abang ambil cuti hari ni. nak buat persiapan sebab surat tawaran telah tiba. mula, kami sarapan di kedai mak Su Piah Man Coner, bangunan Mutiara Bangsar. macam biasa menu aku nasi lemak, sambal kerang dan ikan bilis. abang pula lontong. selepas tu kami ke klinik kesihatan Tang Ling di jalan Cenderasari. urusan di sini yang agak lamanya. selepas register, kami ke klinik gigi terlebih dulu untuk buat pemeriksaan. nurse di situ sangat peramah dan tak henti-henti mengucapkan tahniah. maklumlah aku ni dah menginjak 3 siri baru terhegeh-hegeh nak dapat kerja. otak pun dah semakin tepu lainlah kalau dapat after graduate. semangat berkobar-kobar dan hati masih membara. minda pada masa tu pun masih lagi fresh. nak buat macam mana rezeki dah ditakdirkan begini. hendak tak hendak kenalah redha.
pemeriksaan seterusnya adalah tinggi dan berat. kemudian tekanan darah. diikuti ujian air kencing dah ujian darah. bahagian visual aku terlepas kerana memang sedia mengalami masalah penglihatan. tak pasal-pasal kena buat ujian PSP sekali. aku nervous sebenarnya. mujur ada abang. dia banyak bagi moral support. tibalah masa untuk berjumpa doctor for final result. jeng jeng jeng aku tak lepas kat sini. kata beliau kadar protein agak tinggi. dia minta kami buat semula. untuk menenangkan keadaan, kami keluar minum di kafe berhampiran.segelas milo ais, segelas the ais dan 1 botol kecil air mineral berharga RM7.20. betul ke!! macam tak percaya kan. tapi sebab dah minum maka bayar aje lah. setelah berbuat kali kedua, ia masih lagi sama. namun aku bersyukur kerana ia tidak menggugat maklumat kesihatan yang perlu diserahkan. namun demikian aku diminta untuk membuat rawatan susulan. di kompleks pertama, tingkat 12 kami bertemu pesuruhjaya sumpah bagi mengemukakan akuan bersumpah. ke BSN dan bank Islam untuk urusan perbankan. di medan MARA ramainya orang termasuklah para VIP. rupanya ada fiesta harum manis. patutlah kerabat diraja Perlis pun ada mencemar duli sekali. agenda seterusnya ke butik Avon. husband merupakan dealer yang boleh dikatakan aktif walaupun secara kecil-kecilan. kemudian dalam hujan renyai, kami ke PKMD Ulu Langat untuk urusan temu janji.
selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Wednesday, May 20, 2015
Monday, May 11, 2015
BLIND ART MASSAGE CENTRE
seetelah menganggur beberapa hari maka keputusan perlu dibuat. ya. aku perlu terus bekerja. Blind Art Massage centre di pecan baru Sungai Besi tempat baru mencari rezeki. pusat urut ini diusahakan oleh cikgu Maridah dan cikgu Moira senior yang sudah jauh Berjaya. sesiapa yang berminat dan tinggal di kawasan berhampiran silalah berkunjung ke pusat ini yang telah pun 2 tahun beroperasi. segalanya kuserahkan pada Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah rezeki tetap ada. janji Allah itu pasti! lokasi kedai aras 1. berada di antara bangunan BSN dan KFc. di bawahnya kedai serbaneka 2 ringgit. harap-harap faham dengan penjelasan saya ni. selamat berkunjung!
Wednesday, May 6, 2015
AWAL VS AKHIR DI NURI
ini adalah fasa kedua aku bertugas sebagai juruurut di NWC. di hari mulia yaumul jumaah 15 Februari 2013. kujejaki lagi bandaraya KL diiringi suami, 2 putera dan harapan setinggi gunung. pengelaman menjadi tukang urut selama setahun antara jun 2008 hinggalah jun 2009 dan sepanjang tahun 2012, aku jadikan bekal mengharungi liku kerjaya ini sekali lagi. aku bersyukur dengan sedikit kemahiran dan minat yang ada, semakin mematangkan aku. sedaya upaya cuba menimba sebanyak mana ilmu yang dicurah dari sifu dan mempelajari pelbagai teknik bersesuaian untuk diaplikasi dalam rawatan. juga berkesempatan mengikuti kelas anatomi yang berfungsi mempertajamkan kemahiran sedia ada. terima kasih sifu.
setelah 2 tahun 3 bulan, takdir telah merubah segalanya. sekembalinya dari cuti sempena hari pekerja yang aku apply sehingga 5 Mei, seakan ia dinafikan. terasa diri ini dihiris dek kata-kata dan fitnah yang dilontar. herm ... bisanya lidah manusia ni. boleh membunuh. itulah yang aku tafsirkan. tumpah jua airmata yang kusekat sekian lama demi mempertahankan karier. maka dengan rendah hati tunduklah aku pada perancangan Allah. berundurlah aku dengan tragis. percaya dengan rezeki Allah, kuteruskan pekerjaan seperti biasa. cuma tempat yang berbeza. next time aku cerita. tungguuuuu!

