Monday, August 31, 2015

IC RECORDER SONY

salam kemerdekaan dan salam sehati sejiwa. sebenarnya peristiwa ni berlaku semalam iaitu hari ahad, tapi saja je nak taip hari ni. ia bagi mengenang sambutan hari kemerdekaan Malaysia Tanah tumpah darahku yang ke58 kan. semestinyalah dalam mood cuti umum, direct holiday. huhu! bukan itu yang seharusnya dikenang. apa yang tersirat dalam erti kemerdekaan yang perlu kita terapkan dalam hati dan minda. berbanggalah kerana menjadi rakyat Malaysia. meski diuji dengan cabaran dan dugaan, jangan sekali berundur dari medan. jangan sekali diperdagangkan bangsa Melayu dan Negara kita Malaysia meski diulit intan berjuta dan bintang berkelipan. inilah pusaka warisan tinggalan moyang yang akan kita wariskan pula bagi generasi terkemudian. janganlah mereka tidak dapat merasa apa yang telah kita nikmati dan kecapi sehingga hari ini. ok! semalam merayau dengan anak dan husband di plaza Low Yat. berpusing-pusing juga mencari benda ni. alah sebenarnya bukan susah sangat. tuju je ke Sony Centre, maka akan terjumpalah barang yang dicari. tapi saja melengahkan masa, dengan meninjau setiap kedai hp dan tablet. tak ketinggalan cuci juga tangan dengan hidangan laptop terkini. angan-angan telah dipasang untuk memiliki satu daripadanya. berbalik kepada tujuan asal, saya ke sini bagi mencari recorder untuk kegunaan tempat kerja. terdapat banyak juga Sony Centre di Low Yat ni. kerana terpesona dengan penerangan yang detail dan terperinci diberi oleh 'sales girl' berbangsa cina di aras 1, berakhirlah pencarianku. IC Recorder pink 4 GB jadi tarikan. harganya setelah diberi diskaun ialah RM399.00. terima kasih juga pada abang Long dan Rosni yang memperkenalkan saya dengan kemudahan ni. semoga adanya devise ini dapat membantuku melakukan tugasan pejabat nanti.

Tuesday, August 25, 2015

TERIMA KASIH ABANG

Assalamualaikum !! !! hai you all's. tulisan di bawah adalah selingan dari kata-kata abang yang cuba diterjemahkan oleh saya. ketika lif bergerak ke level 23 sempat lagi abang mengukir bicara. mungkin secara spontan di mana kami saling bersalaman sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. abang: sayanglah yang telah melahirkan kedua-dua putera untuk abang. saya: herm itu kebenarannya kan. abang: sayang sanggup berkorban melahirkan. saya: inilah sebahagian dari bakti yang ayang dapat tunaikan. apabila pintu lif terbuka, hati ini masih berbunga riang dengan kata-katanya. terima kasih abang kerana sentiasa mengenangkan diri ini. semoga abang dalam keadaan sejahtera dunia dan akhirat. amin! BEZA ANTARA Isteri dan Perempuan Simpanan En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk. Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya. En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang. Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu. En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya.. Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu. En suami : …. tapi kan ustaz…. Ustaz : Camni lah… kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. Subhanallah!

Monday, August 24, 2015

HUKUM MENGAHWINI WANITA HAMIL

Assalamualaikum. sharing saya kali ini adalah untuk menunjukkan rasa sedih dan marah atas situasi yang berlaku dalam masyarakat. tak apalah ini sesuatu yang aib. biar yang Esa menghakimi di sana nnanti. ilmu ini dikongsi bagi mengelakkan kesalah fahaman dan kekeliruan yang banyak terjadi di media sosial. harapan saya semoga kita sama-sama sedar dan insaf bahawa hukumnya maha berat di akhirat. semoga generasi hadapan ku akan terlindungi dan terhindar dari bencana seumpama ini. amin! anak Luar Nikah Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Soalan Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini. surachei@aicsemicon.com Jawapan UZAR Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita. Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya. Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu. "Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya. "Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya" Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :- "Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol" Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah. "mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah. Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya. Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:- Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut. HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah. Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78). a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :- Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 ) b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :- وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3) c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :- والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 ) Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah : ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 ) Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah. Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik. Kes Zina Bermasalah Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain. Ulama berbeza pandangan dalam hal ini. Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21) Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a. Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a : Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati" Dan juga sebuah lagi dalil iaitu : لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif) Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah. Lagi Displin Khas Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah. Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya : "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan) Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah. Adapun berkenaan jawapan seorang imam yang disebar luaskan oleh orang ramai berikut :- SIla buka di sini Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini. Kesimpulan Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin. Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 6 Mei 2007

SI IBU YANG BODOH

hai pembaca sekalian. post saya kali ini santai-santai saja. diharapkan pembaca tidak pernah jemu dan bosan. namun demikian ada mesej tersirat yang boleh kita ambil dari perkongsian di bawah. Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka! "Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi." Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. "Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. "Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. "Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk. "Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?" Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa. "Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh." Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. "Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik! Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??" Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata. *** Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

JIKA IA BERLAKU?

Assalamualaikum. ya, setiap daripada kita pasti merasai mati. terima kasih atas sharing yang sangat bermanfaat dari wall FB seorang teman. diharapkan ia akan berguna untuk setiap dari kita. Untuk rujukan Silalah kongsi dengan ahli keluarga dan sahabat2 Bagaimana kalau tiba tiba ada kematian di rumah kita Apa tindakan kita jika tiba tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah Jangan cemas tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua dua tangan di atas perut letak pisau gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling Tangan diikat dengan perca kain Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain jika ada darah yang keluar dari hidung telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik hospital Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah masjid Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu Patut juga kita ambil tahu nama nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba tiba terjadi dalam rumah masing2 Harus bersedia menghadapi kematian Mati yang pasti Wallahu alam

Wednesday, August 19, 2015

KENAPA SAYA YANG KENA? ? ?

sungguh malu rasanya. saya diminta lakukan sesuatu yang telah lama saya tinggalkan. kali terakhir, semasa di UM 9 tahun lalu. itu pun kerana tuntutan subjek. kali ni adakah dia kerana tuntutan juga. semoga ini yang terakhir. hopefully gagal lah. saya tahu saya bukan siapa-siapa. diri ni sememangnya "low profile". suka memberi khidmat di belakang tabir lakunya. tuhan tolonglah saya!

Monday, August 17, 2015

CAHAYA MATA KAK T DAN I

salam. dari title mesti telah dapat diteka apa yang ingin saya tulis. ya tahniah buat mereka. cahaya mata baru. cahaya mata pertama. semoga dengan kehadirannya akan bertambah seri mahligai yang dibina. saya hanya dapat khabar dari RA menerusi panggilan telefon. di hospital besar Selayang telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.