuman cokelat malt Savanah tu banyak lagi kan. kuabadi kenangan bersama abang.
Tuesday, October 13, 2015
KURSUS THERAPIST WANITA
pn. Mariah PWB Bangi menghantar SMS kepadaku. sila hadir ke temuduga kursus pada 13.10.2015 di pejabat SUK Bangunan SSAH, Shah Alam pada jam 2.00 petang. sila bawa bersama borang yang dihantar melalui email dan dokumen berkaitan. pada mulanya saya berkira-kira nak pergi ataupun tidak. telah saya ketahui, siapa yang akan membawa dri ini ke sana nanti. tambahan pada hari kerja pula tu. nak minta tolong abang, semestinya tidak dapatlah kan. abang memang terikat dengan tugas pejabatnya. semoga Allah membantu pohonku di dalam hati. saya cuba suarakan pada teman sepejabat. Alhamdulillah M sudi temankan saya ke sana. jam 2.15 petang kami berdua bergegas ke SUK dengan kereta. sampai di sana, kami tercari-cari tempat temuduga tersebut. pada mulanya kami ke tingkat 14 seperti yang diarahkan dalam surat. namun tak lama, kami turun ke tingkat 5 pula. urusan mengisi borang M yang lakukan untukku. hamper 10 minit menunggu, saya dipanggil. berdebar juga hatini. maklumlah ramainya pegawai mengelilingi meja temuduga. setiap soalan saya cuba menjawab dengan lancer. antara yang ditanya apakah strategi 'marketing' yang akan dilakukan setelah saya Berjaya mengikuti kursus berkenaan. hamper 15 minit, saya selamat keluar dari bilik temuduga. saya bersyukur kerana segalanya berjalan lancer. kini diserahkan kepada Allah yang maha kuasa. jika ada rezekiku maka adalah nanti. tiba-tiba perut terasa lapar pula. kami bergegas ke seksyen 2 untuk menjamu selera. hamper 4.45 petang, saya dan M tiba di pejabat. terima kasih M atas bantuanmu. hanya Allah yang dapat membalasnya. semoga dirimu dan keluarga dilimpahi rahmat dunia dan akhirat. amin!
Thursday, October 8, 2015
KOLEKSI TUDUNG PART 1
assalamualaikum. seiring dengan perkembangan gaya berfesyen hari ini, golongan muslimah tidak kurang hebat terkena tempiasnya, pelbagai gaya dan trant ditampilkan bagi memenuhi citarasa dan permintaan. dulu, sebelum berkecimpung dengan bidang urut, saya juga seorang yang fationista. maklumlah cek dan ayah yang supportkan, mestilah dia orang nak anaknya ni dapat memiliki koleksi-koleksi fesyen tertentu. contohnya pelbagai varian tudung bawal, baju kimono, kebaya, jubbah dan kurung pelbagai style. 6 tahun saya jumud dalam dunia fesyen ni. pakai apa saja dan ala kadar. setelah menjejak kaki ke sector awam dah mula menggelabah. saya serak kembali almari mencari baju-baju kurung dan mengintai setiap inci kedai dan butik bertujuan mencari pakaian sesuai. ooopppppsssss!!!! banyak yang dah terkeluar dari topik asal tajuk entri ni ditulis.
sebenarnya saya nak bercerita tentang koleksi tudung terkini yang saya ada. shawl dan selendang panjang saya kurang mahir nak memakainya. tengah berjinak-jinak semula ni. antara yang saya punya adalah selendang butterfly, selendang instant, tudung sarung biasa dan bertingkat, selendang bunga, tudung 2 alam dan lain-lain. terkini saya juga memiliki tudung moscrepe hijau yang dijual Huraizah. masih dalam tempahan pula selendang instant krim tiara dari Huraizah dan selendang pink Hani dari Anis. lain-lain akan diupdate dari masa ke masa. jumpa lagi. da!
