Monday, July 20, 2015

Duhai Ayah Teruslah Bersama Kami

kenapa sambutan aidilfitri kali ini dirasakan amat berlainan sekali. pilu hatiku saat menjejakkan kaki bersama suami dan Adam sekitar jam 1.30 pagi 17 Julai 2015 (jumaat) di kehiningan pagi syawal. sambutan dari cek tiada yang kurasa kurang, namun sendu suara ayah membuatkan aku tersentak seketika. ayah tidak sihat lantaran penyakit kencing manis yang dihidapinya semakin menjadi teruk. keadaan ayah yang beratnya menurun sehingga KG43 amat membimbangkanku. aku diruntun hiba. lemahnya bicara ayah. menggeltarnya suara ayah. terketar-ketar setiap kali ayah cuba melafazkan kata. cek cuba bernada gembira, menyambut aku dengan ketupat dan tapai yang dihasilkan meskipun tidak juga begitu sihat. terima kasih cek kerana menyediakan juadah buat kami sekeluarga di bulan syawal ini.
di pagi raya, sekali lagi aku dilanda resah, ayah tidak bersama menyertai kami ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri seperti selalunya. keadaan ayah sungguh lemah. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat ayahku. berilah peluang kepada kami anak-anaknya menabur bakti sepuas-puasnya seperti mana di menjaga aku di waktu kecil dan masa  sukar.
raya kali ini sangat bersederhana saja sambutannya. tambahan pula aku dan suami tidak bercuti panjang. pada hari ketiga kami telah kembali ke Kuala Lumpur meneruskan pekerjaan seperti biasa. Alfatihah untuk cek dan ayah. semoga ayah bertambah pulih. amin! "luahan yang menyentuh rasa kerana aku masih lagi menitiskan airmata saat entrie ini dilayangkan."

Saturday, July 18, 2015

Titipan Buat Suami abah pada permata hati

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

Tuesday, July 14, 2015

SALAM AKHIR RAMADHAN


antara bait lagu famous Maher Zain yang masih segar di ingatan. "ramadhan.  ramadhan . kumohon jangan pergi. namun inilah janji Allah bahawa setiap yang datang akan pergi. setiap yang bertemu pasti berpisah. inilah yang dinamakan hukum alam. semoga masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi wahai bulan rahmat yang menyamai seribu bulan.
Aku lihat RAMADHAN seperti kejauhan...
Lalu kusapa ia...
"Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, JAUH & LAMA.
Ramadhan berbicara lagi, "Tolong sampaikan pesanku untuk semua orang MUKMIN:
"Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, dakap eratlah ISTIQOMAH saat ia kepenatan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah sekuat2nya pada TAWADHU saat kesombongan menyerang dari pelbagai hala, mintalah nasihat QUR'AN & SUNNAH di setiap masalah yang dihadapi...
Sampaikan juga salam & terima kasihku untuk para mukmin kerana telah menyambutku dengan kesyukuran dan sukacita dapat mengumpul ganjaran berganda dan melepas kepergianku dengan pilu dan derai air mata...
Semoga Allah menerima segala amalan kalian...
Kelak akan kutunggu dgn setia dan kusambut di SYURGA dari pintu AR RAYAN..."
...
Sahabat2 yg dicintai sekelian, selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir RAMADHAN...
Masih ada beberapa hari lagi sebelum RAMADHAN pergi...
Doaku buat semua yg dikasihi:
"Ya ALLAH, andai di hari ini ada diantara hamba2-Mu yang akan Engkau angkat darjatnya, akan Engkau ampuni dosa2nya, akan Engkau lapangkan rizkinya, akan Engkau muliakan keturunannya, akan Engkau indahkan akhlaknya, akan Engkau berkati segala hartanya dan akan Engkau lepaskan dari semua kesulitannya terutama dari bakaran api neraka...
Maka dengan izinMu yg Maha Pemurah, Maha Mengasihani dan Maha Mulia, jadikanlah daku dan seluruh ahli keluargaku dan juga sahabat2ku yg sdg membaca ini beserta keluarganya sebaik2 hambaMu yg memperolehinya...
Aamiin....