Tuesday, May 5, 2015
SURAT TAWARAN SPA
debaran semakin bertapak hebat di dada. setelah 2 minggu surat masih belum tiba. hari-hari kerja abang membersihkan peti surat. abang: katalog avon, cosway, giant, dan lain-lain surat adalah. saya: tu lah biasanya 2 minggu dari tarikh makluman. akhirnya kami redha, pulang ke kampong penuh dengan tanda Tanya. sekembalinya ke KL, abang terus bekerja. sementara aku masih menyambung cuti. abang: ayang tengok ni. ayang: apa tu bang. sepulang suami dari tempat kerja. ayang: surat ke. tangan tersentuh apa yang sedang dipegang abang. abang: tengok sampul pun dah koyak-rabak. ayang: kenapa? abang: postor paksa tolak masuk dalam peti surat lah ni. ayang: tak apa lah. yang koyak cuma sampul je. isinya masih elok kan. abang: ya betul surat tawaran dari SPA. ayang: syukur Alhamdulillah.
Saturday, April 25, 2015
REVIEW PILOT CAFE
Ni kisah imbas kembali aku ya. Novel Pilot Café ditulis oleh novelis yang menempati ruang istimewa hatiku. Zuraidah Othman dan Ahadiat Akashah sememangnya gabungan mantap dan meletup. Memandangkan ia novel perkongsian maka seingatku novel ini dibeli juga hasil perkongsian aku dengan Zarina rakan pendengar tegar novel time semasa di sekolah dulu. Pembacanya kalau tak silap aku ialah Siti Hafizah dan Alyaa’. Terbitannya sekitar tahun 1999. Hak miliknya Zarina amanahkan kepadaku. Betul-betul memang aku suka jalan ceritanya dan sentiasa berangan untuk makan dan minum di café mewah lagi eksklusif “Pilot Cafe” tuuuu. Tak semena-mena aku nak review pasal cerita ni. Sila perhatikan di bawah
Petikan ayat dari novel Pilot Cafe
DI PILOT CAFE SATU LEMBARAN CINTA TELAH BERPUTIK
kehidupan ini bermula di mana-mana...
tak menentu indah ataupun gundah
bila MAYA kehilangan jantung hatinya...
dia bertemu AMEER...
lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE...
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA
belajar untuk menolak cinta yang suci.
bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang
sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula
insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini..
tidak berakhir di situ, novel ini telah diadaptasi sebagai filem pula dan telah pun ditayangkan pada tahun 2015. mengisahkan seorang pilot bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kehenseman yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya! Ameer seorang yang playboy dan kaki perempuan.
Sharmila (Neelofa) gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya.
Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Datuk Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin.
Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya. Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe.
Siapa sangka di Pilot Cafe itu, Ameer bakal menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah) seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid. Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak.
Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur.
Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati.
Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya.
Bagaimanakah hubungan Ameer dan Maya selepas anak itu dilahirkan? Adakah mereka kembali erat dan mencipta perasaan istimewa? Benarkah tidak sedikitpun rasa cinta Maya terhadap Ameer? Jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Bagaimana pula dengan Sharmila? Adakah benar anak dikandung Sharmila merupakan anak Ameer?
Kutonton filem ini menerusi laman sesawang gangtube kalau aku tak silap lah. Di malam hari di suatu hujung minggu. Memang power lakonan Neelofa kat dalam tu. Aku suka sangat! Di bawah ni aku sertakan lirik OST filem sebagai ending.
Lirik Lagu Hafiz Feat Adira (OST Pilot Cafe) - Untuk Cinta
-Hafiz
Kau tunjuk kan aku
Yang memangnya tak pernah tahu
Erti sebenarnya cinta dari jiwa
Bukan hanya dari mata
-Adira
kau ajar hati ku
kasih setulus seikhlas nya
Tak pernah mengalah
Walau kan terpisah
Sedikit pun tak berubah
-Hafiz&Adira
Namun
Tak kan menjadi miliki ku
Cinta bukan tercipta untuk ku
-Hafiz
Tolong jaga lah diri nya buat diri ku
Jangan biar luka lagi hati nya
Yang amat ku cinta
Yang milik engkau saja
Biar ku simpan semua kasih dan cinta
Akan ku pendam kan sepanjang nyawa
Hingga tiba masa
Untuk aku bercinta semula....
