selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Sunday, July 17, 2016
LINDUNGILAH CEK
satu whatsapp dari Nor memeranjatkanku di pagi ini. cek telah jatuh longkang ketika menunggang motor bersendirian. Ya Allah, ujian apakah ini? tanyaku dalam hati. cek enggan memberitahu sesiapa lantas memaksa Anis menutup mulut. namun padaku, perkara sebegini tak patut didiamkan. segera kucapai hp untuk hubungi cek bertanyakan perkembangan. syukurlah cek tidak mengalami sebarang kecederaan serius. akibat terjatuh, terdapat darah beku di dalam pehanya. kumohon cek segera makan ubat agar pergerakkan darah kembali normal. mujurlah tiada yang retak mahupun patah. pelihara dan lindungilah ibuku seperti mana dia melindungiku sepanjang masa Ya Rabbul Izzati. amin! jika selama ini Kau lindungi dia, kini lindungilah juga dia pada masa akan datang.
Saturday, July 16, 2016
MAKAN-MAKAN FAMILY
sebenarnya makan-makan ini kami nak adakan sempena berbuka puasa. namun tak kesampaian dek beban kerja dan masa yang tidak mencukupi. lantas kami anjakkan tarikhnya selepas hari raya. dalam bab masak-memasak, saya hanya bantu-bantu aje. senang cerita tolong tengok je kan. terima kasih pada suami dan mak yang Berjaya merealisasikan majlis tersebut. kami bertungkus-lumus sejak malam sabtu lagi. mujurlah yang dijemput semua hadir kecuali abang no. 2 suami dan rakan kami berdua iaitu Sadri dan isteri. meskipun dalam hujan lebat yang menggila, mereka sanggup berkunjung ke teratak kecil kami. terima kasih dan terima kasih semua. menu yang menjadi santapan adalah mihun sup, roti jala coklat dicicah kuah kastat, pudding cheese dan pudding roti, minuman simple je iaitu sirap ais dan teh O panas. resepi juadah saya share dalam next entry ya. jam 7.30 kesemua tetamu berangkat pulang. semoga rezeki kami bertambah dan mampu kami jadikan sebagai acara tahunan untuk mengeratkan silaturrahim.
Thursday, July 14, 2016
TERKINI TENTANG WAN
2 Syawal, pagi-pagi lagi kami dah mulakan aktiviti beraya. destinasi pertama adalah ke rumah Wan Noraini di kampung Kutan. sebenarnya sambil beraya aku nak hantar dan pick up kuih raya juga. tak sempat nak pergi time raya pertama semalam. di sana berlaku satu insiden yang membongkar segalanya. hampir setengah jam kami di rumahnya didatangi 2 lelaki yang tak kukenali. kata habby salah seorangnya saling berpelukan dengan Wan. desas-desus telah kedengaran sebelum ni. begitu juga salah satu dari voice message whatsapp Wan kepadaku. tahniah Wan kerana itu sudah takdir. seminggu selepas itu barulah kucuba dapatkan penjelasan darinya. Wan mengakui bahawa dia adalah second wife kepada cikgu Ajai Zailani dari Sarawak yang juga suami kepada kak Zila senior ketika di PES. dalam hal ini sukar untuk ku memberi pendapat. hanya Allah yang maha mengetahui dan penentu segalanya. semoga dirimu dan anak-anak terus bahagia selepas ketiadaan arwah Anuar suamimu!
LULUS 5102
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. syukur kupanjat ke hadrat Yang Khaliq atas anugerah kegembiraan pada diri ini setelah percutian hari raya tamat. khabar bahagia kuterima sebaik melunsuri laman kompetensi JPA. hilanglah sedikit debaran kerana aku telah lulus kedua-dua kertas peperiksaan syarat JPA untuk pengesahan jawatan. kini debaran tinggal separuh lagi. diharapkan semuanya berjalan lancer dan urusan dipermudahkan. terima kasih kepada pegawai-pegawai tempat aku merujuk kes. semoga urusan tuan/puan juga dipermudahkan Allah.
Saturday, July 2, 2016
KHABAR HASNIL ZAWAWI
akhir-akhir puasa dah rasa malas benar nak memasak. memandangkan hari ni sabtu maka terdapat beberapa urusan harus diselesaikan. didahulu dengan penghantaran kuih raya kepada teman-teman. kemudiannya ke U mobile centre di Time Square plaza menurunkan kredit limit. seterusnya bergegas pula ke Pantai Medical Centre menghadiri chekup percuma sempena program minggu menjaga kesihatan. setelah urusan selesai hampir jam 5.30 hala tuju tempat berbuka pula menjadi penentuan. fikir punya fikir kami ke MARA. di sana bertemu Atul, Hasnil dan Zawawi. iftarlah di sana bersama mereka dengan ala kadar. aku biasalah kalau penat memang tak lalu makan. tiba-tiba kudikhabarkan suatu berita yang sangat menggembirakan. Hasnil telah disahkan hamil setelah 12 tahun menunggu kehadiran cahaya mata. rezeki Allah. jika Ia hendak beri akan hadir sekelip mata kan. kegembiraan itu mampu menyembunyikan resah penantian selama ini. tahniah Hasnil dan Zawawi. jagalah kandungan itu sebaik mungkin. kini usia kandungan hampir mencecah 16 minggu. ketika hendak solat maghrib, Hasnil yang masih dalam transmester penyesuaian muntah dengan banyaknya. teringat pula aku suatu masa dulu. langsung tak boleh masuk makanan. tahu-tahu keluar semula setiap kali makan. setelah itu mereka mengajak aku mencuci mata di jln TAR. namun terpaksa aku dan hubby tarik diri kerana polis telah membuat rondaan untuk memberi saman kepada kenderaan yang tidak memarking di petak yang dikhaskan. apa-apa pun semoga selamat segalanya. tahniah dariku dan hubby sekali lagi!
