selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Wednesday, September 30, 2015
PUTERA SULUNG SAHABAT
assalamualaikum. syukur dan Alhamdulillah dan tahniah saya garapkan kepada sahabatku Rosni dan suami yang selamat menerima cahaya mata pertama mereka lewat pagi tadi. putera lelaki seberat KG2.8 telah dilahirkan di hospital Putrajaya. keceriaan suaramu menggamatkan suasana. semoga kebahagiaan terus bertambah di kehidupanmu sekeluarga. amin! Insyaallah jika ada kesempatan saya akan melawatmu di rumah nanti.
Monday, September 21, 2015
SIRI KENANGAN TAIPING
assalamualaikum. hari ni last day masuk office sebelum bercuti sempena sambutan aidil adha. menyebut tentang aidil adha suka saya memperingatkan semua supaya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan sekalian Jemaah haji di Makkatul Mukarramah. semoga mereka dapat melakukan ibadah dengan sempurna dan hajinya diterima sebagai haji mabrur. amin! bagi mereka yang pulang ke kampung halaman pula semoga perjalanan pulang dan kembali ke tempat tugas berjalan dengan lancer dan di bawah lindungan ilahi. amin!
yang ingin dikisahkan di sini ialah mengenai satu tempat di Malaysia yang punyai sejarah tersendiri buat diri ini. Taiping oh Taiping! kau telah mencipta episode kenangan dalam hidupku. seingat saya kali pertama ke tempat ni adalah ketika darjah 5. masa tu saya menjadi atlit Johor sempena sukan OKU MSSM. kami menginap di salah sebuah sekolah menengah yang terdapat di sana. namanya saya mungkin telah lupa dan kalau tak silap ialah Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah. kali kedua pula pada 2009 setelah 2 minggu saya bergelah seorang isteri. saya dan abang ke majlis perkahwinan kak N dan abang K. simboliknya kami ke sana pada masa tu adalah dengan menunggang motorsikal aje. dah itu kenderaan yang kami punya semasa tu. saya hanya berserah pada Allah semata-mata. perjalanan kami selamat bermula jam 7.00 pagi dan tiba di rumah pada jam 7.00 malam. syukur Alhamdulillah. beberapa kali juga kami perlu berhenti di sepanjang perjalanan. dapatlah kuselami pengorbanan suami yang berulang-alik KL Penang sebelum menikahiku. kali ketiga pula bertemu rakan senasib dengan ku iaitu Isna. masa tu kalau tak salah perkiraan ialah pada cuti tahun baru cina tahun 2013. nah kali keempat pula demi menjalankan tugas iaitu pada 19-21 September 2015.
kali ni program tersebut diadakan di Taiping Golf Resort, RSK dan Zoo taiping. pada kehadiran ni saya dapat mengenali pentingnya pengorbanan seorang teman. thanks Isna atas kesudian menghulur bantuan pada saat-saat memerlukan. terima kasih juga pada rakan sekerja iaitu KZ, kak N, kak H, dan L yang banyak bantu diri ini di sepanjang program. semoga kalian sejahtera dunia dan akhirat. amin! rupanya ada kejutan buatku. aku telah bertemu dengan pn. M ataupun Jun yang telah pun sukses sebagai kaunselor. resah sungguh hati ni bila mengingatkan zaman belajar di UM dahulu. terima kasih Jun kerana masih menganggap diri ini sebagai kawan meskipun 9 tahun tidak bersua. Jun adalah antara rakan setingkat yang rapat dengan kami mahasiswa OKU pada masa tu. saya percaya di mana-mana Allah telah menghadirkan insan terbaik untuk membantu hambaNya yang tidak sempurna zahir dan batin ni. sepulang ke pejabat hati ini tetap yakin bahawa Allah sedang mengaturkan yang terbaik untukku. Ya Rabbi permudahkanlah jalan hidupku ini.! sekian. jumpa lagi
Thursday, September 17, 2015
SEMERAH RED VELVET
buat reader sekalian. kali ni saya nak tulis mengenai sinopsis satu lagi novel yang telah saya beli. tapi belum habis baca lagi tau. huhu. semoga dapat menarik minat anda semua untuk memiliki novel seperti tajuk di atas. ia merupakan karya Hezzy Azra, terbitan Karang Kraf pada 30 Ogos 2013. kalau tengok pada kulit memang menarik jalan ceritanya. harga pun boleh tahan iaitu RM21.00. Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut. Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya. Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda. Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka? segeralah mencarinya samaada online mahupun of line. tata titi tutu! selamat membaca!
