Sunday, January 8, 2012

CORETAN PERTAMA

di kala waktu hampir ke angka 11.00 malam, aku dikurniakan keberanian dan ilham mencipta sebuah blog milik ku sendiri. jika selama ini aku hanya membaca penulisan milik blogger lain, kini aku mampu merealisasi harapan di samping impian yang tersemat selama ini. walaupun aku tak pernah menyatakan atau menyuarakan kepada sesiapa pun, berbekalkan sebuah laptop, ditemani rancangan Sejuta RinggitMoney Drop yang diacara oleh Dato' AC Mizal di Astro Ria serta pertolongan my Hubby tercinta, maka terlahirlah penulisan pertama ku ini. aku berhasrat untuk menulis lagi selepas ini, di samping berharap ia menjadi medan aku mencatat segala isi kehidupanku. pada yang sudi menjengah serta membaca, diucapkan jutaan terima kasih. seseungguhnya tiada apa yang istimewa pada diri ini. hanya seorang insan kerdil di bumi ciptaan Ilahi. kesempurnaan sama sekali bukan menjadi milikku. diharapkan setiap saat dalam hidupku adalah suatu pelajaran bagiku.

No comments:

Post a Comment