Saturday, January 21, 2012

`Acer Kesayanganku

di pagi ahad ini, suasana sikit berbeza. aku tidak lagi berkepit dengan Acer kesayanganku. laptop tersebut telah banyak menyumbang bakti padaku, telah banyak berkongsi sukaduka bersamaku. terpaksa kusimpan kemas buat seketika. bukan aku tak mahu lagi bertemankan dirimu. tapi ia tidak mengizinkan. JAWS yang digunakan tidak lagi sesuai dengan paparan Internet Explorer. selain itu, tiba-tiba aje Maxis Broadbend milikku tidak dapat disambungkan ke komputer dengan sesempurnanya. sah dan memang confirm, Acer tidak dapat lagi bersamaku saat ini. aku perlu menghantarnya ke pihak yang lebih arif untuk menormalkan kembali keadaan dirimu. percayalah, aku lebih memilih dirimu berbanding dengan laptopku yang satu lagi. laptop yang aku guna di saat ini lebih serasi dengan suamiku.

No comments:

Post a Comment