Tuesday, July 21, 2015

Peringatan Untuk Isteri


Sekada perkongsian;;Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
 
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
 
Menantu: Aku isteri Ismail.
 
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
 
Menantu: Dia pergi berburu.
 
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
 
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
 
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
 
Menantu: Ya, baiklah.
 
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
 
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
 
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
 
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
 
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
 
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
 
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
 
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
 
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
 
Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
 
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
 
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
 
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
 
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
 
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
 
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
 
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
 
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
 
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
 
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.
 
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
 
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
 Nabi Ismail: Apa katanya?
 
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
 
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
 
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum. 
 
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
   
Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
 
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
 
Isteri: Alhamdulillah, syukur.
 
Kesimpulannya:-
1-Menjadi kewajipan isteri tidak menceritakan keaiban rumahtangga kpd org luar walaupun kpd keluarganya sendiri (bapa mertuanya).
2-Isteri hendaklah bersyukur dan menerima kemampuan suami seadanya.
3-Mulut adalah kelemahan wanita. Wanita mestilah berhati-hati & menjaganya dengan baik.
 
**Wallahualam**
 
##Salin dan kongsikan kpd rakan-rakan anda. Semoga isteri-isteri rakan anda tergolong di dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga Jannah.Amiin## Ya ALLAH.. Kau berikanlah isteri yg baik untuk Ku & Dan juga kepada sahabat2ku yg lain juga.. Amin Robbal'Allamin

 


 

 

Monday, July 20, 2015

Insaf! Kemaafan Ibubapa Tidik Kebahagiaan Buat Anak

berbahagialah bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa kerana doa ibubapa adalah mustajab. celakalah bagi mereka yang menderhaka kepada ibubapa kerana doa mereka sangat mustajab. suatu kisah benar yang wajar dijadikan iktibar.
Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.
Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.
Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"
Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.
Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. Kami banyak buat salah pada ayah". Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.
-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik.
Karyawan Bisu

Trowback Syawal 2015

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. biar pun telah beranjak ke angka 4 Syawal 1436 Hijrah, masih belum terlambat untuk melafazkan ucapan salam kemenangan dan salam menyambut hari raya aidilfitri dari saya sekeluarga. tahun ni kami hanya berhari raya di Kelantan saja.
Syawalmu dan syawalku berbeza.
Selamat Hari Raya wahai Ghazzah!
Di saat Syawal menjelang tiba,
Langsir perlu ditukar,
sedang mereka sudah ketiadaan tingkap.
Baju baru mesti beli,
sedang baju mereka berlumuran darah.
Kasut baru dua pasang,
sedang mereka hancur kakinya.
Kaum wanita berbaju kurung dan kebarung,
sedang wanita mereka tidur siap bertudung,
agar tertutup aurat ketika jasad ditemui.
Duit raya paling best,
sedang mereka beberapa bulan tidak bergaji.
Takbir raya paling syahdu,
sedang takbir mereka untuk para Syuhada.
Famili ramai berkumpul dalam suasana gembira,
sedang mereka, di mana famili mereka?
Bunga api dan mercun di malam hari,
sedang mereka dihujani bom dan roket
sepanjang hari.
Kita mencium tangan ayah dan ibu,
sedang mereka mengucup dahi ibubapa
yang sudah tidak bernyawa.
Si kecil manja diusik dan dibelai,
sedang si kecil mereka kini sebatang kara
Saling berpelukan bermaafan antara kita,
sedang mereka berpelukan dalam kepiluan
Jiran tetangga dijemput makan,
sedang mereka berjiran dengan runtuhan batu-batan.
Ramai yang menziarahi pusara mereka yang telah pergi,
sedang kubur mereka bertali arus dengan jenazah dari hospital.
Wahai bumi Ghazzah yang dimuliakan!
Wahai butiran-butiran pasir yang diberkati!
Wahai dedaunan Zaitun yang menghiasi Bait Lahiya, Jabaliyah dan Rafah!
Wahai angin yang membawa suara esak tangis dan kepiluan mencengkam kalbu!
Dari renungan tajam penuh makna si anak yatim
dari lelehan darah calon ahli Syurga
dari angin sepoi bahasa yang menyapa khemah-khemah pelarian
dari pengharapan dan penantian yang tidak kunjung tiba …
Di hari raya ini,
suara kemanusiaan telah terbungkam
di sebalik lagu raya, ketupat dan rendang …
simpati dan kasihan bermusim cuma
dihitamkan dengan tayangan Hari Raya Pertama …
alunan takbir, tahlil dan tahmid
berbeza antara dua benua …
Hari Raya kali ini
begitu tidak bermakna sekali rasanya
ketika memikirkan
Hari raya kita,
Hari raya mereka!

