Thursday, June 25, 2015

ROH TIDAK PULANG KE DUNIA


Ilmu masuk mencurah-curah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Begitu pun, fitnahnya juga tidak kurang hebat kerana sindrom “kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi” tanpa tapisan. Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadis dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.

 

Antara tazkirah media sosial yang sangat popular saat ini adalah tazkirah ajaib berkaitan kepulangan roh manusia pada bulan Ramadan. Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej ‘Kepulangan roh pada bulan Ramadan’ tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut. Mungkin ini berpunca daripada salah faham terhadap makna perkataan ‘roh’ dalam ayat keempat surah al-Qadar yang bermaksud: Pada malam itu, turun malaikat dan ‘roh’ (iaitu Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (rujuk al-Qadar: 4)

 

Roh dalam ayat ini bukan roh manusia seperti yang disangka, tetapi suatu gelaran kemuliaan kepada malaikat Jibril. Bukan sekali Jibril digelar ‘roh’ oleh al-Quran tetapi berkali-kali (al-Baqarah: 87 & 253, al-Ma’idah: 110, al-Nahl: 102, al-Syu’ara’: 192-193 dan al-Naba’: 38)

 

Selain itu, wajib diingat perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak daripada Allah. (rujuk al-Isra’: 85)

 

Sebarang bicara mengenai yang ghaib wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan hadis sahih. Tidak cukup sekadar berkata ‘ia ada disebut dalam kitab’ atau ia pernah dikongsi oleh Pak Ustaz dalam media sosial. Fahamilah disiplin ilmu Islam ditegaskan melalui surah al-Naml ayat 65.

 

Al-Quran menegaskan roh orang yang sudah mati terkurung di alam barzakh sehingga kiamat. Tidak boleh balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip ‘pahala-siswa’ pada bulan Ramadan atau malam Jumaat dan jauh sekali untuk pulang menjadi hantu membalas dendam. Akurlah kepada firman Allah ini pada surah al-Mu’minun ayat ke-99 hingga 100.

 

Malahan barzakh itu sendiri dalam takrifnya bermaksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia. (Tafsir al-Jalalayn)

 

Jika dikata yang bebas adalah roh manusia yang beriman. Apa dalilnya? Tambahan pula nikmat alam barzakh yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat daripada nikmat duniawi. Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa? Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik.

 

Jika dikatakan ada hadis sahih menyebut orang yang sudah mati masih mampu mendengar sebagaimana bicara Nabi SAW kepada bangkai kafir quraysh yang terbunuh selepas perang Badar (Sahih Muslim), maka fahamilah hadis itu dengan betul. Rasulullah SAW menyatakan mereka mampu mendengar dan bukannya mampu balik ke dunia selepas mati.

 

Jika dikatakan ada riwayat menyebut orang hidup bermimpi bertemu orang mati, perlu difahami ini juga bukan dalil roh si mati pulang ke dunia. Ini adalah pertemuan di suatu alam yang hanya Allah sahaja tahu. Sebahagian ulama menyebut ketika manusia tidur, Allah mempertemukan roh orang yang hidup dengan roh orang yang sudah mati di suatu alam bandingan yang dikenali sebagai ‘alam mithal’ dan bukannya roh si mati itu kembali ke dunia. Prinsip perbincangan mengenainya berpaksi pada ayat ke-42 surah al-Zumar.

 

Jika dikatakan ada sebuah hadis lemah menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadan, maka jawabnya hadis lemah tidak boleh menjadi hujah agama, apatah lagi untuk menyanggah ayat 99 dan 100 surah al-Mu’minun di atas.

 

Begitu pun, walau berjela diberikan hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang tiada disiplin ilmu Islam akan menyanggah dengan ayat `seribu guna’ mereka iaitu: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada bulan Ramadan atau malam Jumaat.”

 

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya: “Malam tadi saya didatangi Jibril as. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya dilantik sebagai nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad SAW.”

 

Menyanggah hukum

 

Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah ‘seribu guna’ saya: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas melantik saya sebagai Nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad.”

 

Inilah antara contoh ‘disiplin caca-marba’ dalam agama yang diguna pakai oleh sesetengah orang jahil. Memang Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan sunnatullah atau undang-undang-Nya yang tidak akan diubah. (rujuk al-Ahzab: 62)

 

Antara sunnatullah yang tidak akan berubah sampai kiamat adalah Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir. Juga roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.

 

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi ‘agama secukup rasa’ yang bergantung kepada penganutnya. Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya. Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.

 

Wallahualam...

Semoga mendapat Manfa'at dari perkongsian ini..

Wednesday, June 24, 2015

"BERDIRI BULU ROMA BILA MEMBACANYA"

""Ketika Allah 

menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"       

 

Allah menjawab:

"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?" 

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".       

 Malaikat menjawab dgn takjub,

"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". 

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"  

 Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."       

 "Untuk apa???", tanya malaikat.  

 Allah melanjutkan,

"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,

Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, 

menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,

Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,

Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, 

Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, 

Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. 

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,

Tapi dia mampu mengatasinya. 

Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.     

 Allah S.W.T berfirman:          

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

 Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,

 namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."      

    "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "     

     "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, 

dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."  

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya."   

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,

 tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."    

 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

 Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."  

 "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. 

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."     

     "CINTANYA TANPA SYARAT".

