Wednesday, July 20, 2016

RUANG RINDUKU

kian usia dimamah waktu. sering mengundang rindu bertamu. tak mungkin kuhapus dari balutan memori. setiap masa, sepanjang ketika, Allah temukan aku insan-insan mulia. memberi bantuan pada diri yang tak sempurna. hingga detik ini, tak pernah pudar ingatan itu. jika ada terpalit dosaku pada kalian, kupohon keampunan sempena bulan mulia. izinkan aku abadikan namamu di sini. di layar putih tanda kenangan. insan-insan ini adalah insan sempurna ciptaan. terima kasih atas budi dan jasa kalian. hanya Allah yang dapat memberi kebaikan yang berkekalan. ada di kalanganmu jauh sudah berjaya di hadapanku. tahniah. tahniah. tahniah. ia setimpal dengan pengorbanan kalian selama ini. Tini ingin sekali kudengar khabarmu selaku room mate ku. Yusrina pembaca novel semasa di universiti dan kelembutan bicaramu. pernah bacakan aku novel Cinta Di hari-hari Rusuhan karya Faizal Tehrani. Haslina yang menemukan aku dengan pembaca-pembaca dari kalangan mahasiswa Pendidikan Islam. Azlina siswazah Perakaunan dan Perniagaan yang membantu aku membuat kerja-kerja akhir dan menjilidkan latihan ilmiah di saat aku buntu mencari rakan untuk membantu. Akmal pembantu yang cekap diturunkan oleh Rosni. hanya 2 semester bersamaku, namun bakti diberi sangat banyak. Mushirah orang yang tinggi lampai. membantu aku dari semester 2 hingga 6 tanpa jemu dan berpaling. Didi, kutemui di dinding perpustakaan utama Um, lantas menjadi tempat aku merujuk segala hal berkenaan tesis dan assighment yang bertimun. Zila dan Azza rakan sejabatan yang kutemui pada hari pertama kuliah bermula. pertolongan kamu berdua kunjung tatkala aku benar-benar memerlukan. kak Lin, Malia Kartini bernombor matrik AEA030194 sebelum nomborku dan Muliati Asyikin. mereka ini tak pernah menolak jika melihatku lalu datang menghulur bantuan. kak Zila dan kak Ida. keduanya matang dalam melihat setiap perkara. Wani dan Imah kawan baik Rosni yang tak pernah kekok membantu. pernah aku mengambil subjek TITAS ii bersama Wani dan kursus satu jabatan. Zura dan Ros kawan cek Yah yang membantu ketika subjek TITAS ii di Akademi Pengajian Melayu. Zura, Sha, Eca, Ikin dan Jihan junior-junior yang baik hati. membantu aku di kala kesunyian tanpa rakan sebilik. Zila, Jun, Moca, Fad dan Iim punya tempat tersendiri di hati. Zila dan Moca pernah kami menonton teater dan ke Genting Team Park bersama. mereka ni sains pure. tak ada jiwang-jiwang kesusasteraan. Balqis dan Pidah. dikenali melalui cek Yah. orang yang sangat baik dan setia membantu. Hanum dan Shidah juga rakan kepada Rosni. ke mana kamu semua. kirimlah khabar kepadaku agar silaturrahmi ini dapat disambung semula. turut tak dilupakan Jun, Ila dan Emi. mereka ni gadis Sabahan yang sentiasa menyahut sebaik diseru nama. tak dilupakan kak Nitrah dan kak Ada yang penuh dengan lembutnya seorang muslimah. sumbangan yang diberi Fifi, Fatimah, Mumtaz dan Siti Arimah yang berasal dari Malaysia timur menjadikan aku tetap digamit nostalgia. semoga kalian semua kekal dalam rahmat ilahi. amin!