Friday, July 10, 2015

SCANNER CANON 3 IN 1

ha! ha! dah lama sangat saya berhajat nak dapatkan benda ni. sekarang, susah sekali nak cari cyber kafe yang mana pekerja kaunternya boleh melakukan kerja IT. kebanyakkan yang menjaganya adalah mat bangla yang langsung tak tahu apa. ada yang langsung buka cyber kafe atas kapasiti gaming. so, susahlah bagi saya yang betul-betul mencari cyber kafe untuk keperluan mengisi borang dan printing. pernah saya dan abang berjalan kaki sejauh 2 kilometer namun tidak Nampak bayangnya. pernah juga kami meronda dengan motorsikal di sekitar brickfields dan Bangi. namun kehampaan yang kami dapat. syabas bang! setelah berbincang ke Low Yat plaza lah jawapannya. namun kami sudah berlepas pulang sebelum sempat berlakunya insiden pergaduhan antara cina dan melayu. harganya RM190.00

Tempat Kerja Baru

tanggal 1 Julai 2015 maka bergelarlah aku sebagai seorang penjawat awam. mana taknya genap 9 tahun aku menunggu tanpa sebarang pekerjaan tetap. jika sebelum ini, aku hanyalah seorang juru urut secara sepenuh masa. syukur ke hadrat ilahi, kerana untaian doaku telah dimakbulkan. terima kasih pada semua yang menyokong dan menyaksikan jatuh bangunnya aku di pentas duniwi. tak lain tak bukan, cek dan ayah, adik-beradik, suami dan permata hati, guru-guru, serta sahabat dan rakan. terima kasih pada kalian semua. semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat. amin.
pada hari terakhir kursus di PLPP Bangi, KP telah menanugerahkan watikah penempatan kami semua. sangat malang bagiku kerana tidak mendapat tempat yang sesuai dengan keupayaanku. namun duka itu segera berlalu, setelah suami mengusahakan yang terbaik buatku. kami ke Putrajaya, aras 16, menara KPKWM, lalu bertemu dengan pegawai bertugas en. W dan proses pertukaran segera dilaksana. aku telah ditempatkan di ibu pejabat negeri Selangor. sehingga kini aku masih samar kerana belum ada bahagian khusus. skop kerja pun masih lagi belum diberikan. hamper 3 minggu, aku masih belajara dan belajar mengenai apa saja berkaitan dengan jabatan tempatku bertugas.

Friday, July 3, 2015

NIKMAT ALLAH MAHA LUAS PADA YANG ISTIQAMAH


memang sudah jadi kegemaranku untuk berkongsi apa saja yang kurasakan boleh mendatangkan manfaat tidak kiralah ia suatu yang baru atau sudah pernah diketahui. sungguh besar rahmat Allah kepada para hambanya yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh, mendirikan solat sunat Dhuha dan mengalunkan surah Al-waqiah setiap hari. semoga rahmat Allah tetap terlimpah buat kita ... amin...
pada siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangon nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap n muhasabah sesamer .. takde ruginya..in shaa Allah..


Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian.


Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
"ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"


Dia menjawabkan,
"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".
Ohhh, "jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati "ada byk mazhab ke dia ni?".
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku..."
"maaf ustaz".
Aku cakap dekat dia,
"dua dua mazhab lah ustaz".


Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"
Aku senyap.
"kenapa ustaz?"
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah!


Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata "dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".
Aku tersentak.


Dia berkata lagi
"orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".
Allahuakbar.


Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh...


Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.


Dia kata lagi
"orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.


Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam  nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.


Dia kata lagi
"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"


"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?


"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.


Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasakan,,,ya Allah!!!!! Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lpas subuh,,

👆 jangan tidur lepas subuh....fikir fikirkanlah. Peringatn utk diri sndiri juga...

Wednesday, July 1, 2015

KURSUS PENGENALAN JABATAN

seawall jam 8.20 pagi, tibalah aku dan abang di PLPP bangi. almaklumlah jaraknya tersangatlah dekat. tepat-tepat 10 minit, selesai bergambar sebagai tanda kenangan, proses pendaftaran telah dijalankan. herm, first time hadir kursus anjuran kerajaan nervous jugalah. pelbagai dokumen perlu dilengkapkan. urusetia: saya tolong chek in kan bilik dulu. saya: ok terima kasih atas bantuan. urusetia: nanti saya akan cari kawan yang boleh bantu awak di bilik dan sepanjang kursus. saya: baiklah. lega urusantelah dipermudahkan. sebaik mendapat kunci bilik segera abang menghantarrku ke sana. satu suara menyapaku. sebelum kukenali: kita sebilik ... 203. saya: ya ke. siap memperkenalkan diri lagi. sebelum kukenali: nama saya Aida. mari saya tolong akak. ya Allah, sungguh Kau maha mengetahui. dihulurkan tangan untuk memimpinku di sini. sepanjang kursus aku kekal bersamanya. termasuklah berbuka puasa, sahur mandi dan solat. turut sudi mendekati aku ialah Linda. semoga persahabatan yang terjalin berpanjangan hendaknya. tidak sekali pun kami culas. 3 hari kami seramai 105 orang perlu menginap.