DIA BUKAN ARISSA
hai..hai..hai.. baca novel lagi. hmm mana nak simpan koleksi Enovel yang saya ada ni ya. sekarang ni memanglah tersusun elok di dalam IPhone 6 gold kepunyaanku. kalau dah full nanti mana nak saya bubuh pula. pemilik portal sama sekali tidak membenarkan elimen coppy paste dan save as. huhuhuhu...tolonglah bangunkan suatu perisian lagi agar khazanahku selamat dalam simpanan. sebagai altenatif awal, sebarang gambar atau video tidak berapa penting tak boleh ada dalam memory IPhone ni. semuanya saya transfer ke dropbox dan email bertujuan memudahkan proses penyimpanan. . kali ni nak sharing satu lagi novel. hopefully korang semua suka. novel ini ditulis oleh Syahida Ilmuna, terbitan Karangkraf pada 9 September 2013 berharga rm18.00. ringkasan synopsis : Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya. “Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba. Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah! Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang! semoga enjoy!!
Wednesday, October 7, 2015
RINDU AWAK 200 %
assalamualaikum semua. inilah yang terjadi padaku di kala hati gundah gulana. saat jiwa berduka nestapa. ketika raga bertamu dengan rawan. mana tidaknya sehari dua ni kudihimpit pelbagai dugaan & dan masalah. bagaimana untuk kucoretkan satupersatu dalam blog kecilku ini ya! tentang perasaanku! tentang harapanku tentang cita-citaku. tentang kelemahanku dan tentang apa-apa saja yang membelenggu diri saat ini. kesihatan cek dan ayah sangat membimbangkan. mereka dimasukkan ke ward hospital Ampang oleh Nor. mujurlah Anis sedia menjaga keduanya. hanya doa kutitip dari jauh kerana kekangan masa dan jarak tempat tinggal, aku dan suami tidak betah menziarahi saban hari.
kusemakin terhimpit dengan keadaan dan suasana di tempat kerja. kadang-kadang aku merasa ada lebih baiknya aku menjalani kerjaku yang seperti dulu iaitu juru urut sepenuh masa. meskipun bayaran diterima tidak tetap tetapi aku sangat berpuas hati dengan tenaga yang telah aku curahkan, tidak seperti di sini, aku terasa seolah-olah makan gaji buta lakunya. ya Allah, hanya Dikau yang dapat melepaskanku dari bebban perasaan ini, aku semakin tertekan dari hari ke hari, tidak cukupkah aku untuk melaluinya meskipun ini yang telah ditakdirkan padaku sejak azali lagi. banyak lagi yang aku nak perkatakan tentang situasiku di tempat kerja. namun biarlah aku catatkan dari masa ke masa nanti, kupercaya setiap orang pasti mempunyai cabaran dan pengalaman masing-masing, ini hanyalah dari persepsiku saja. mudah-mudahan tiada yang menganggap aku ini lemah, mengada-ngada, sell-fish dan sebagainya. tolonglah wahai pembaca sekalian, jangan letakkan diri ini dilebel itu kerana aku OKU yang semestinya tidak diminta untuk dilahirkan sebegini, ini adalah sebahagian ujian yang Dia telah gariskan untuk aku dan insan senasib telah dan akan harungi. tolonglah belajar mengenali kami seperti mana kami tetap belajar untuk mengenali hati kamu dan diri kami juga. jangan letakkan kami di aras paling bawah, tanpa kalian metetakkannya, telah kami sedar akan hakikat itu, tolong pimpin tangan kami untuk bangkit dari tempat tersebut. sedarlah kita hanya khalifah yang dilahirkan sementara di mukabumi ini.