KRONOLOGI RAYA 2016

5 Julai selasa : 11.45 pagi hubby ambil ku di pejabat untuk dihantar pulang ke rumah. 1.45 petang : hendak melelapkan mata barang seketika setelah bersembang dengan Huraizah menerusi whatsapp. 3.00 petang : hubby gerakkan aku yang mamai-mamai hendak tidur. aku terkejut lantas blur tak tahu apa nak dicapai untukpengemasan terakhir sebelum pulang ke kampung. mujur kami hanya berdua pada masa tu. barang campak atas sit belakang kereta jer. tak payah pening-pening nak susun. 4.00 petang : mula bertolak meninggalkan rumah. 7.30 malam : berbuka ala kadar dengan air dan kek cokelat dari berisi cafe MARA. 9.30 malam : singgah makan di Gua Musang. 12.00 pagi : tiba di rumah. anak-anak kecil dah tidur. yang dewasa je masih setia menunggu ketibaan kami. cek setia menyambut di muka pintu. raya pertama : solat sunat aidilfitri. kali ni ayah sihat dan dapat ikut kami bersama. beramah mesra dan makan juadah bersama cek, ayah dan adik-beradik terdekat. 10.30 pagi : aktiviti menziarahi dimulakan. ke rumah pokcik Yazid Kemasin, rumah mokteh Selamoh, rumah cik piyoh, rumah mokcik moh, rumah moksu esah Beris Lalang (dia sedang mengalami strok), kenapa anak-anak tak balik ziarah? muliakan mereka di hari raya! rumah Minoh Nikpo, rumah kak Nah, (telah berwajah baru) setelah ketiadaan tok ngoh rumah Dayyini (kawan along) dan terus ke rumah mami Huraizah. raya kedua : kenduri kahwin di rumah moksu Dalewe, * aku suka gi rumah dia dulu time kecik sebab ada banyak bunga. baunya harum bagaikan di taman raja. salude ayam goreng berempah memang terbaik. sambung lagi rumah Poksoh Kecik, rumah En. Nikli, rumah pokya Bachok dan selesai. raya ketiga : giliran rumah kak Nor abang Faiz. melilau jugaklah cari rumah ni, sampai orang kena jemput la. rehat dan berkemas ke penang. pick up anak dari kereta Nor. sampai di penang pukul 1.30 pagi. raya keempat : bersiap di rumah makteh Jah, lalu ke rumah makteh Liah, rumah lang Shah dan rumah Suid. lepas tu anak merengek nak beli lori tanah dan traktor. pergilah ke iconsave Jawi Jaya. petang pula ke rumah Syukri. selesai hantar abah terus ke pulau untuk makan pasembur di tempat favourite aku (gerai Gani). mujur dapat. tunggu nak naik feri hampir 1 jam. 10.00 malam bertolak pulang ke Kelantan. huh, abang memang long ranger waktu ni. aku dah tersadai keletihan di kerusi kereta. raya kelima : cek buat makan-makan. ada sotong goreng tepung yang dibeli di pantai Tok Bali. petang menziarahi moksu Kemasin yang sebaya dengan cek. namun dia menghidap kencing manis kronik dan ura-ura terdapat barah daging. ke rumah kakti Abang Sani. kan dia orang tinggal dekat je tu. bertemu kak La satu-satunya anak perempuan moksu Esah. malamnya ke rumah kawan baik abang, Zamani di Sekolah Padang Enggang. raya keenam : bersantai di rumah. menikmati masakan lala goreng pedas oleh cek. seperti biasa menjelang petang, ke pantai Irama menikmati keropok lekor dan air kelapa. memang menjadi kegemaran aku pun. raya ketujuh : bersantai di rumah aje kerana pukul 2.00 petang dah pun bertolak pulang ke tempat mencari rezeki semula. alhamdulillah. atas nikmat yang diberi. semoga tahun depan kan bersua!

Monday, July 18, 2016

PARADIGM DALAM KENANGAN

kala kebosanan menghadap PC pejabat seharian, ingatan dibawa terbang merawang entah ke mana hala. hati ini dicuit rindu pada Paradigm Systems Berhad, tempatku mula-mula bekerja dan mendapat potongan EPF. inilah pertama kali kumenggenggam slip gaji. biar pun cuma RM1150 dan tambahan rm80.00 untuk elaun telefon bimbit sudah meletakkanku ke tahap kesyukuran paling tinggi. jawatan sebagai telefonis jauh benar di bawah kelayakkanku. namun pelbagai ilmu dapat kupelajari lebih-lebih lagi company ni sememangnya mengendalikan sebuah sistem pengurusan perpustakaan. dahlah aku ni buta IT sememangnya nampak janggal. tarikh 1 Julai 2009 - 24 Oktober 2009 sebahagian dari lipatan kenanganku. aku diterima masuk ke syarikat ini demi mengganti tempat kosong yang ditinggalkan Shafiri selaku Junior Support Team yang melanjutkan pelajarannya ke peringkat master dan PHD di UM. rupa-rupanya yang baru bukan ku seorang. rakan sebelahku kak Lia selaku helpdesk turut melapor diri pada hari sama. sepanjang bertugas di sini, ia bukanlah suatu yang membebankan. namun kerana kurang keserasian di pihakku menjadikan diri ini terpaksa berundur setelah 4 bulan menyandang jawatan tersebut. kata HR management, aku ini tidak ceria dan tidak tahu melayan pelanggan dengan sempurna. makan-minum yang tidak teratur turut membuatkan aku tidak betah di sini. suasana kerja sepenuhnya menghadap PC tanpa keriuhan suara rakan sekeliling menjadikan jiwaku walang. namun kebaikan yang ditunjukkan oleh mereka tidak pernah dapat aku lupakan. kebajikan ku amat dijaga dan begitu juga dengan pergerakkanku untuk ke mana sahaja turut dititikberatkan. antara mereka yang selalu menegurku ialah kak Maria (admin), Ija (sales admin), Mahadir (sales team), puan Mazitah (executive director), Emma (trainer), puan Aida (project Manager), puan Hidayah (project manager), Hisyam, Taufik, Jay, Nazri dan beberapa lagi termasuk Karina (finance Admin). seronok memang seronok. tetapi aku tidak dapat kepuasan bekerja di sana. tambahan selepas itu aku hamil sulung dan selalu je MC dan berulang-alik ke hospital. menangis hiba juga seminggu aku untuk melepaskan pekerjaan ku itu. antara momen yang segar dalam kenangan ialah majlis makan tengah hari ulang tahun syarikat yang telah diadakan di S. Garden's Hotel Mid Valley. mana tidaknya husband pun turut ada sama. hadiah yang ku tak boleh lupa pemberian company adalah USB radio jenama LG. jika dinilai berharga Rm300.00 pada masa tu. masih terasa kelazatan masakan rendang ayam kak Lia dan cheese cake kak Maria semasa port luck hariraya aidil fitri. padahal aku dalam cuaca morning signess yang sangat teruk. selamat hariraya aidilfitri dan maaf zahir batin untuk ex staf paradigm dan mereka yang masih setia berbakti di sana. semoga kalian terus maju jaya. kebajikan yang dizahirkan Paradigm tidak berakhir setakatku sahaja. mereka tetap mengambil telefonis di kalangan blind workers untuk replace tempatku. syabas buat pemilik syarikat yang diterajui oleh MR. VS Lingam.