Allahuakbar... specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita. 👍😘

Tuesday, June 23, 2015

MUSLIMAH PEJUANG AGAMA

assalamualaikum ... baca dan fahamilah ... sebarkan dan amalkan ...
kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Saidaitina Khadijah RA.
Saidatina Khadijah sangat kaya tapi beliau amat terlalu mencintai Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri sehingga ketika hendak memejamkan mata meninggalkan dunia ini, tiada apa yang tinggal padanya melainkan baju yang bertampal. Kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampalan.
Ya Allah, Allah, Allah...
Begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, Khadijah menjawab, "saya belum berkorban lagi, sekiranya boleh, gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama." Ketika itu Allah menyampaikan salam kepadanya.
Seluruh diri dan hartanya untuk hidupkan Islam dan membantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Maka,
Wahai isteri..
Bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, "Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah."
Senyuman isteri di kala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.
Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat dari masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan beberapa tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan, menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia melayan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang menilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri,
Suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dengan dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.
Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat untuk kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas..malah tiada sofa empuk atau kerusi lembut..seperti rumah Nabi saw..rumah baginda kosong..tiada sedikitpun kesenangan..apatah lagi kemewahan.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang di belakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.
Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh mengganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu, tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha allah dan syurga..
~SIIRU ALA BAROKATILLAH~
Selamat Berjuang.
Selamat berpuasa.
Selamat berbuka puasa.

EMAIL: LAPOR DIRI

6 ramadhan 1436 hijrah. tit.tit. notification gmail di IPhone mengusik ketenangan. segera inbox kubuka. tertera email dari JKM "arahan melapor diri pada 1 Julai 2015 di PLPP Bangi. cuma punya masa seminggu untuk persiapan. kursus pertama dalam bulan ramadhan. macam tak percaya jer. aku akan bertukar wajah. dari berseluar dan kemeja. kini berbaju kurung dan formal.

Saturday, June 13, 2015

HARI BAHAGIA ACU

majlis akat nikah acu dan pilihannya Umi Faizah berlangsung pada jam 10.00 pagi dalam suasana sederhana di masjid Az-zubir Cheras. acu merupakan adik bongsu abang. selamat pengantin baru. semoga bahagia dunia dan akhirat. kami dihidangkan sarapan oleh pihak perempuan. pada majlis pertunangan, kami tidak ada bersama. keluarga abang dari Penang turut hadir. dapatlah kami melepas rindu.

Thursday, May 21, 2015

PERGI JUA

assalamualaikum. khabar duka mengiringiku lagi. ketika menikmati sarapan panggilan telefon dari Nor membantut selera. nor: mok Dah dah tak ada meninggal dunia maksudnya. saya: innalillahi wainna ilaihi rajiun. bila? ? ?? sudu dan darfu di tangan dilepaskan. nor: jam 3.30 k3e 3.45 pagi. tak pasti. ya Allah, setelah mengharungi derita kangser selama kurang lebih 2 tahun, dia menghembus nafas terakhir. mujurlah sewaktu pulang ke kampong tempoh hari sempat juga menzirahi beliau yang sedang terlantar. badan yang berisi hanya tinggal tulang dan kulit. berselra untuk makan jauh sama sekali. semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang beriman. amin! Al-fatihah! mok Dah adalah sepupu di sebelah ayah.

Wednesday, May 20, 2015

PERSEDIAAN AWAL

abang ambil cuti hari ni. nak buat persiapan sebab surat tawaran telah tiba. mula, kami sarapan di kedai mak Su Piah Man Coner, bangunan Mutiara Bangsar. macam biasa menu aku nasi lemak, sambal kerang dan ikan bilis. abang pula lontong. selepas tu kami ke klinik kesihatan Tang Ling di jalan Cenderasari. urusan di sini yang agak lamanya. selepas register, kami ke klinik gigi terlebih dulu untuk buat pemeriksaan. nurse di situ sangat peramah dan tak henti-henti mengucapkan tahniah. maklumlah aku ni dah menginjak 3 siri baru terhegeh-hegeh nak dapat kerja. otak pun dah semakin tepu lainlah kalau dapat after graduate. semangat berkobar-kobar dan hati masih membara. minda pada masa tu pun masih lagi fresh. nak buat macam mana rezeki dah ditakdirkan begini. hendak tak hendak kenalah redha.

pemeriksaan seterusnya adalah tinggi dan berat. kemudian tekanan darah. diikuti ujian air kencing dah ujian darah. bahagian visual aku terlepas kerana memang sedia mengalami masalah penglihatan. tak pasal-pasal kena buat ujian PSP sekali. aku nervous sebenarnya. mujur ada abang. dia banyak bagi moral support. tibalah masa untuk berjumpa doctor for final result. jeng jeng jeng aku tak lepas kat sini. kata beliau kadar protein agak tinggi. dia minta kami buat semula. untuk menenangkan keadaan, kami keluar minum di kafe berhampiran.segelas milo ais, segelas the ais dan 1 botol kecil air mineral berharga RM7.20. betul ke!! macam tak percaya kan. tapi sebab dah minum maka bayar aje lah. setelah berbuat kali kedua, ia masih lagi sama. namun aku bersyukur kerana ia tidak menggugat maklumat kesihatan yang perlu diserahkan. namun demikian aku diminta untuk membuat rawatan susulan. di kompleks pertama, tingkat 12 kami bertemu pesuruhjaya sumpah bagi mengemukakan akuan bersumpah. ke BSN dan bank Islam untuk urusan perbankan. di medan MARA ramainya orang termasuklah para VIP. rupanya ada fiesta harum manis. patutlah kerabat diraja Perlis pun ada mencemar duli sekali. agenda seterusnya ke butik Avon. husband merupakan dealer yang boleh dikatakan aktif walaupun secara kecil-kecilan. kemudian dalam hujan renyai, kami ke PKMD Ulu Langat untuk urusan temu janji.