selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Saturday, November 1, 2014
MAJLIS KAHWIN FAZIRAH
di Tropica Villa FRIM Kepong telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara perempuan abang. sebuah rumah indah disewa untuk keperluan majlis dan tetamu. tahniah Fazirah dan Faiz. esoknya kami ke Melaka pula untuk sambut menantu sebelah lelaki. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer. paling best menu udang goring tepung. aku siap bertambah lagi.
Sunday, July 13, 2014
SATAY AYAM SPICY
selepas berbuka puasa dari menghantar Anis di Terengganu, saya dan Hubby meronda-ronda di uptown Jln Riko Kajang. walhal abang penat drive dan tidak cukup tidur malam tadi kerana ada majlis sambutan bersama anak yatim di Keramat. kami ambil kesempatan memandangkan anak pun tiada di sisi kan. mereka kini di rumah nenek dan atuk kerana tok dan tokwan kena menjaga Mahani berpantang. memang best lah kan dapat bersiar-siar tanpa perlu melayan ragam anak. herm,, pusing punya pusig untuk mencari makanan buat sahur, terjumpalah 1 gerai yang menjual satay ayam spicy. harga secucuk Rm1.20. tapi memang memikat seleralah. ayam yang diperap, digoreng dan dituang dengan rempah pedas. tapi jangan risau, bagi kanak-kanak tahap kepedasannya boleh dikurangkan. hehehe
Thursday, April 24, 2014
MAJLIS TENGAH HARI NURI
hai semua. seperti yang diatur selepas kelas mengaji Alquran di Medan MARA kami semua berangkat ke majlis makan tengah hari di Kelab Tasik Persin 8 Putrajaya. dalam lebat hujan tengah hari kami menaiki STAR LRT dan ERL seblum dijemput oleh en. Z. acara bermula tepat jam 2.30 petang dengan makan tengah hari. pelbagai sajian tersedia. antara yang menarik minat saya adalah bubur sagu. bersempena meraikan majlis perpisahan penutupan cawangan nuri di LCCT. diserikan lagi acara dengan pemotongan kek hari jadi, persembahan karaoke, ucapan perpisahan, bergambar dan beramah mesra antara management dan staf. hamper jam 10.00 malam barulah saya tiba di rumah. thanks to all.
Saturday, January 11, 2014
MAJLIS RESEPSI ROSNI
lebih kurang sebulan lepas, 1 SMS kuterima dari Rosni. jemputan ke majlis resepsi bertempat di club house, Sri Jati apartment, Subang Mewah. herm, sorang lagi temanku menamatkan zaman bujang. bertugas sebagai pegawai JKM sepadanlah dengan pilihan hatinya seorang penjawat awam dari kementerian kesihatan. tahniah Rosni dan Hadi. tema santapan arab. tema pakaian pengantin inggeris. Rosni anggun bergaun putih. walaupun terpaksa bersesak-sesak dapatlah juga bersalam dengan pengantin. perkenalan mereka yang sweet bagi aku. dalam penerbangan dari KB ke KL sekitar April 2011. aku dan abang mengikut rombongan bas bersama-sama rakan lain ke sana.
Monday, March 18, 2013
SELAMAT BEKERJA
hari ni hari pertama abang bekerja. akhirnya setelah 1 bulan menunggu, abang dah dapat pekerjaan yang sesuai. semoga abang dapat menjalankan tugas dengan baik. I know you will be the best. ayang akan doakan keselamatan dan kesejahteraan abang selalu! susah-payah abang mengharungi interview terbalas kini. apa yang diimpikan jadi milik abang. syukur atas anugerah Allah.
Friday, February 15, 2013
BERTANDANG LAGI
setelah 16 bulan kumengubah haluan bahtera, aku tetap tewas. sekali lagi merayu pada abang agar dapat kembali semula ke kota metropolitan itu. walau hakikat sebenar tak ingin ditinggalkan Tanah serendah sekebun bunga. abang pun dah serasi dengan masyarakat kat sini hehehe. lagipun seronokkan sebab duduk rumah atas tanah lagi kereta dan motor dapat perlindungan terbaik. Danial pun dah berusia 15 bulan sekarang. tok dia bersetuju nak jaga mereka berdua.
first day la aku kat BBB. terima kasih pada yang membantu. aku dengan rendah hati bekerja semula di NWC. buat sementara ni berulang-alik dengan kereta kerana barang-barang dan motor belum diangkut pindah lagi. terima kasih pada tuan rumah merangkap kawan baik abah yang baik hati. jasamu kami ingati sampai akhir nafas. tugasku pula bersekang mata mencari pekerjaan untuk abang pula. temanku di waktu malam adalah laptop Acer kesayangan dan modem internet. semoga abang dapat pekerjaan terbaik. amin! aku pula akan bekerja bersungguh-sungguh kerana itulah janjiku buat abang. seminggu 2 akan datang pasti aku merasa kekok dengan hiruk-pikuk kota mencari rezeki. abang last bekerja di stor kayu pada 6 Februari. satu lakaran ceritera kami baru sahaja bermula.
Saturday, May 19, 2012
Lama Tidak Kujengah
hampir 4 bulan aku mengabaikan blog yang menjadi sumber inspirasiku ini. kekadang aku memang sepi tanpanya. namun tidak dapat banyak aku coretkan peristiwa sepanjang perjalanan hidup ini. satu demi satu peristiwa terukir kemas dalam memori hati, namun sulit untuk aku abadikan di sini untuk selamanya. apa yang mampu aku katakan, aku hanya manusia biasa yang kekadang sangat lemah menghadapi segala cubaan dan ketentuan. Ya Allah Ya Rabbi, perkuatkan diri dan jiwa hambaMu ini, kerana sesunguhnya aku tam mahu menangis tatkala terlalu diuji. aku mahu memandangnya secara positif. mungkin tuhan sangat dekat denganku di kala diuji dengan begitu berat.
Subscribe to:
Comments (Atom)