Sunday, July 17, 2016

LINDUNGILAH CEK

satu whatsapp dari Nor memeranjatkanku di pagi ini. cek telah jatuh longkang ketika menunggang motor bersendirian. Ya Allah, ujian apakah ini? tanyaku dalam hati. cek enggan memberitahu sesiapa lantas memaksa Anis menutup mulut. namun padaku, perkara sebegini tak patut didiamkan. segera kucapai hp untuk hubungi cek bertanyakan perkembangan. syukurlah cek tidak mengalami sebarang kecederaan serius. akibat terjatuh, terdapat darah beku di dalam pehanya. kumohon cek segera makan ubat agar pergerakkan darah kembali normal. mujurlah tiada yang retak mahupun patah. pelihara dan lindungilah ibuku seperti mana dia melindungiku sepanjang masa Ya Rabbul Izzati. amin! jika selama ini Kau lindungi dia, kini lindungilah juga dia pada masa akan datang.

Saturday, July 16, 2016

MAKAN-MAKAN FAMILY

sebenarnya makan-makan ini kami nak adakan sempena berbuka puasa. namun tak kesampaian dek beban kerja dan masa yang tidak mencukupi. lantas kami anjakkan tarikhnya selepas hari raya. dalam bab masak-memasak, saya hanya bantu-bantu aje. senang cerita tolong tengok je kan. terima kasih pada suami dan mak yang Berjaya merealisasikan majlis tersebut. kami bertungkus-lumus sejak malam sabtu lagi. mujurlah yang dijemput semua hadir kecuali abang no. 2 suami dan rakan kami berdua iaitu Sadri dan isteri. meskipun dalam hujan lebat yang menggila, mereka sanggup berkunjung ke teratak kecil kami. terima kasih dan terima kasih semua. menu yang menjadi santapan adalah mihun sup, roti jala coklat dicicah kuah kastat, pudding cheese dan pudding roti, minuman simple je iaitu sirap ais dan teh O panas. resepi juadah saya share dalam next entry ya. jam 7.30 kesemua tetamu berangkat pulang. semoga rezeki kami bertambah dan mampu kami jadikan sebagai acara tahunan untuk mengeratkan silaturrahim.

Thursday, July 14, 2016

TERKINI TENTANG WAN

2 Syawal, pagi-pagi lagi kami dah mulakan aktiviti beraya. destinasi pertama adalah ke rumah Wan Noraini di kampung Kutan. sebenarnya sambil beraya aku nak hantar dan pick up kuih raya juga. tak sempat nak pergi time raya pertama semalam. di sana berlaku satu insiden yang membongkar segalanya. hampir setengah jam kami di rumahnya didatangi 2 lelaki yang tak kukenali. kata habby salah seorangnya saling berpelukan dengan Wan. desas-desus telah kedengaran sebelum ni. begitu juga salah satu dari voice message whatsapp Wan kepadaku. tahniah Wan kerana itu sudah takdir. seminggu selepas itu barulah kucuba dapatkan penjelasan darinya. Wan mengakui bahawa dia adalah second wife kepada cikgu Ajai Zailani dari Sarawak yang juga suami kepada kak Zila senior ketika di PES. dalam hal ini sukar untuk ku memberi pendapat. hanya Allah yang maha mengetahui dan penentu segalanya. semoga dirimu dan anak-anak terus bahagia selepas ketiadaan arwah Anuar suamimu!

LULUS 5102

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. syukur kupanjat ke hadrat Yang Khaliq atas anugerah kegembiraan pada diri ini setelah percutian hari raya tamat. khabar bahagia kuterima sebaik melunsuri laman kompetensi JPA. hilanglah sedikit debaran kerana aku telah lulus kedua-dua kertas peperiksaan syarat JPA untuk pengesahan jawatan. kini debaran tinggal separuh lagi. diharapkan semuanya berjalan lancer dan urusan dipermudahkan. terima kasih kepada pegawai-pegawai tempat aku merujuk kes. semoga urusan tuan/puan juga dipermudahkan Allah.