Duhai Ayah Teruslah Bersama Kami

kenapa sambutan aidilfitri kali ini dirasakan amat berlainan sekali. pilu hatiku saat menjejakkan kaki bersama suami dan Adam sekitar jam 1.30 pagi 17 Julai 2015 (jumaat) di kehiningan pagi syawal. sambutan dari cek tiada yang kurasa kurang, namun sendu suara ayah membuatkan aku tersentak seketika. ayah tidak sihat lantaran penyakit kencing manis yang dihidapinya semakin menjadi teruk. keadaan ayah yang beratnya menurun sehingga KG43 amat membimbangkanku. aku diruntun hiba. lemahnya bicara ayah. menggeltarnya suara ayah. terketar-ketar setiap kali ayah cuba melafazkan kata. cek cuba bernada gembira, menyambut aku dengan ketupat dan tapai yang dihasilkan meskipun tidak juga begitu sihat. terima kasih cek kerana menyediakan juadah buat kami sekeluarga di bulan syawal ini.
di pagi raya, sekali lagi aku dilanda resah, ayah tidak bersama menyertai kami ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri seperti selalunya. keadaan ayah sungguh lemah. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat ayahku. berilah peluang kepada kami anak-anaknya menabur bakti sepuas-puasnya seperti mana di menjaga aku di waktu kecil dan masa  sukar.
raya kali ini sangat bersederhana saja sambutannya. tambahan pula aku dan suami tidak bercuti panjang. pada hari ketiga kami telah kembali ke Kuala Lumpur meneruskan pekerjaan seperti biasa. Alfatihah untuk cek dan ayah. semoga ayah bertambah pulih. amin! "luahan yang menyentuh rasa kerana aku masih lagi menitiskan airmata saat entrie ini dilayangkan."

Saturday, July 18, 2015

Titipan Buat Suami abah pada permata hati

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

Tuesday, July 14, 2015

SALAM AKHIR RAMADHAN


antara bait lagu famous Maher Zain yang masih segar di ingatan. "ramadhan.  ramadhan . kumohon jangan pergi. namun inilah janji Allah bahawa setiap yang datang akan pergi. setiap yang bertemu pasti berpisah. inilah yang dinamakan hukum alam. semoga masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi wahai bulan rahmat yang menyamai seribu bulan.
Aku lihat RAMADHAN seperti kejauhan...
Lalu kusapa ia...
"Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, JAUH & LAMA.
Ramadhan berbicara lagi, "Tolong sampaikan pesanku untuk semua orang MUKMIN:
"Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, dakap eratlah ISTIQOMAH saat ia kepenatan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah sekuat2nya pada TAWADHU saat kesombongan menyerang dari pelbagai hala, mintalah nasihat QUR'AN & SUNNAH di setiap masalah yang dihadapi...
Sampaikan juga salam & terima kasihku untuk para mukmin kerana telah menyambutku dengan kesyukuran dan sukacita dapat mengumpul ganjaran berganda dan melepas kepergianku dengan pilu dan derai air mata...
Semoga Allah menerima segala amalan kalian...
Kelak akan kutunggu dgn setia dan kusambut di SYURGA dari pintu AR RAYAN..."
...
Sahabat2 yg dicintai sekelian, selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir RAMADHAN...
Masih ada beberapa hari lagi sebelum RAMADHAN pergi...
Doaku buat semua yg dikasihi:
"Ya ALLAH, andai di hari ini ada diantara hamba2-Mu yang akan Engkau angkat darjatnya, akan Engkau ampuni dosa2nya, akan Engkau lapangkan rizkinya, akan Engkau muliakan keturunannya, akan Engkau indahkan akhlaknya, akan Engkau berkati segala hartanya dan akan Engkau lepaskan dari semua kesulitannya terutama dari bakaran api neraka...
Maka dengan izinMu yg Maha Pemurah, Maha Mengasihani dan Maha Mulia, jadikanlah daku dan seluruh ahli keluargaku dan juga sahabat2ku yg sdg membaca ini beserta keluarganya sebaik2 hambaMu yg memperolehinya...
Aamiin....

Friday, July 10, 2015

SCANNER CANON 3 IN 1

ha! ha! dah lama sangat saya berhajat nak dapatkan benda ni. sekarang, susah sekali nak cari cyber kafe yang mana pekerja kaunternya boleh melakukan kerja IT. kebanyakkan yang menjaganya adalah mat bangla yang langsung tak tahu apa. ada yang langsung buka cyber kafe atas kapasiti gaming. so, susahlah bagi saya yang betul-betul mencari cyber kafe untuk keperluan mengisi borang dan printing. pernah saya dan abang berjalan kaki sejauh 2 kilometer namun tidak Nampak bayangnya. pernah juga kami meronda dengan motorsikal di sekitar brickfields dan Bangi. namun kehampaan yang kami dapat. syabas bang! setelah berbincang ke Low Yat plaza lah jawapannya. namun kami sudah berlepas pulang sebelum sempat berlakunya insiden pergaduhan antara cina dan melayu. harganya RM190.00