MAKNA BACAAN SOLAT
assalamualaikum semua. harap sudi luangkan masa untukmembaca post kali ni. ia sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. amalan solat tiang agama umat islam. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.
Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Semoga bermanafaat utk semua.termasuk DIRIKU😊
NOMBOR DAN AYAT
assalamualaikum semua. dah seminggu lebih ya tak update blog ni. tak apalah ni sharing saya bagi untuk semua. sudi-sudilah baca!Satu fikiran yg agak menarik....
🔺jika:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
bersamaan dengan:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
🔻maka, NYA
🔹H+A+R+D+W+O+R+K;
8+1+18+4+23+15+18+11=98%
🔹K+N+O+W+L+E+D+G+E;
11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%
🔹L+O+V+E;
12+15+22+5 = 54%
🔹L+U+C+K ;
12+21+3+11 = 47%
🔸Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?
🔸Wang? NO!
🔹M+O+N+E+Y= 13+15+14+5+25=72%
🔸Leadership? NO!
🔹L+E+A+D+E+R+S+H+I+P= 12+5+1+4+5+18+19+8+9+16=97%
🔸Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah "ATTITUDE"... (sikap ) kita.
🔹A+T+T+I+T+U+D+E ;
1+20+20+9+20+21+4+5 = 💯%
Oleh with ATTITUDE👍 kita terhadap kehidupan & pekerjaanlah yang membuat kita 💯%Successful.
🔰
👍menakjubkan Mathematics🔣🔢
Akan tetapi..
❤ SAYANG ALLAH
19+1+25+1+14+7 1+12+12+1+8 = 101%
Mengatasi semuanya 😊.
Tuesday, September 15, 2015
GAJI PERTAMA TABLET PERMATA HATI
pagi-pagi tiba di pejabat rakan sekerja menyapa. puan Z: dah tengok E penyata? saya: belum lagi. puan Z: tapi dah tahu ke bila dapat gaji pertama tu? saya: admin kata 17 September ni. dek kerana JAWS yang meragam subuh-subuh hari puan I telah membantu saya membuat regeistration. Alhamdulillah! berbaloi. berpinar kejap kepala ni tengok angka gaji tu. seronok, bersyukur dan rasa tak terluah bercampur-baur menjadi satu. tapi dalam hati ni dah mencongak itu dan ini. nazar seekor kambing putih cek akan uruskan menjelang aidil adha nanti. tablet permata hati! itulah yang menjadi target. survey punya survey kami akan dapatkannya di BBB saja. sungguhpun bukanlah berjenama harapan ku mereka menyukainya. terima kasih kat abang juga sebab tak jemu-jemu buat survey. Insya Allah apa yang kamu mahukan ummi dan abah berusaha tunaikan. semoga kamu jadi kebanggan ummi di dunia dan akhirat. amin!
Monday, September 14, 2015
BETTLE OF THE BAND OKU PENGLIHATAN 2015
hai semua. jumpa lagi kita buat sekian kali ya. entri ni sebenarnya dah terlepas tarikh nak diblogkan. bukan apa. saya tak tahu macam mana nak tulis dan macam mana nak digambarkan perasaan saya ketika itu. pada malam 12.09.2015 telah dianjurkan acara berkenaan di perkarangan kompleks MAB. saya hanya penonton saja. tidak terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan program. bahkan inila pertama kali saya dapat menyaksikan pertandingan tersebut secara life. program turut mendapat kerjasama PETRONITA, DBKL dan fakulti Komunikasi massa UITM Shah Alam. ia juga dipancar secara life streaming di Amboi FM radio milik OKU penglihatan sepenuhnya. Caliph Buskers antara undangan bagi menyempurnakan pertandingan. begitu juga dato' Mokhzani dari Orkestra RTM. jika ada kesilapan saya dalam menulis entri ini boleh perbetulkan di ruangan komen. terdapat 6 kumpulan yang telah berentap untuk merebut kejuaraan. kumpulan tersebut ialah Setapak Generation, Eksperimental, Chocolate Chip, Recover Band, Setapak Cinneer dn De ilitz. masing-masing telah memberikan impak persembahan yang sungguh luar biasa. sungguhpun demikian masih terdapat banyak lagi elimen yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan mutut persembahan ke tahap paling maksima. tahniah kepada yang menjadi juara iaitu kumpulan Recover Band di samping dapat mengekalkan kejuaraan 2 kali berturut-turut. saya juga ada memuat turun MP3 dari blog cikguazhar.blogspot untuk simpanan peribadi. sekali lagi ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjalankan program berprestej ini. jumpalagi next year.
Subscribe to:
Comments (Atom)