Saturday, December 27, 2014

KENDURI KAHWIN HAIDA

jam 10.00 pagi kami semua bertolak dari perkarangan MAB menaiki bas persiaran menuju ke kg Sungai baling kecil, Batu Pahat, Johor. turut dibekalkan sarapan. terima kasih pada yang mengurus kak Sariyah dan en. Daud. en. daud kukenali sewaktu acara tendom suka-suka bersama rakan pada 2007 yang lepas. pengalaman pertama. tapi lain kalilah cerita bab tu. sepanjang perjalanan kami sungguh selesa. sekitar 4.00 petang barulah kami tiba ke lokasi yang berhampiran. kami perlu naik kereta pula untuk betul-betul tiba di hadapan rumah pengantin. bas tidak boleh masuk betul-betul ke hadapan rumah kata mereka. dalam hujan kami tetap bersabar menunggu giliran masing-masing. sebaik tiba, apa lagi terus menjamu selera lah. hujan masih rintk-rintik kugagahkan kaki masuk ke dalam rumah mencari pengantin. Haida ni sahabatku yang sekelas dengan Nor. sewaktu form 5 dulu, dia sangat akrab denganku. maklumlah kami berkongsi minat. membaca novel, mastika, manga dan lain-lain. bahkan sehingga sekarang pun dia masih mengepit novel jika ada kesempatan bertemu. tahniah Haida dan Amat. lewat tengah malam kami selamat tiba ke teratak masing-masing.

Saturday, November 1, 2014

MAJLIS KAHWIN FAZIRAH

di Tropica Villa FRIM Kepong telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara perempuan abang. sebuah rumah indah disewa untuk keperluan majlis dan tetamu. tahniah Fazirah dan Faiz. esoknya kami ke Melaka pula untuk sambut menantu sebelah lelaki. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer. paling best menu udang goring tepung. aku siap bertambah lagi.

Sunday, July 13, 2014

SATAY AYAM SPICY

selepas berbuka puasa dari menghantar Anis di Terengganu, saya dan Hubby meronda-ronda di uptown Jln Riko Kajang. walhal abang penat drive dan tidak cukup tidur malam tadi kerana ada majlis sambutan bersama anak yatim di Keramat. kami ambil kesempatan memandangkan anak pun tiada di sisi kan. mereka kini di rumah nenek dan atuk kerana tok dan tokwan kena menjaga Mahani berpantang. memang best lah kan dapat bersiar-siar tanpa perlu melayan ragam anak. herm,, pusing punya pusig untuk mencari makanan buat sahur, terjumpalah 1 gerai yang menjual satay ayam spicy. harga secucuk Rm1.20. tapi memang memikat seleralah. ayam yang diperap, digoreng dan dituang dengan rempah pedas. tapi jangan risau, bagi kanak-kanak tahap kepedasannya boleh dikurangkan. hehehe

Thursday, April 24, 2014

MAJLIS TENGAH HARI NURI

hai semua. seperti yang diatur selepas kelas mengaji Alquran di Medan MARA kami semua berangkat ke majlis makan tengah hari di Kelab Tasik Persin 8 Putrajaya. dalam lebat hujan tengah hari kami menaiki STAR LRT dan ERL seblum dijemput oleh en. Z. acara bermula tepat jam 2.30 petang dengan makan tengah hari. pelbagai sajian tersedia. antara yang menarik minat saya adalah bubur sagu. bersempena meraikan majlis perpisahan penutupan cawangan nuri di LCCT. diserikan lagi acara dengan pemotongan kek hari jadi, persembahan karaoke, ucapan perpisahan, bergambar dan beramah mesra antara management dan staf. hamper jam 10.00 malam barulah saya tiba di rumah. thanks to all.

Saturday, January 11, 2014

MAJLIS RESEPSI ROSNI

lebih kurang sebulan lepas, 1 SMS kuterima dari Rosni. jemputan ke majlis resepsi bertempat di club house, Sri Jati apartment, Subang Mewah. herm, sorang lagi temanku menamatkan zaman bujang. bertugas sebagai pegawai JKM sepadanlah dengan pilihan hatinya seorang penjawat awam dari kementerian kesihatan. tahniah Rosni dan Hadi. tema santapan arab. tema pakaian pengantin inggeris. Rosni anggun bergaun putih. walaupun terpaksa bersesak-sesak dapatlah juga bersalam dengan pengantin. perkenalan mereka yang sweet bagi aku. dalam penerbangan dari KB ke KL sekitar April 2011. aku dan abang mengikut rombongan bas bersama-sama rakan lain ke sana.

Monday, March 18, 2013

SELAMAT BEKERJA

hari ni hari pertama abang bekerja. akhirnya setelah 1 bulan menunggu, abang dah dapat pekerjaan yang sesuai. semoga abang dapat menjalankan tugas dengan baik. I know you will be the best. ayang akan doakan keselamatan dan kesejahteraan abang selalu! susah-payah abang mengharungi interview terbalas kini. apa yang diimpikan jadi milik abang. syukur atas anugerah Allah.

Friday, February 15, 2013

BERTANDANG LAGI

setelah 16 bulan kumengubah haluan bahtera, aku tetap tewas. sekali lagi merayu pada abang agar dapat kembali semula ke kota metropolitan itu. walau hakikat sebenar tak ingin ditinggalkan Tanah serendah sekebun bunga. abang pun dah serasi dengan masyarakat kat sini hehehe. lagipun seronokkan sebab duduk rumah atas tanah lagi kereta dan motor dapat perlindungan terbaik. Danial pun dah berusia 15 bulan sekarang. tok dia bersetuju nak jaga mereka berdua. first day la aku kat BBB. terima kasih pada yang membantu. aku dengan rendah hati bekerja semula di NWC. buat sementara ni berulang-alik dengan kereta kerana barang-barang dan motor belum diangkut pindah lagi. terima kasih pada tuan rumah merangkap kawan baik abah yang baik hati. jasamu kami ingati sampai akhir nafas. tugasku pula bersekang mata mencari pekerjaan untuk abang pula. temanku di waktu malam adalah laptop Acer kesayangan dan modem internet. semoga abang dapat pekerjaan terbaik. amin! aku pula akan bekerja bersungguh-sungguh kerana itulah janjiku buat abang. seminggu 2 akan datang pasti aku merasa kekok dengan hiruk-pikuk kota mencari rezeki. abang last bekerja di stor kayu pada 6 Februari. satu lakaran ceritera kami baru sahaja bermula.