BERBUKA DENGAN SAHABAT
sempena meraikan setahun usia kerjayaku, aku dan suami atur 1 pertemuan dengan sahabatku ini. setelah kian lama kami tidak bertukar cerita, namun ia bagaikan erat bila bersama. mungkin kerana kukenalinya sejak kecil. disebabkan itu, ikatan itu kekal suci. pertama kali bersua dengannya hatiku dipagut hiba. dia benar-benar lemah dalam dirinya. semangatnya yang kental kini jauh meninggalkannya. susuk tubuhnya sangat tidak bermaya. kekurusannya seperti dia di alam sekolah dulu. aku benar-benar hiba dengan keadaan dirinya. Ya Alllah bantulah aku untuk memulihkan semangatnya semula. tolonglah aku untuk mengembalikan tawanya seperti dulu. kegembiraanku adalah kegembiraannya juga. di sebalik tawa riangnya dulu ada aku yang mengambil secubit rasa untuk dijadikan azimat bekalanku. sebelum berbuka, kami berbual santai di surau GTC. kelemahan suaranya menjadikan aku sayu dan bungkam. aku tidak dapat mengawal suasana pada masa itu. hatiku seolah-olah terlontar jauh menganangkan masa indah sahabatku itu. menjelang 10 minit waktu berbuka, suasana dapat dipulihkan dan keceriaan dapat digapai. dengan bantuan hubby, aku harap dia gembira dan bahagia ketika bersama kami. meskipun aku tidak mampu sepanjang masa bersamanya, namun sedaya upaya kucuba untuk mendengar setiap saaat rintihannya. aku tak mahu melihat dia jatuh tersungkur ke lembah penderitaan kerana itu bukanlah dirinya. ketika dia kehilangan cinta pertamanya dahulu, dia punya teman-teman yang setia di samping. namun saat ini, dia tak punya sesiapa. tak mungkin aku menjauh meninggalkannya sendirian. aku mahu dia bahagia seperti dia yang dahulu. walau kami tidak selalu bersua dan bersama, namun dirinya tak pernah kubuang dari sudut hatiku. kuintai khabarnya dari jauh. kuselak kisahnya dari teman-teman dekatku.
ia tak berakhir setakat di situ sahaja. ketahuilah olehmu yang aku tak minta sedikit pun balasan atas perhatian yang aku berikan. kerjasama dan kefahaman dari hubby telah aku pohon agar merestui langkah ku ini. terima kasih tak terhingga dariku kerana menghadiahkan aku sehelai selendang halfmoon penuh dengan jahitan manik dari Vietnam berwarna merron. tudung ini Insyaallah aku gayakan dengan baju merron pada hari raya nanti seperti permintaannya. terima kasih sekali lagi sahabat. usai solat maghrib, kami berjalan kaki ke KL Central menuju MCD untuk berbuka dan bercerita sepuasnya. hampir 3 jam dan 3 kali top up air barulah kami berlalu dari situ. itu pun kerana sahabatku akan pulang menaiki LRT disebabkan kami tidak berkereta. tambahan dia akan bekerja pada keesokan harinya. semoga kesunyian harinya dapat aku kurangkan meskipun aku dapat menemaninya hanya sesaat dalam hidupnya. doaku, semoga dirinya bertemu dengan insan yang benar-benar menyayangi dan menghargai sekeping hati seorang wanita yang mempunyai seribu rasa dan mohon dimengertikan. tapi pulangku tetap tidak tenang. bangaimana kan dia lalu hari-harinya tanpa teman di sisi? bagaimana dia akan melalui waktu makannya seorang diri? siapa yang akan mendengar tangisnya itu? siapa akan menjadi bahu tempat dia melepas kedukaannya?sesungguhnya keadaan itu sememangnya getir dan mencabar. kerana apa. kerana aku pernah menghadapinya juga suatu waktu yang silam.
Friday, July 1, 2016
GENAP SETAHUN DI SINI
salam hari jumaat. pada hari ini genap setahun ku berada di sini. setahunlah sudah aku bergelar kakitangan awam. setahun sudah aku berkhidmat di JKMN Selangor. setahunlah sudah kupanjat bangunan DE. kadangkala diuji dengan masalah lif dan masalah-masalah yang sedia wujud. semoga dengan usia yang masih muda ini, tidak mematahkan semangatku untuk melalui liku-liku pekerjaan seperti dahulunya. semoga semangat ini tetap kuat dan aku tidak berpatah arang. harus kukenang rakan-rakan senasib yang masih lagi tercari-cari peluang pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan mereka. semoga ini jalan terbaik bagiku. Allah itu maha tahu. aku hanya pasrah melunsuri laman yang digariskan untukku. bertabahlah hati atas setiap rintangan. percayalah keindahan dan kedukaan di dunia hanya sementara. kejarlah yang di sana alam yang kekal abadi. di sini kau kelihatan kurang. Allah akan melengkapkan dengan pertolongannya asalkan kau benar-benar tawakal dan bertaqwa. titipkan pesanan ini sentiasa dalam hatiku iaitu bila mana aku menjaga hubunganku dengan Allah, nescaya Allah akan menjaga hubunganku dengan manusia. #Allah is number one#. semoga hati ini kuat berpaut tanpa mengharapkan hati-hati manusia yang mudah rapuh dan berubah.
Subscribe to:
Posts (Atom)