dengan terungkapnya kata-kata ini menandakan rawan di hati sudah menjulang ke tahap maksimam. sebaik saja dilahirkan dan sehingga ke saat ini pun kami perlu lalui pedih luka yang sama. boleh diibaratkan sengaja mengambil pisau dan memotong jari sendiri dengan harapan hirisan kedua, ketiga dan seterusnya menjadikan kami lebih kebal lagi. tapi tidak, darah merah tetap mengalir dari jari itu bisa dan pedih tetap mencecah sampai ke tulang. diri ini bukan besi waja yang ampuh untuk menahan titisan airmata dari tumpah ke pipi. rayuanku! sempurnakan hidup kami dengan kesempurnaan yang anda miliki. itulah kebahagiaan yang kami damba di alam fana' ini. akibat dari memendam rasa di lubuk sukma, aku grab lagi 2 buah novel secara online. inilah kegemaran ku saban kali dilanda resah yang tak bernoktah selain dari menangis dan menikmati kelazatan makanan yang manis seperti kek, cokelat, trafel dan yang seangkatan dengannya. ulasan novel ada kat bawah ni ya. jangan lupa review tau, harap terhibur! novel ditulis oleh Liyana Zahim dan diterbitkan Krangkraf pada 6 September 2013. mengandungi 608 mukasurat dan berharga rm23.00. ZILL FAEZRUL IQBAL - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang, tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya, rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku-sakat Jula Juli Bintang Tujuh? nak tahu tentang keseluruhan plot dan jalan cerita kenalah beli novel tu ye! okay see you all in the next entry.
Monday, October 5, 2015
BUAH HATI HWD MERAGAM
hamper 6.15 petang aku masih tertunggu panggilan suami untuk menjemputku pulang dari tempat kerja. namun dek hati yangelisah segera kuhubunginya pula. abang: W meragam yang. tiba-tiba jer mati. ayang: ya ke. sudah terbayang dugaan yang akan melanda. hati ini dinasihatkan agar bertenang dan tunggu kehadiran abang terlebih dulu. lewat 20 minit abang Berjaya sampai ke pejabatku, kami terus pulang seperti biasa untuk mengambil anak dari tadika. semasa di dalam kereta, sempat kami berbicara empat mata mengenai masalah yang timbul. abang mencadangkan agar kami bertukar kepada yang lain pula. hmm. baru je nak lega dengan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni. aku dan abang bernekad mengambil ini sebagai satu cabaran hidup. pada hari sabtu lepas kami cuba mencari sparepart untuk diganti pada hujung minggu, usaha abang yang tak pernah jemu menemui jalan buntu. kami perlu bercuti kecemasan untuk menguruskan hal tersebut, namun Allah masih memudahkan jalannya, MGT pula jadi pilihan dan taruhan kami, semoga kehadiranmu sebati dengan kami sekeluarga. selamat datang! apapun syabas aku ucapkan kepada HWD yang mengemudi perjalanan kami selama ini tanpa sebarang cacat cela. baktimu kukenang dan abadi dalam blog ini, tarikh keramat 7.5.2013 hingga 5.10.2015. jumpa lagi sayang!
Saturday, October 3, 2015
MAJLIS BAHAGIA SYAM DAN SYAFIQA
tengah hari tadi, usai menghantar cek dan ayah ke rumah Nor kami bergegas ke MAB untuk memenuhi undangan walimatul urus Sham dan Syafiqa. maaflah yang saya kenal hanya pengantin lelaki sahaja. sham bekas rakan sekerja di Nuri Therapi. selamat pengantin baru buat kalian berdua dan semoga kekal sampai ke jannah. amin! jam 1.30 kami sedang enak menjamu selera dalam cafeteria yang berhawa dingin itu. hidangan tersedia Alhamdulillah sangat menyelerakan. antara menu yang ada nasi beriani, ayam masak merah, rendang minang dan air longan. yang paling saya suka sebab ada kek cokelat yang didatangkan khas dari Safa Bakery. hamper sepinggan saya makan. wah!! banyak tuuuuuu!! terima kasih banyak-banyak Sham
Subscribe to:
Comments (Atom)