-Hafiz&Adira
Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi (ku kan pergi) bawa diri (bawa diri)
Yang telah rela (yang telah rela)
Dan mengerti (ohhhh)
Dan disini saja
Berakhir nya sebuah kisah
Cinta bertepuk sebelah
Terpaksalah... Ku terima tentuan nya
Ohhh...
kredit lirik: Astro Gempak@youtube
Wednesday, April 8, 2015
DEMAM
assalamualaikum. entah kenapa semenjak sebulan lalu aku diberi ujian demam yang berpanjangan. mungkinkah kerana aku stress atau terlalu banyak fikir sehingga menjejas kesihatan. beberapa hari terpaksa mengambil cuti kerana tidak mampu bekerja seperti biasa. suhu badan tidaklah naik mendadak cuma sakit kepala yang sangat berat. berdenyut-denyut dan berpusing-pusing seolah ingin terbalik ku dibuatnya. setelah memakan ubat dari famasi keadaan tetap tidak pulih. kali ni aku nekad ke klinik dr. Rohaya di level G medan MARA. Masyaallah ramainya orang, getusku. nak tak nak hamper 2 jam menunggu barulah dapat berjumpa dr Roziah. setelah dibekalkan beberapa jenis ubat maka kembalilah aku ke tempat kerja ditemani Syahrul. pada keesokkannya sekali lagi aku ambil cuti. badan terasa lemah dan berat sekali. sehingga petang aku hanya berbaring.
jam 5.30 petang kugagahkan diri memeriksa IPhone. mula-mula seperti biasa FB dan whatsapp jadi focus. selepas itu aku periksa apa saja application yang ada notifikasi baru. gmail. segera kubuka. tertera email dari "pengambilan" seperti lazim diterima ketika suatu panggilan temuduga dari SPA. hati berdebar kencang. apakah aku akan gagal atau sebaliknya. bukankah keputusan sepatutnya keluar pada minggu hadapan. apa sudah jadi. kenapa kali ini awal. sedangkan kebiasaannya akan tertunda. dengan menggeltar aku cuba membaca baris demi baris. perkara: keputusan temuduga. tahniah anda Berjaya. aku menangis semahunya dan tak kisah akan IPhone lagi. penantianku selama 9 tahun akhirnya terlerai. Allah punya perancangan. aku hambaNya kena tawadhuk. seolah-olah beratnya beban yang kutanggung sebelum ini pergi jauh meninggalkanku. berat perasaan yang kukendong sekian lama terlepas dari pegangan. syukur. syukur.syukur. Dia maha merencana perubahan dengan hanya sekelip mata. takberlengah terus hubungi abang dengan airmata berjuraian di pipi. abang pada mulanya terkejut kerana aku sendirian dalam keadaan tidak sihat di rumah. sebaik dikhabarkan, abang hamper menangis sama. setibanya abang di rumah diriku terurai dalam pelukkannya. lama kami saling meluahperasaan. segera dalam fikiran, cek dan ayah di kampong dan Nor. kukhabari mereka dalam sebak. sambutan mereka juga dalam hiba. semua menangis atas anugerah ilahi. malamnya pula ke rumah emak dan abah. menemui orang-orang yang wajib diberitahu. terima kasih pada semua yang tak pernah berhenti mengutus doa untuk diri ini. semoga sejahtera di dunia dan akhirat dan jannah tempatnya. amin! dari hatiku yang paling dalam.

Monday, March 2, 2015
SOALAN TEMUDUGA
saje lah nak sharing pada semua soalan yang ditanya oleh SPA dan JKM semasa saya ditemuduga baru-baru ni. soalannya memanglah tak beraaa susah. namun jika kita ni kuran pandai berkomunikasi di samping persiapan yang tak berapa nak rapi tu memang haru-birulah jadinya. tambahan perasaan kita yang mudah panic dan menggelabah secara total akan mengganggu prestasi pada masa tu. saya usah cakap lah. walau dah berkali-kali hadir temuduga tetap nervous. inilah masalah besar bagi saya. semoga ia menjadi panduan pada next betch.
--sila perkenalkan diri?
--apakah cara bagi penjawat awam meningkatkan prestasi bagi mencapai kepuasan pelanggan?
--bagaimanakah seseorang pekerja kebajikan itu tahu yang pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima?
--sekiranya ada paparan melalui media massa mengenai seorang warga emas sebatang kara di suatu kampung. apakah respon dan tindakkan sebagai pegawai JKM?
--mengapakah OKU perlu didaftarkan?
--sejauh manakah aspirasi kerajaan dalam memelihara hak-hak OKU?
--apakah tugas sebagai seorang penolong pegawai pembangunan masyarakat?
--sebagai seorang pekerja kebajikan masyarakat apakah cara atau teknik yang bersesuaian digunakan bagi berhadapan dengan kepelbagaian latar-belakang masyarakat dalam erti kata menyampaikan perkhidmatan?
bagaimana .. .. .. mencabar tak soalan-soalan tersebut. berdebarlah hati sementara tunggu result. good lucks untuk semua calon.

Subscribe to:
Comments (Atom)