Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ssesampainya
kami bertiga ke teratak kecil setelah menyertai rombongan PERKUM ke Johor Bahru
dan Singapura hamper jam 2.00 pagi, hatiku terdetik resah. Serasa-rasa ada bisikan
menyatakan aku tak usah hantar mereka ke sekolah pada keesokan harinya AK
cutikan, sebab kami kepenatan berjalan-jalan selama 3 hari. Namun kutolak
bisikan itu ketepi. Kucapai handphone dan menghantar whatsapp kepada cikgu Ayu
agar tak usah menjemput anak-anak. Kumaklumkan mereka akan aku hantar terus ke
sekolah petang seperti biasa. Setelah berkemas-kemas serba sedikit kami tidur
sehingga menjelang pagi.
Nah inilah
rupanya alamat dari perasaanku yang kurang enak malam tadi. Sambil berbaring di
atas katil, usai pulang dari pejabat, whatsapp group kelas 2 optimis berbunyi
dengan agak banyak. Mula-mula aku buat tak endah sebab malas nak melayan sangat
group yang bersepah-sepah ni. Tapi semena-mena whatsapp kubuka, ada seorang ibu
menyatakan lidah anak perempuannya terbelah serta bibir luka dan mengeluarkan
darah yang banyak lengkap dengan photo. Di sinilah bermula gejola arus
ketenangan diriku di mana ibu itu mencari ibu dan ayah Danial Afihakim. Aku sangat
tersentak dan terkejut lantas segera menghubungi ustazah AKA merangkap ibu di
transit Danial. Kuberitahu serba sedikit tentang kejadian agar ustazah ini tahu
duduk perkara. Kuminta bercakap dengan Danial, namun dia sedang makan ketika
itu. Setelah itu, aku forward photo dan message berkenaan kepada ustazah.
Di sinilah hibanya
hati aku sebagai seorang ibu yang sebatang kara membesarkan permata hati
setelah kekuatanku dijemput Ilahi. Namun aku harus juga bergerak seiring masa
dan tetap perlu redha dengan apa yang berlaku. Hanya pada Dia tempat aku
mengadu dan meluah rasa. Ustazah kemudian menghubungi ibu tersebut dan
memaklumkan bahawa kes akan disiasat kepadaku.
Sesampai Danial
ke rumah aku segera bertanya kepadanya. Ternyata anakku ini tidak tahu-menahu
langsung tentang kejadian tersebut. katanya, dia tidak melanggar murid
perempuan tersebut. aku amat sedih dan sangat terkilan. Kebiasaan selama pemerhatian
aku, sekiranya Danial membuat salah dia tidak akan berani bercakap walau
sepatah pun. Dah sekarang ini, dia boleh beritahu yang dia tidak melakukannya.
Allahu hanya padaMu tempat aku memohon agar Kau berikan perlindungan kepada
putera-putera ku kerana aku tidak mampu menjaga mereka sebatas kemampuanku. Peliharalah
dia walau di mana dia berada. Jauhilah mereka dari segala bentuk fitnah kerana
aku tak punya kekuatan untuk menangkis setiap hinaan dan tomahan yang menjelma.
Setiap hari
aku Tanya perkembangan mengenai siasatan yang dilakukan oleh pihak sekolah,
kerana aku mahu anak aku diadili seadilnya. Kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah
dan jika anakku tidak bersalah, aku tidak akan memaafkan perbuatan tersebut dan
kita akan bersua di sana nanti.
Respon dari
ustazah juga aku Tanya beberapa kali. Kes sudah dalam pengetahuan pihak pentadbiran
maklumnya. Di sekolah atau di mana sahaja, sekiranya kes tidak melibatkan buli
dan peganyiayaan tak perlulah ia diperbesarkan. Kalian mahu apa sebenarnya? Padahal
pada Jumaat lepas Danial beritahu selepas pulang dari sekolah yang hidungnya
berdarah serta bibir pecah akibat diperlakukan rakan. Namun aku hanya
mendiamkan diri dan meminta dia lebih berhati-hati sahaja. Kerana peristiwa
ini, aku telah sekat pergaulan Adam dan Danial. Kutak mahu lagi mereka bergaul
dengan murid-murid perempuan. Untuk ke taman permainan pun aku tidak benarkan. Segala
aktiviti luar biarlah aku yang atur. Ku tak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah segala
kesakitan ini kutanggong sendiri. Berkali-kali aku mohon semoga Allah melindungi
zuriatku walau di mana mereka berada setelah pelindung buat kami Kau jemput pulang.
Aamiin! Kepada murid perempuan yang terkena musibah kutitip doa agar kembali
pulih seperti sedia kala!